Monday, November 17, 2008

TRIP

Member baik aku yang keje kat Melaka ajak aku gi trip memancing ke tasik kenyir 4 hari 3 malam. Sebenarnya aku memang x pernah pun pergi mana2 trip memancing. Selalunya layan kolam jer.

Pelawaan member aku ni masih bermain2 lagi dlm kepala otak aku. Banyak yg nak kene pertimbangkan nih, kos $$$, masa (kene amik cuti tuh) dan macam2 lagilah. Lagipun cukupke set pancing yg aku ada sekarang utk trip2 macam ni, tapi member aku tu memang baik ati, dia kata x perlu risau pasal peralatan sebab dia boleh beri pinjam dia punya.

Lagi yang buat aku cuak, nak pergi ni dgn OTAI-OTAI, kang tak pasal2 dia org dah naik 2~3 ekor, aku masih lagi terkial2 layan anak lampam. NAYA JER.

TAPI, kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan, sebab aku baru jer dapat berita dari member aku yang trip ke kenyir terpaksa dibatalkan sebab keadaan semasa x mengizinkan, air kat sana tgh naik, so banyak la balak terapung, MERBAHAYA untuk kesihatan pemancing. Yela, gi sana nak mancing ikan , bukannya nak mancing BALAK.

No comments: