Saturday, June 30, 2012

RR#15 Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2012 (SCKLM 2012)



Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Kategori: Lelaki Terbuka, HONDA Half Marathon (21km)
Race kit: NewBalance running vest, BIB (E-05420), timing chip (B-Tag), Goodies
Post-race: Finisher medal, Goodies
Tarikh & masa : 24 Jun 2012, 6.00am
                Event yang aku tunggu sepanjang tahun… latihan aku dari awal tahun sampai sekarang adalah untuk acara ini… scklm adalah antara acara yang aku paling tunggu… pertama sebab ia adalah acara larian terbesar di malaysia… kedua penganjurannya adalah yang paling grand… ketiga scklm kali ini aku akan berlari jarak terjauh aku Half Marathon (HM) 21km… CUAKKKK… EXCITED… semua ada…
                Pada tahun ini scklm HM ditaja oleh HONDA… sebab itu acara ini dinamakan HONDA Half Marathon (HONDA HM)… aku memilih untuk membuat HM aku pada scklm kerana untuk larian yang jauh seperti ini aku lebih mempercayai organizer yang telah terbukti berwibawa untuk mengelakkan masalah semasa larian… oleh itu aku adalah HALF MARATHON VIRGIN (HMV)… hahahaa… ini adalah istilah yang runner selalu berikan kepada mereka yang pertama kali lari HM…
                Aku mulakan dengan REP collection dahulu… pengambilan REP sudah bermula pada 20 jun… aku pergi ambil REP aku pada 21 jun… pada hari tersebut sebelah pagi aku kena pergi ke sekolah miza untuk mengambil report card… lepas ambil report card aku ada appointment dengan doktor untuk melengkapkan medical check-up aku… aku memang sengaja membuat medical check-up yang company aku suruh buat 2 tahun sekali seminggu mengjelang scklm untuk mengetahui status kesihatan aku sebelum aku menempuhi HM… alhamdulillah, keputusan aku menunjukkan aku sihat dan tiada masalah untuk berlari… appoinment aku dengan doktor pukul 2ptg… sebelum tu aku dengan miza pergi dahulu ke dataran merdeka untuk mengambil REP… proses pengambilan REP lancar dan tiada masalah… kawasan expo dibawah dataran merdeka adalah amat luas dan penganjur sudah menyediakan banyak kaunter untuk memudahkan pengambilan REP… antara barang yang aku dapat sekali dalam REP adalah bebarang sponsor, vest NewBalance, BIB dan dokumen2 berkaitan dengan acara tersebut… kali ini aku dibekalkan dengan B-Tag yang dilekatkan terus pada BIB… ini pertama kali aku menggunakan cip B-Tag… sebelum ni banyak guna cip D-Tag aje… cip D-Tag kena ikat pada kasut…
dataran merdeka, 5.00pg

permulaan Honda HM

                Pada hari sabtu petang ajat datang kerumah aku… lupa aku nak bagitau yang ajat pun join scklm pada tahun ni Cuma dia masuk race 10km… plan asal nak tido awal sebab nak bangun kul 3pagi… tapi banyak sangat hal yang nak kena settlekan pukul 11.30 baru boleh masuk tido… tepat jam 3pagi alarm h/set pun berbunyi… tido pun sebenarnya tido2 ayam jer… rasa berdebar2 sangat mengenangkan jarak 21km tu… sebelum masuk tido aku dah siap pinkan BIB ke vest larian dan tape kaki aku kawasan2 yang mudah nak melecet… takde la kelam kabut sangat pagi tu… dah la mamai semacam bila bangun awal2 cam tu… lepas bersiap, aku dan ajat pun bergerak ke dataran merdeka naik sebijik moto (moto axelo aku la)… aku plan nak parking kat kawasan masjid jamek jer… tapi bila sampai ke dataran merdeka aku cuba menyelit untuk masuk ke belakang kawasan mahkamah… kalau parking kat sini lagi dekat… nasib baik polis yang jaga roadblok belakang mahkamah kasi aku lepas… so kami pun parking belakang mahkamah… waktu kami sampai peserta larian Full Marathon dah pun dilepaskan… aku dengan ajat lepak kat area kolam bulat sambil buat regangan… tiba2 hujan pun mula turun… kami pun beredar dari kolam bulat mencari kawasan berteduh dekat khemah Game lumba kereta… dah seminggu cuaca panas semacam siap jerebu lagi… pagi ni boleh hujan… tapi alhamdulillah, kalau hujan sejuk sikit masa larian… masa ni aku dah mula prepare minda aku untuk bersedia berlari dalam hujan… elok jam menghampiri 5.30pagi… hujan mula berhenti dan aku pun mula bergerak ke dalam kawasan petak mula… kami berjumpa dengan member ajat yang juga berlari dalam race HM… berborak sebentar sebelum aku dengan ajat berpisah sebab race 10km berbula lebih lewat dan dikawasan lain…
                Semasa menunggu aku berjumpa dengan santo, member aku masa kat UTM… dia dengan kenkawan dia turun dari JB untuk join scklm… santo dan kenkawan dia bergerak lebih kehadapan untuk lebih hampir dengan garisan mula… aku stay kat belakang sikit… sebelum kami dilepaskan… acara ekiden relay 21km dilepaskan dahulu pada jam 5.45pagi… tepat jam 6.00pagi peserta HONDA HM dilepaskan oleh orang kuat HONDA yang juga berlari dalam kategori yang sama… larian permulaan aku agak perlahan sebab sibuk nak simpan h/set dalam pouch… aku maintain pace yang perlahan sehingga km-2… dari sini aku mula melajukan langkah… santo & geng memang dah tak nampak langsung… macam pelesit dia orang lari lepas pelepasan…
                Larian aku adalah amat baik pada waktu ni… walaupun tak laju tapi maintain… aku tak banyak berhenti hanya kat water station sahaja… setiap 2km akan ada water station yang dilengkapi dengan 100+, air mineral dan span sejuk… pada km-10 kami diberikan pisang… larian kali ni aku bawa sekali 2 packet powerGel dan sebungkus kismis yang aku ambil setiap 4km larian… larian aku yang baik tiba2 berubah pada lingkungan km-17 kerana aku mula diserang dengan cramp pada paha kanan… waktu ini larian aku telah membawa aku di jalan cheras menuju ke jln tun razak… ini memaksa aku untuk berjalan dan membuat regangan pada kaki untuk menghilangkan cramp tersebut… lebih memburukkan keadaan zip pouch aku boleh rosak menyebabkan h/set aku terjatuh… nasib baik tak dipijak oleh pelari yang lain… oleh kerana dah tak boleh nak simpan h/set dalam pouch terpaksala pegang sahaja h/set aku… 
jln loke yew

self-potrait

misty tunnel... bestttt

                Larian aku dah mula membawa aku kepada jln tun razak dan membelok membawa ke jln bukit bintang… larian aku menjadi semakin perlahan kerana cramp kaki aku menjadi semakin teruk… sekarang kedua2 belah kaki aku sudah mengalami cramp dibahagian paha dan betis… memaksa aku lebih berjalan dari berlari… sepanjang jalan sultan ismail aku banyak berjalan dan aku Cuma mula berlari semula setelah membelok masuk ke jln tuanku abdul rahman… disini jumlah pelari menjadi semakin ramai kerana pelari semua kategori akan bergabung di jln TAR menuju ke dataran merdeka… larian berbaki 1km sahaja… aku kuatkan semangat dan terus berlari… 500m menghampiri garisan penamat aku terpaksa berhenti dan berjalan kerana kesakitan pada kaki aku tak tertahan lagi… masa ni ramai penonton dan pelari yang lain yang sudah menghabiskan larian memberi sorakkan semangat kepada kami yang belum menghabiskan larian… aku menjadi kembali bersemangat… oleh kerana tak nak melintasi garisan penamat dengan berjalan dan takut2 ada orang yang amik gambar… aku tahankan jugak kesakitan dan terus berlari melintasi garisan penamat… Alhamdulillah, tamat jugak larian 21km aku… dan masa yang aku catatkan adalah 2jam 49min 59 saat… hahahaaa sub 3 hour… not bad actually… aku memang target sub 3hour pun…
                Keadaan agak sesak selepas garisan penamat… aku rasa pada masa ni penganjur ada masalah sikit untuk buat crowd control kerana pelari yang sudah menghabiskan larian masih berlegar2 dikawasan penamat… aku terus menuju ke tempat untuk collect medal… dan yang paling memuaskan hati bila tengok kat medal ada tercetak FINISHER HONDA HALF MARATHON… puas hati rasanya… aku tak kirala kalau ada org kata aku berlagak… baru abis HM dah kecoh… org lain buat FM selamba jer… ini pencapaian aku dan aku berusaha untuk mencapainya… bukannya aku beli medal ni kat pasar malam ke… berjumpa balik dengan ajat kat area kolam bulat… prestasi ajat dalam larian dia jugak agak baik… katanya hari ni dia dapat buat PB (Personal Best) untuk 10km… ok la tu… 
dekat kolam bulat


                Kami berdua berjalan2 dikawasan booth penaja untuk seketika sebelum membuat keputusan untuk balik… sebelum balik kami berjalan2 dikawasan central market untuk melihat samada jalan sudah dibuka semula atau tidak… kalau jalan belum dibuka macam mana nak balik… semasa berjalan ke arah motosikal kami berjumpa semula dengan santo dan kenkawannya… santo menamatkan larian 21km dalam masa 2jam lebih sahaja… speed demon giler… dia kata nak buat sub 2hour tapi kaki cramp la plak… perghhh kaki cramp pun laju macam tu… sebelum berpisah santo mengajak aku untuk menyertai FM pada scklm tahun depan… aku hanya mampu tersenyum dan berkata insyaallah sambil berkata dalam hati 21km pun payah aku nak abiskan ko ajak aku masuk 42km… dalam keadaan kepenatan ni terlupa plak aku nak bergambar dengan santo… lepas tu kami terserempak pulak dengan kawan ajat yang lari 21km dengan geng2 Team POYO… kawan ajat tu menghabiskan larian dalam masa 2jam 20minit… perghhh semua nya laju2 belaka…
                Walau bagaimanapun aku rasakan jarak 21km bukanlah satu yang mustahil untuk dicapai… lantas aku terus mengajak ajat untuk menyertai larian HM sewaktu Putrajaya Night Marathon nanti… memandangkan prestasi semasa ajat sekarang aku yakin dia pun mampu untuk melakukannya… ajat pun setelah melihat aku mampu melakukan HM dia pun bersemangat untuk mencuba HM jugak… dia akan mempertimbangkan untuk berlari HM semasa PNM nanti… kalau ajat berlari HM masa PNM nanti adalah member untuk aku berpacing nanti…
                Sebelum sampai dirumah kami berhenti untuk bersarapan dulu dan dalam masa yang sama beli sarapan untuk betty dan miza… hari isnin aku memang dah amik cuti sebab selepas berlari sejauh ni aku pasti memerlukan masa untuk recovery… it will be crab walking for at least a day…
                Seperti biasa pasti ada benda baru yang aku belajar dari pengalaman lari HM…
1.       aku perlu mempertingkatkan jarak latihan mingguan aku sekurang kurangnya 12km seminggu supaya dapat mempertingkatkan kekuatan otot kaki untuk HM yang akan datang…
2.       memvariasikan corak dan teknik larian, berlari pada pace yang laju dan perlahan secara berselang seli
3.      jangan bawak gel sahaja, bawa sekali makanan ringan yang lain, kismis dan kekacang adalah snek yang baik
4.      minum air isotonik dan garam ors sejam sebelum larian supaya tidak mudah cramp di penghujung larian, jangan lupa juga untuk minum air yang secukupnya sepanjang larian kerana otot mudah cramp jika kurang air
5.      beri tumpuan kepada otot2 dibahagian kaki sewaktu buat rengangan pastikan otot peha, betis dan perut diregang secukupnya
6.      seminggu sebelum larian elok perbanyakkan makan pisang dan minum minuman isotonik
7.      tarik nafas dalam2 untuk elakkan cramp di tepi perut @ side stitch
insyallah aku akan cuba untuk mempraktikkan perkara2 diatas semasa larian jarak jauh aku yang akan datang… larian aku yang akan datang adalah NTV7 Fun Run dan Men’s Health Night Run (MHNR)… yang aku akan konfom lari adalah MHNR kerana ia adalah larian malam… NTV7 plak kena fikir dulu sebab larian siang, aku kena bincang dulu dengan miza samada dia nak pegi latihan tae kwan do atau tidak… okeh sampai sini sahaja kali ni…




No comments: