Friday, November 16, 2012

IJ N Run For Your Heart 2012



Tempat Mula/Tamat: “Tanjung” Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Kategori: Fun Run 5km
Race kit: Dry Fit T-Shirt
Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal, Certificate
Tarikh & masa : 4 November 2012, 7.45pm
            Kenkadang best masuk event kecik2 macam ni… if u are lucky, you get more than what you had expected… event2 macam ni adalah stress free event & run… event larian ni dianjurkan oleh pihak Institute Jantung Negara… takde apa preparation pun yang aku buat Cuma petang sabtu aku ada ambil sepeket ORS… race kit yang dapat pun ok gak… dry fit t-shirt bukan cotton… Cuma lari kali ni takde bib, Cuma diberikan kupon untuk claim goodies bag lepas larian… aku masuk sorang jer untuk larian kali ni… malas nak ajak ajat lari sekali… buat susah dia jer nak turun dari putrajaya semata2 nak lari 5k…
            Hujung minggu 3 & 4 nov aku memang sibuk sikit… pada 3 nov aku ada tournament bowling department aku kat Perangsang Golf & Country Club kat Templer Park… saja suka2 untuk mengeratkan silaturrahim antara kawan2 sekerja… aku dapat no 25 dari 32 peserta… ok la tu, janji bukan aku yang last… masuk event ni dapat goodies bag…
            Pagi 4 nov tu aku bangun pabila berkumandang azan subuh… lepas solat subuh aku pun bersiap… kali ni aku pakai tight pendek paras lutut dan bawa handphone pouch yang lilit kat lengan… santai jer… kul 6.30pagi aku gerak keluar dari rumah… singgah jap kat 7-eleven beli roti dengan air susu… sarapan dulu sikit, kang lari perut kosong kang muntah pulak… aku sampai taman tasik titiwangsa sebelum kul 7 pagi… ramai jugak yang dah sampai… semua berlegar2 kat area tanjung sementara menunggu waktu pelepasan… termasuk la aku… jam 7.15 pagi ada aktiviti memanaskan badan, senamrobik… siap ada lagu gangnam yang tak boleh blah tu… sebelum 7.45pagi semua dah mula berkumpul kat kawasan mula… dan pada 7.45pagi semua peserta dilepaskan… 
manari gangnam

banyaknya belonnnn


            Jalan kat taman tasik titiwangsa ni kecik… ditambah lagi dengan kereta yang parking kat kiri dan kanan jalan… jadi memang jem la… aku Cuma dapat berjalan sahaja dalam 100m yang pertama… selepas tu baru boelh berlari sikit… kali ni aku nak menggunakan teknik yang betul untuk lang distance run… aku mulakan dengan pace yang perlahan dan sedikit demi sedikit tambah kelajuan larian aku… kali ni aku perhatikan langkah larian aku… aku cuba elakkan larian pada langkah yang besar … aku maintain bukaan langkah yang sederhana tetapi pada transition rate yang laju… dengan teknik ni aku boleh berlari dengan agak laju tetapi kurang memenatkan… itulah teknik yang baik semasa larian, bermula dengan perlahan kerana kita perlu meningkatkan heart rate kita dengan berperingkat… jangan gelojoh dan tergopoh2 terikut2 trend larian orang lain… everybody run their own race & pace…
            Trek larian di taman tasik titiwngsa ni adalah flat… amat sesuai sebagai kawasan latihan untuk mereka yang baru berjinak2 dalam dunia larian… kat taman tasik titwangsa ni juga adalah juga Home Base untuk group larian TiTi Runner… dia orang ni selalu berlari dalam bulatan trek kuda… kalau nampak orang lari dalam terk kuda tu, tulah geng2 TiTi runner… aku dulu masa mula2 berlari pun start kat taman tasik titiwangsa jugak… 1 pusingan besar lebih kurang 2.4k…
bestttt
            Setelah hampir satu bulatan mengelilingi taman tasik kami pun bergerak keluar dari kawasan taman masuk ke dalam kawasan perumahan bersebelahan dengan taman tasik titiwangsa ni… kami berlari melintasi rumah2 besar sambil diiringi oleh salakan anjing… separuh perjalanan ada sebuah water station yang menyediakan air kosong untuk runner… km yang terakhir memang aku lari pecut sebab nak rekod PB untuk larian 5k… dan aku berjaya menamatkan larian dalam masa 28min… itu kira pada pace larian 5.6…
            Setelah menamatkan larian terus dikalungkan medal penamat… dan terus pergi claim goodies bag… kali ni aku dapat 2goodies bag, 1 daripada IJN, 1 lagi daripada roti Gardinia… banyak tu, berbaloi rasanya berbelanja rm30 untuk pendaftaran larian ni… macam2 dapat… medal pewter, dry fit t-shirt, goodies dari IJN dan gardinia… itulah yang aku kata kenkadang event2 kecik macam ni pun best gak…
            Lepas ambil goodies bag aku terus gi lepak kat tanjung untuk melepaskan penat… time ni masih tak ramai runner yang sampai… kira2 aku dalam top 100 runner kot… aku tak lepak lama kat area tanjung sebab nak kena beli sarapan untuk mereka2 yang kat rumah… kat area tanjung ni memang agak meriah la sebab banyak aktiviti dan booth2 dari penaja… aku tak dapatla nak jenguk tiap2 booth… balik la aku membawa hasil tangkapan hari ni…
hasil tangkapan

medal....

cantik talinya

hasil setakat ini untuk tahun ni

No comments: