Friday, December 21, 2012

Kolam APAK, Kolam Memancing Ikan Air Tawar, Hulu Tamu, Batang Kali



            Trip memancing kali ni dirancang atas permintaan miza yang dah lama tak pergi memancing… lokasi pancingan kali ni adalah di kolam APAK yang terletak di Hulu Tamu, Batang Kali… aku pilih kolam ni sebab lokasinya yang cantik dan ada pondok untuk pemancing berehat… trip kali ni juga disertai oleh abah dan rini…
            Perjalanan kami mulakan dari rumah mak mertua aku di taman seroja bukit sentosa… ke taman kesumba bukit beruntung, rumah abah… untuk pengetahuan korang jarak rumah mak mertua aku dengan rumah abah aku Cuma 5 minit jer perjalanan naik kereta… dari taman kesumba setelah jemput abah dan rini kami bertolak ke pekan Rasa ikut jalan belakang… dari pekan rasa kami belok ke kanan menuju ke Batang Kali… di pekan batang kali, belok ke kiri menuju ke jalan nak gi genting highland… kat simpang 4 yang ada stesen shell belok ke kiri masuk kampung… kat sini dah ada signboard Kolam Apak… ikut jer jalan ni sampai jumpa simpang ke kiri menuju ke Hulu Tamu… kat sini pun ada signboard kolam apak… jalan depan sikit kita akan jumpa kolam memancing ikan air tawar D’Kali disebelah kanan… aku tak pernah singgah kolam ni… mungkin lain kali… jalan terus sampai jumpa simpang ke kanan yang ada signboard kolam apak dan kolam air panas hulu tamu… depan sikit kita akan jumpa jambatan kayu… berhati2 kat jalan ni sebab jalannya sempit… terus jer dan ikut signboard kolam apak… insyaallah boleh sampai…
            Kolam Apak berada di seberang sungai… kita kena parking kereta di seberang sungai sebelum melintasi sungai melalui jambatan gantung… berhati2 sebab jambatan ni licin bila hujan dan tiada penghadang sisi… dulu kilang tempat aku bekerja ni pernah buat pertandingan memancing kat kolam apak ni… tapi masa tu kolam ni dikenali sebagai kolam memancing hulu tamu… masa tu jambatan gantung belum dibina lagi… so, nak sampai ke kolam kena lintas sungai… kalau musim hujan air sungai akan naik dan amat2 merbahaya untuk buat crossing…
            Buat bayaran memancing di pondok pendaftaran berdekatan dengan kedai makan… ratenya adalah rm30 untuk 5jam memancing… minima masa memancing adalah 3jam, jika kita dah rasa cukup memancing selepas 3jam bolehlah kita berhenti memancing dan akan dipulangkan semula rm10 masa kita keluar nanti… setelah membuat bayaran maka bolehlah kita memilih untuk memancing kat mana2 diantara 2 kolam yang ada kat kolam apak ni… kalau tak salah aku ada sedikit perbezaan antara penghuni dalam 2 biji kolam nih… kolam disebelah kiri majoriti spesis yang mendiaminya adalah Rohu manakala kolam belah kanan banyak ikan Patin, Lekoh dan Pacu… di tebing kolam juga ada dibina bangsal2 untuk pemancing berteduh… kita boleh pilih mana2 bangsal2 yang kosong… untuk trip kali ni aku memilih kolam sebelah kiri…
            Setelah memilih bangsal yang sesuai untuk kami berempat… aku pun mula membancuh umpan… kali ni aku ingin mencuba resepi baru untuk bancuhan umpan… sebelum sampai ke kolam aku dah mesin sampai halus biskut merrie… aku campurkan dedak biskut merrie dengan dedak memancing… aku juga campurkan jagung dalam tin… setelah siap umpan dibancuh, aku dengan ayah aku pun mula la memancing… balingan umpan kami tertumpu ke bahagian tengah kolam… oleh kerana kolam ni mempunyai reputasi tarikan awal ikan yang ganaz… adalah dicadangkan untuk menggunakan pancang special untuk menenggek joran korang… gunakan pancang yang mempunyai pemegang hulu joran dan juga penghadang joran… jangan gunakan pancang ‘Y’ yang biasa tu… pancang jenis ‘Y’ ni kalau ikan tarik umpan dengan ganas boleh menyebabkan joran terjun masuk ke dalam kolam… tapi kalau korang takde pancang special ni takpe sebab korang boleh pinjam daripada kolam… tapi kalau dah pinjam tu jangan lupa pulang balik bila dah abis memancing nanti…




            Tak lama lepas labuhkan umpan… hujan pun mula turun… sebelum kami bertolak dari bukit beruntung lagi sebenarnya dah hujan… tapi bila on the way hujan berhenti… baik kami nak memancing, hujan pun turun semula… nasib baik ada bangsal yang besar yang mana kami berempat boleh berteduh… masalahnya bila hujan turun ikan akan stop makan umpan… tercongoklah kami dalam bangsal tu sambil menunggu umpan kami dijamah ikan…
            Kemudian setelah hujan lebih kurang 1jam… ada tanda2 hujan nak berhenti… elok jer hujan berhenti pancing milik brader bangsal sebelah ditarik ikan… setelah pertempuran hebat, brader tu berjaya mendaratkan seekor rohu yang agak besar… haaa… itu tanda baik tu yang ikan mula memakan umpan… aku dengan abah pun letak umpan baru dan labuhkan ke tengah kolam… tapi hari tak selalunya cerah… tak lama selepastu, hujan mula turun semula… hujan turun tanpa henti sehinggalah masuk jam yang ke -3 kami di kolam apak… dalam 3 jam tu jugalah TIADA seekor ikan pun yang sudi menjamah umpan kami ataupun umpan para pemancing lain di kolam ini… membangaulah kami jawabnya… oleh kerana hari dah semakin gelap dan perut pun dah mula lapar (terutama miza)… kami ambil keputusan untuk menamatkan trip pada hari ni… disebabkan kolam apak ni terletak di pinggir hutan, malamnya memang lebih gelap daripada biasa… kolam apak ni dibuka 24jam oleh itu boleh datang pada bila2 masa… tapi kalau nak datang sini malam2 buta memang agak mengerikan jugak la terutama jalan hulu tamu menuju ke kolam apak…
            Setelah pulangkan balik tiket memancing dan dapat balik rm20 (2batang joran, 3jam memancing)… Apak (Owner kolam apak) berbesar hati untuk memberi kami ikan sebab kami balik tangan kosong… apak ni sementara dia menunggu customer, dia pun memancing jugak… ikan2 yang dia dapat selalunya dia sedekah jer kat pengunjung yang tak dapat ikan… itupun bukan pada semua dia beri… apak beri pada abah seekor ikan patin dan seekor ikan pacu… bolehlah abah tunjuk kat kenkawan setaman dia bila balik nanti… sebelum sampai ke rumah kami singgah untuk makan sebab miza dah bising kelaparan… kami singgah makan di sebuah gerai makan di batang kali… selepas makan barulah kami balik ke rumah…
            Area batang kali ni memang banyak port2 memancing… selain kolam apak ada kolam D’kali, kolam Heritage, kolam air masin happy pond, kolam air masin danau rimba, kolam air masin batu 30 dan banyak lagi lah… nak kena rajin cari la…

No comments: