Sunday, February 14, 2010

Teknik memancing ikan siakap kolam


Mengikut pengalam aku yang tak seberapa dalam dunia memancing ikan siakap kolam nih… aku dapati ada beberapa teknik atau petua yang boleh digunapakai apabila memancing ikan siakap kolam… tapi yang aku nak sentuh kat sini lebih kepada teknik yang aku gemar pakai la bila pergi mancing siakap kolam nih
Yang pertama – tali utama = buat masa sekarang aku guna tali berkekuatan 20pound… tapi aku ada pengalaman yang mana ikan dah terlantar kat tepi kolam tapi bila aku nak tarik naik tali terus putus… ini mungkin disebabkan tali aku dah reput (sebab aku Cuma tukar tali setahun sekali jer)… so, untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi… aku cadang untuk tukar tali aku ke kuatan 25pound… aku suka pakai tali mono sebab kalau tali sulam senang nak berserabut
Yang kedua – tali perambaut = yang ni aku buat sendiri guna tali mono 40 pound dan mata saiz 2 atau 3, panjang perambut ni lebih kurang 1 kaki dan aku selalunya tambah batu ladung saiz 1, supaya apabila baling umpan boleh pergi jauh sikit
Umpan = antara yang paling popiler adalah udang idup, udang mati dengan ikan sardin. Umpan no 1 yang selalu aku gbuna adalah udang idup yang beli kat kolam, guna udang idup ni tak boleh nak ganas2 kalau x udang tu senang mati… aku selalunya biar je udang tu berenang sendiri, bila aku dah agak2 udang tu dah melilau ke mana2 tah… baru aku tarik balik… umpan no 2 yang selalu aku guna… udang mati… udang ni selalunya aku dah prepare siap2 kat umah… kupas kulit, buang kepala… pas tu balut dengan kertas surat kabar dan simpan dalam peti ais supaya udang tu jadi lurus… udang ni selalunya guna untuk teknik casting… yang bila aku tarik selalunya aku guna hujung joran untuk buat macam udang tu menari2… hehehheee….  Kalau guna umpan ikan sardin… selalunya aku fillet daging ikan tu dan cangkuk je kat mata umpan… kalau guna ikan sardin ni selalunya kita guna teknik tanam… iaitu lontar dan biarkan jer… bau ikan sardin tu yang akan menarik siakap datang… cuba2 lah….

2 comments:

cocolily said...

Asslmmualaikum..sy nk tanya umpan sardin ni guna ikan segar ke atau dlm tin?

Izzaz said...

pakai yg dlm tin, lgi bagus cangkuk dgn tin2 skali konpom 4 tahun pun x abis2...