Saturday, July 7, 2012

Servis air-cond…



Entry kali ni aku nak cite sikit pasal air-cond kat rumah aku… kat rumah aku ada 2 set air-cond… satu kat ruang tamu… satu lagi kat master bed room… bilik aku la tu… yang ada kat ruang tamu tu jenama LG dan yang kat bilik aku tu jenama sanyo… kedua2 unit air-cond tu bukannya aku yang beli… dah memang ada masa aku beli rumah yang aku duduk sekarang… owner rumah lama yang pasang… 
air-cond kt ruang tamu

air-cond kt dlm bilik... yg aku servis

Sejak kebelakangan ni aku rasa macam air-cond kat bilik aku tu macam dah tak sejuk sangat… aku memang tak pasang air-cond tu 24jam… Cuma masa musim2 panas macam sekarang ni jer… aku fikir mungkin sebab unit air-cond tu dah uzur sangat, maka kecekapannya dah semakin berkurangan… tiba2 pada suatu hari ada air menitik dari indoor unit air-cond bilik aku… setahu aku air-cond memang ada menghasilkan air dan air tu selalunya dikeluarkan mengikut paip dari indoor unit dan dibuang ke luar… aku fikir ni dah semakin parah… dulu dah la tak sejuk sangat… sekarang ni ada air yang menitik la plak… bila aku tinjau dalam air-cond tu aku tengok penuh dengan habuk…
Adik aku hairy bekerja dengan sebuah pengeluar air-cond di shah alam… sewaktu aku berjumpa dengan dia minggu lepas aku ada bertanya kat dia kenapa boleh ada air yang menitik… dia kata kat aku dalam air-cond unit tu ada macam longkang yang bertujuan untuk menakung air yang menitik dari cooling unit… air dari takungan tu kemudian akan disalurkan keluar ikut paip yang disambungkan ke air-cond unit… masalahnya habuk yang banyak kat dalam air-cond unit tu boleh jatuh sekali dalam takungan tu dan selalunya boleh menyebabkan saluran air keluar dari takungan tu tersumbat… cara untuk memperbaiki masalah ni adalah dengan membuka casing luaran air-cond tersebut dan membersihkan takungan serta saluran air tersebut…
Hari sabtu tempoh hari aku mengambil keputusan untuk cuba menservis air-cond yang bermasalah tu… mula2 aku bersihkan dulu filter air-cond… cara nak keluarkan filter mudah sahaja… mula buka grille depan air-cond… selalunya grille depan ni tak berskru… Cuma perlu umpil dan buka… filter ni selalunya diperbuat dari plastik dengan jaringan2 kecil dan habuk memang akan banyak berkumpul pada filter ni… keluarkan filter tersebut dan cuci dengan air… filter yang kotor akan menyebabkan pengaliran udara luar masuk ke cooling coil tidak lancar… ini akan menyebabkan bilik menjadi lambat sejuk… filter ni adalah element yang selalu boleh dibersihkan sekali sekala… sebagai contoh kat opis aku, kontraktor yang bertanggungjawab untuk mensevis air-cond akan datang sebulan sekali dah membersihkan filter air-cond ni…
Setelah kita keluarkan filter… kita boleh nampak sebahagian dari cooling coil… tetapi takungan dimana air yang menintik dari cooling coil sukar untuk kelihatan kerana dilindung oleh casing… maka untuk lebih mudah mencuci takungan ini, casing luar air-cond perlulah dibuka terlebih dahulu…selalunya ada 2biji skru yang mengikat casing luar… skru ini selalunya berada berdekatan dengan corong angin sejuk keluar atau diffuser… untuk air-cond unit aku ni, skru yang memegang casing luar agak terselindung didalam ruang khas… apabila aku cuba untuk membuka skru tersebut, ia tidak bergerak langsung… dengan keadaan skru tersebut yang sudah pasti sudah lama tidak dibuka dan berkarat, aku memerlukan sedikit bantuan untuk memudahkan untuk memutar keluar skru tersebut… aku semburkan pada skru tersebut WD40 untuk memudahkan ianya berputar… tetapi setelah disembur WD40, skru masih belum mahu bergerak… aku semburkan lagi WD40 dan biarkan seketika supaya WD40 boleh masuk ke celah2 skru… setelah lebih kurang 5min, aku mencuba lagi dan kali ini aku berjaya… skru tersebut penuh dengan karat dan sudah mula terhakis… nasib baik aku keluarkan skru tersebut secara perlahan2… kalau kuat2 mau patah dan tertinggal dalam lubang skru… lagi naya… 
skru utk bukak casing

Setelah keluarkan skru tersebut bolehlah umpil secara perlahan2 casing luar tersebut… berhati2 supaya tiada klip yang patah… setelah mengeluarkan casing barulah kita boleh nampak cooling coil secara menyeluruh… dibawah cooling coil ini terdapat macam takungan berbentuk longkang yang bertujuan untuk menakung air yang menitik dari cooling coil dan mengalirkannya keluar… kenapa ada air?... berbalik kepada konsep fizik… angin yang ditarik masuk pada suhu bilik bila bertemu dengan cooling coil yang sejuk akan menyebabkan molekul air didalam udara mengalami proses pemejalwapan dimana molekul air dalam bentuk gas berubah menjadi cecair… air inilah yang menitik ke takungan tersebut… fenomena yang sama sebenarnya kita boleh lihat pada tingkap bilik yang sejuk pada hari hujan… tak percaya?... cuba semak balik buku fizik zaman sekolah menengah dulu, tapi kalau aku salah tolong betulkan yea…
Tetapi kalau kita tengok dalam longkang tu ada air yang bertakung, ini bermakna saluran air tersebut untuk keluar telah tersumbat… inilah yang berlaku kepada air-cond aku… bila salur tersebut tersumbat, air akan bertakung… bila air tersebut melimpah ia akan menitik keluar dari unit air-cond tersebut… bila aku perhatikan didalam longkang tersebut banyak habuk2… baru aku teringat… 2~3 bulan lepas aku ada membeli semburan pembersih sirip cooling coil di SOGO… semburan ini berfungsi untuk membuang habuk2 pada sirip cooling coil… habuk yang jatuh tu dah berkumpul pada saluran keluar dan tersekat kat situ… dengan menggunakan straw aku jolok saluran keluar tersebut hingga habuk yang tersekat itu keluar… selepas itu barulah tiada lagi air bertakung pada longkang tersebut…
Kemudian aku bersihkan pulak casing yang aku bukak tadi… penuh dengan habuk… ialah dari mula pindah sini 7 tahun yang lepas mana pernah cuci air-cond ni… habuk2 yang banyak ini juga yang mempengaruhi prestasi air-cond aku… selepas membersihkan casing luar… aku bersihkan pula cooling coil dan sirip pada diffuser… kat sini pun banyak habuk jugak… aku bersihkan sirip cooling coil dengan menggunakan berus cat… berhati2 sewaktu membersihkan kawasan cooling coil ini… sebarang kerosakkan pada sirip cooling coil akan menggangu pemindahan haba (heat exchange) antara udara yang masuk dengan cooling coil… kalau cooling coil bocor lagi problem… memang hampir mustahil untuk repair atau tampal kawasan yang bocor… kalau ganti cooling coil baru, harganya jangan cite la… so berhati2 la… untuk kawasan2 lain aku bersihkan guna kain lembab…Cuma kawasan yang aku tak boleh bersihkan adalah kipas atau drum yang berputar dibawah cooling coil… drum inilah yang bertanggungjawab untuk mencipta aliran udara masuk ke dalam cooling coil dan menolak udara sejuk keluar dari diffuser…
Apabila semuanya dah bersih… aku pasangkan semula casing luar… tapi aku lupa pulak yang skru asal casing luar tu dah terhakis dan berkarat teruk… terpaksalah aku pergi hardware dulu beli skru ganti… senang je, tunjuk aje skru lama kat tokey hardware tu, tahulah dia bagi yang baru… memasang semula casing luar tidaklah sesukar semasa membukanya… sekarang bersih suda air-cond aku… air yang menitik2 juga dah tak ada… alhamdulillah… berjaya jugak projek aku ni walaupun aku sebenarnya tak de pengalaman langsung servis air-cond ni…
Sekarang bilik tido aku dah cepat sejuk… kalau sebelum ni nak kena set suhu 16 darjah celcius baru sejuk sekarang set 23 darjah pun dah sejuk giler… adik aku hairy pernah berpesan… air-cond ni kena selalu bersihkan daripada habuk sebab habuk adalah penyebab utama air-cond tak sejuk dan lama kelamaan boleh menyebabkan cooling coil bocor… teori aku adalah, apabila habuk banyak sangat menyeliputi cooling coil… heat exchange sukar berlaku menyebabkan cooling coil mengalami tekanan yang kuat dan lama kelamaan menjadi bocor… sebab itu aku juga nasihatkan korang untuk servis juga air-cond kereta sebaik2nya setahun sekali…  pengalaman aku dulu masa pakai kelisa, air-cond coil aku bocor setelah dua tahun lepas beli… nak ganti bukan murah, yang ori lebih kurang rm700… lokel atau rekon lebih kurang rm400… mahal giler… kereta kalau tak ber ekon memang tak selesa langsung… tapi kebanyakkan kereta sekarang dah ada air-cond filter… korang Cuma perlu bersihkan dalam 2 bulan sekali… adik aku hairy juga pernah berpesan, katanya gas dalam cooling coil takkan berkurang sebab dah seal ketat… kalau gas berkurang hanya sebab berlakuknya kebocoran… samada bocor kat cooling coilnya atau bocor kat fitting @ penyambungan… kalau bocor kat fitting @ penyambungan masih boleh dibaiki lagi… tapi kalau bocor kat cooling coil maknanya kena ganti baru la…
Post SCKLM 2012… pengalaman berlari HM masih terbayang2 dalam kepala otak aku… jarak 21km tu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk ditempuhi… dengan persediaan yang baik dan teknik berlari yang betul, insyaallah sesiapa pun boleh melakukannya… minggu ni ada larian NTV7 Fun Run di seri pentas… rasa macam nak lari… tapi miza ada taekwando… tengokla macam mana… minggu depan ada larian Men’s Health Shape Night Run 11km… itu conform lari sebab larian malam di putrajaya… ajat tak masuk larian ni sebab lambat daftar… tapi macam manapun aku akan pergi dulu rumah ajat sebelum larian… dari rumah ajat kami akan berjalan kaki ke presint 3, dah dekat dah… walaupun ajat tak lari tapi dia kata dia nak ikut jugak… baru2 ni pun aku dah daftar untuk Putrajaya Night Marathon… kali ni aku masuk kategori HM… hahahaa dah kemaruk la tu… ajat pun masuk kategori yang sama… nampak gaya pacing sama2 la kami…

17 comments:

fr decoration said...

thanks bro info berguna untuk dikongsi bersama

Unknown said...

good info...nak suruh hubby bersihkan aircond

Sri Aman News said...

saya tengah terpinga pinga cari blog yang ada bagi tunjuk ajar cara tangani air bocor dari aircond ni..nasib jumpa.. thanksss ;)

Permata Ibu said...

Thanx ya... Esok pagi2 saya terus cuba. Dah 3 mlm tido kat sofa luar coz masalah ni. InsyaAllah saya akan pnjgkan ilmu ni kat FB. Boleh kan.

Unknown said...

Overhaul Servis Airconditioners Split Unit.

Package include gas = RM120.00.

Diamond Strategic Ventures.

Faizal - 0134178862.

Selangor dan KL.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
JENIANG said...

Tq..telah dilaksanakan dan berkesan...

JENIANG said...

Tq..telah dilaksanakan dan berkesan...

Unknown said...

Tq.. Info yg sangat berguna, peneranan yg jelas dan mudah faham.

Unknown said...

Tq.. Info yg sangat berguna, peneranan yg jelas dan mudah faham.

Unknown said...

Thanks. it's really helpful.

Unknown said...

Thanks. it's really helpful.

Unknown said...

Thanks. it's really helpful.

Unknown said...

Sya setiap minggu bersihkan aircond..tpi smpai skarang kuar air dan beku..macam mna yerkkk...blh hubungi sya 01129111290

Unknown said...

Tkasih, nak buat sendiri ahh, bole dapat peluh & dapat knowledge dari blog ini.

lafayetteinsurance said...


سعر تنظيف مكيف اسبليت بالرياض

إن أفضل طريقة ممكنة للقيام بتنظيف مجرى الهواء ، هو الحصول على شركة غسيل مكفيات بالرياض في العناية بها ، أو إذا كنت تطرح سؤالاً يمكنني تنظيف مجاري الهوائية بنفسي ، فإن التحقيق في ذلك الجواب هو الأكثر تحدياً . يمكنك أن تأخذ هذا على سبيل توفير المال ، أو يمكنك النظر إليه كتجربة تعليمية. هناك دائمًا شيء يمكنك تعلمه عندما يتعلق الأمر بصيانة سكنك. إن تكاليف عمل هذه الشخصية شيء غير فعال من حيث التكلفة ، من ناحية أخرى سيكون بإمكانك التأكد من أن تنظيف مجرى الهواء يتم بشكل مناسب.

هناك مقاولون يتخصصون في تنظيف مجاري نهضة نجد ، عندما تقوم بالتواصل مع شخص ما عليك التأكد من أن هذا شيء تحتاجه. هناك قنوات نهضة نجد النظيفة التي يمكنك قراءتها ، وهذا يعطيك ثلاث خطوات مباشرة لمواصلة التأكد من أن مجاري الهواء الخاصة بك يتم الاحتفاظ بها بالفعل نظيفة وذات جودة عالية. عندما تنتقل إلى منزل جديد ، أو غرفة مكتبية أو حتى إذا وجدت شيئًا ما تحت التأجير ، فإن أول شيء يجب عليك التأكد منه هو أن صيانة تنظيف مجاري نهضة نجد محدثة وأنه لا يوجد أي شيء في نهاية المطاف تحمل تكاليف لاحقا أسفل الخط.

شركة عزل بالرياض said...

تنظيف مكيفات بالرياض

شركة تنظيف مكيفات بالرياض
يقع العديد من أصحاب البيوت أو المنشآت في مشكلة الشراء المتكرر لمكيفات سبليت ظنًا منهم أن المكيف قد انتهى عمره وتعطّل، إلا أن أكثر ما يتفاجأ به الفرد منهم أن المكيف فقط يحتاج إلى تنظيف وأن إهمال تنظيف مكيفات سبليت وغياب الصيانة الدورية للمكيف قد أدّى إلى ضعف عمل المكيف عند تشغيله. وهذا يجعلهم يحرصون أكثر على طلب خدمة ولكن لا يدرون أي التطبيقات التي توفر هذه الخدمة بسهولة.

لذا، يزود تطبيق بيتك فني تنظيف مكيفات سبليت على احترافية عالية فور طلب خدمة التكييف وذلك بعد تحميل التطبيق وذلك لأن تنظيف مكيفات ليس أمرًا سهلًا يقوم به أي شخص، فهو يحتاج إلى فني متمرِّس في غسيل مكيفات سبليت وفق خطوات معينة.

من هنا يأتي دورك في أهمية الاطلاع على هذا المقال لمعرفة الآتي:

1. ماهية الخطوات التي يتبعها فني تكييف من تطبيق بيتك لتنظيف مكيف سبليت باحترافية.

2. أهم ما يميز تطبيق بيتك عن غيره عند طلب خدمة تنظيف المكيف من خلاله.

3. أهم ما يميز فني تنظيف مكيفات سبليت من تطبيق بيتك.

4. كيف يعمل تنظيف المكيف بمهارة على إطالة عمر المكيف؟