Wednesday, October 7, 2015

D.N.S.



Apa tu D.N.S… ia adalah singkatan kepada Do Not Start.. ia merujuk kepada kegagalan untuk memulakan event larian.. kata kata yang lain x dapat nak larilah.. sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti larian ni, sebelum ni x pernah lah aku DNS dengan secara terpaksa.. Cuma ada sekali tu aku dah daftar untuk satu larian kat Taman Tasik Puteri Rawang.. tapi pas tu aku baru dapat tahu ada larian yang lebih best pada tarikh yang sama iaitu Energizer Night Race yang dibuat kat Dataran Merdeka.. mula2nya aku bercadang untuk ambil baju je untuk larian kat Tasik Puteri tu.. tapi bila menjelang hari larian aku dengan ajat dah terlupa langsung pasal event kat tasik puteri tu hingga kami terlupa nak gi amik baju larian..

 

DNS yang aku nak cite kat sini adalah untuk event Cyberjaya Firefighter Night Half Marathon.. event ni aku masuk untuk memenuhi jadual larian untuk bulan September.. ini merupakan event pertama aku selepas Hari raya puasa.. event ni telah mula dianjurkan sejak tahun lepas lagi dan sepanjang pengetahuan aku event ni takde review yg teruk.. so tahun ni aku decide untuk joint.. pada asalnya ajat pun nak joint tapi dia lambat sangat nk daftar.. last2 dia terlepas..

 

Race kit collection aku buat kat cyberjaya.. kt D’pulze mall.. kira mall yang baru la kt cyberjaya ni.. sebenarnya aku pun belum pernah gi cyberjaya ni.. Cuma ajat jer yang pernah bekerja kt cyberjaya ni dalam kira2 2 tahun.. tapi xde masalah nari cari D’pulze ni.. google map kan ado.. aku ambil peluang masa REP ni untuk bawa keluarga aku jalan2 area cyberjaya.. process ambil REP xde masalah.. lepas collect REP kami makan dulu kat cafĂ© dalam D’Pulze.. pastu aku bagi cadangan untuk pergi ke rumah Hairy di shah alam.. sebab kebetulan anak Hairy, Awa dh abis UPSR.. aku plan nak bawa anak2 hairy keluar berjalan2 sama2 dengan family aku..

The Loaf; D'Pulze; Cyberjaya


Nampak X kolam pancing kt back ground



anak2 ku
 

Dari cyberjaya kami menuju shah alam rumah Hairy.. kt rumah Hairy kami duduk lepak2 jap sementara menunggu anak2 Hairy, Awa, Suad dan Wafi bersiap.. cadangan asalnya aku nak ke I-City.. tapi bila kami sampai ke I-City.. jalan masuk ke I-City ditutup sebab rupa2nya malam ni ada larian kt I-City.. sebagai runner aku dh faham sgt dh.. kalau aku masuk ke I-City sekarang mesti lewat malam baru aku boleh keluar sbb nak tunggu jalan bukak semula.. so kami tukar rancangan untuk pergi makan2 aje.. aku bawa dia org makan kt Kolam 24 shah alam.. ni sebenarnya kolam pancing.. tapi ada restaurant sekali.. kami pun makan malam di Kolam 24 ni.. lepas makan, kami jalan2 pusing satu kolam sambil tengok org memancing.. aku belum pernah la mincing kt sini.. kolam ni peraturannya lain macam sikit.. kalau kita dapat ikan bawak 2 kilo, kita boleh bawak balik ikan.. tapi kalau atas 2 kilo kene lepaskan balik.. masalahnya ikan2 kt kolam ni semua besar2.. belum pernah lagi aku tengok orang naikkan bawah 2 kilo.. so kolam ni lebih kurang Catch & Release Pond la.. aku x berani nak mancing kt kolam ni sbb aku rasa gear aku tak cukup besar nak handle ikan besar..
 
Apadaa aku ni melalut… asal nak cite pasal DNS.. ni dah sampai kolam pancing 24 lak ni.. okla dipendekkan cite.. aku x dapat nak lari dalam event cyberjaya firefighter night HM sebab aku kene gi Taiwan atas urusan kerja.. aku pas la aku punya BIB kt ajat untuk berlari bagi pihak aku.. maka ini dikira aku DNS untuk event ni.. sbb ajat yg lari maka dia lebih berhak untuk simpan finisher medal..
DNS

Jadi Collection

Medal dlm simpanan ajat
 
Itulah kisahnya…