Monday, July 23, 2012

RR#17 Men’s Health SHAPE Night Run 2012



Tempat Mula/Tamat: Hadapan Palace Of Justice, Putrajaya
Kategori: Lelaki Terbuka (11km)
Race kit: SKECHER GORUN running vest, BIB (A1283), Timing chip
Post-race: Goodies Bag
Tarikh & masa : 14 Julai 2012, 8.00pm
                Back to back… seminggu selepas NTV7 Feel Good Run kali ini aku masuk larian Men’s Health SHAPE Night Run 2012 (MHSNR’12)… acara ulangan dari tahun lepas… tahun lepas MHSNR’11 merupakan larian malam pertama aku dah keputusannya memang mengecewakan… tahun lepas aku mencatatkan 1j 36m… tahun ni bagaimana?... tahun ni penganjur menjanjikan jarak larian yang lebih dekat 11km sahaja… so takleh lah nak compare dengan larian pada tahun lepas… seperti tahun lepas juga larian ni diadakan sebelum bulan ramadhan 1433 hijrah… merupakan larian terakhir aku sebelum bercuti panjang pada bulan puasa dan bulan beraya…
                Kalau sebelum ni aku ada cite dalam entry aku yang aku akan berlari berseorangan… disaat2 akhir sebelum acara aku menerima sms dari seorang runner Team POYO memberitahu aku ada BIB yang nak let go… dengan pantas aku minta ajat buat deal dengan bro tu untuk mendapatkan BIB berkenaan… akhirnya ajat berjaya dapat BIB dengan vest sekali… sebenarnya berlari dengan BIB orang lain adalah dilarang dalam acara larian… TAPI kalau kita memang tahu takkan dapat top 10 takpa… sebab kalau top 10 selalunya penganjur akan double confom identiti kita sebelum beri hadiah… jangan jadi macam yang berlaku masa SCKLM’11 yang mana pemenang acara 10k guna BIB orang lain… penganjur pula tak check awal2 identiti pelari… dah jadi kecoh sekejap… tapi runner ni semua orang 2 baik belaka… pemenang yang menggunakan BIB orang lain tu memulangkan balik hadiahnya…
                Aku lakukan sedikit perubahan pada diet preparation menjelang larian kali ni… bedasarkan info yang aku ambil dari arai sewaktu larian NTV7… aku mengambil sepeket ORS pada sebelah petang sebelum aku bertolak ke putrajaya… ini adalah usaha aku untuk mengelakkan dari cramp berlaku pada penghujung larian… aku bertolak ke putrajaya dalam pukul 5.30ptg dan sampai ke rumah sewa ajat dalam pukul 6.30ptg… dari rumah sewa ajat di presint 9 aku dan ajat naik kereta una ke presint 3… bila kami bergerak tak jauh sikit dari rumah ajat… baru aku tersedar yang kasut larian aku tertinggal kat dalam kereta aku… terpaksa lah kami berpatah balik ambil kasut aku… kalau takde kasut nak lari macam mana… aku belum bersedia lagi nak lagi bare foot…
                Kami sampai awal di presint 3… maka takde masalahlah nak carik parking… lepas bersiap2 pakai vest dengan kasut kami mula bergerak ke kawasan mula… ajat telah brjanji dengan geng Team POYO yang nak let go BIB dengan vest jumpa kat kawasan mula… kami berjumpa dengan bro Team POYO tu berdekatan dengan khemah pengagihan goodies bag… menurut bro tu.. BIB yang nak let go ni kepunyaan geng Team POYO gak yang tak dapat nak lari sebab faktor2 kesihatan… bila ajat tanya samada kenal arai atau tidak dia kata kenal sangat… ialah satu geng katakan… 
sebelum berlari
                Lepas ambil BIB… kami mula buat aktiviti regangan otot… lepas buat regangan kami berpisah dengan una sebab kami nak masuk ke dalam holding penn… tetapi kami salah carik jalan masuk menyebabkan bila kami dah masuk kedalam holding penn dah penuh dengan pelari… pintu masuk ke dalam holding penn dikawal oleh pegawai FTAAA… pegawai ni memeriksa BIB setiap pesera supaya hanya peserta dengan BIB 11km sahaja dibenarkan masuk… pegawai FTAAA ni juga amat cerewet tentang lokasi pemasangan BIB… BIB mestilah dipasang paras dada supaya mudah untuk dikenal pasti… aku pernah lihat BIB peserta yang dipasang pada BIB holder kat hydration belt diminta supaya ditukar ke paras dada oleh pegawai FTAAA… aku dengan ajat melepasi pintu yang dikawal oleh pegawai FTAAA ini tanpa sebarang masalah…
ramai kan orang... kami kt belakang
                Oleh sebab kami masuk lambat maka kami berada dalam kelompok yang agak kebelakang… selalunya kami berada dalam kelompok tengah… punyalah jauh kami kebelakang tak dengar langsung apa yang sedang berlaku kat depan… sedar2 dah dengar bunyi hon yang mana acara larian telah dilepaskan… aku rasa ade la seminit dua aku dengan ajat tak bergerak walaupun acara telah bermuila sebab nak tunggu pelari dihadapan bergerak… seperti biasa pace permulaan agak perlahan kerana masalah trafik dari pelari yang lain… kemudian ajat mula mengorak langkah lebih laju sambil mencelah-celah dikalangan pelari yang lain… aku cuba untuk mengejar pace ajat yang agak laju… tetapi makin lama makin ketinggalan aku kebelakang… masuk ke km ke-4 ajat sudah hilang dari pandangan mata aku…
                Route pada tahun ni tidak seperti route pada tahun lepas… tahun ni kami lebih banyak berlari melalui jalan utama di putrajaya… elak dari melalui kawasan perumahan flat yang lebih padat penduduk… ini sekurang2nya dapat mengurangkan konflik diantara pelari dan pemandu kenderaan lain… pada bahagian pertama larian, routenya adalah agak rata dan aku dapat berlari dengan baik… pemandangan sepanjang larian juga amat cantik terutama ketika melalui kawasan bertasik… cuaca malam yang tiada angin menambah kahangatan sewaktu larian… ada 3 water station disepanjang larian yang mana aku berhenti pada ketiga2 water station tersebut… aku makan gel yang aku bawa pada km ke-5 dan buah kurma dalam km ke-9 (kismis aku dah abis aku bedal kat opis, nak cari lain tak sempat, yang ada Cuma buah kurma yang mak mertua aku bawa balik dari umrah bulan lepas)…
                Fasa kedua larian lebih mencabar… kerana menempuhi beberapa flyover yang agak tinggi… putrajaya ni bukanlah kawasan yang berbukit sangat… tapi banyak flyover dan jambatan yang agak tinggi… jenuh jugak nak memanjatnya… ada satu flyover tu memang curam giler… dari jauh aku dah nampak… memang takde la aku nak lari memanjat flyover yang curam tu… berjalan kaki jer la… masa ni juga aku terserempak dengan sorang runner yang pengsan… mungkin sebab panas dan kering sangat… masa aku lalu tu dah ramai la runner yang lain berhenti dan beri bantuan kecemasan… oleh kerana ramai yang dah berhenti dan bantu aku teruskan larian sebab lagipun aku bukannya tahu sangat pasal nak beri bantuan kecemasan nih… buat menyemak bolehlah… so, peringatan untuk diri sendiri… always LISTEN to your body and be PREPARED… aku doakan semoga runner berkenaan selamat…
                Larian aku sudah menghampiri penghujung… dari lebuh raya aku membelok ke kiri selepas satu flyover yang besar ke jalan dibelakang palace of justice dan bersebelahan dengan kawasan parking yang besar… tahun lepas semasa dikawasan ini aku mengalami cramp yang agak teruk dikedua2 belah kaki… tahun ini alhamdullillah, tiada masalah cramp dari awal larian hingga kini… mungkin pengambilan ORS sebelum larian memang berkesan… sewaktu dijalan ini sebelum membelok ke kanan untuk ke jalan utama berhadapan dengan palace of justice aku berjumpa semula dengan ajat… dia hanya berjalan kaki… aku tegur dia supaya meneruskan larian kerana gerbang penamat sudah tidak jauh… dia kata tak larat kerana terlalu kepenatan… diwaktu ini juga app MapMyRun pada handset aku memberi maklumat yang larian aku sudah masuk km ke-12… aik apa cite… kata 11km jer… ni dah lebeh… aku berhenti berlari untuk menunggu ajat supaya kami boleh berlari bersama melintasi garisan penamat… seminit kemudian ajat sampai ke lokasi aku… aku dan ajat berlari bersama sambil aku memberikan kata semangat supaya kami dapat menghabiskan larian dengan bertenaga…  kami menamatkan larian sebelah menyebelah… 1jam 37min 16saat dan 17saat… beza 1saat sahaja diantara kami berdua… 
goodiesss baggg
                Catatan masa yang tidak begitu baik… berlari pada waktu malam memang macam ni… corak larian kita tak sama seperti berlari sebelah pagi… aku rasa pace larian aku dah cukup baik… jikalau masa SCKLM’12 tempoh hari aku boleh berlari 10km dalam masa 1jam 9min… berlari pada waktu malam jarak yang sama pasti tidak akan dapat result yang sama, pasti mengambil masa lebih lama… apa pula yang berlaku pada ajat yang mana pada permulaan larian berlari dengan baik dan pada pace yang laju tetapi pancit dihujung larian… ceritenye kepada aku, dia sebenarnya cuba untuk mengikut pace seorang pelari Team POYO (bro yang tolak BIB tu)… bro tu memang berlari dengan pace yang laju… aku pun perasan masa dia potong aku (senang jer nak kenal team POYO ni, kalau jasut adidas yang meriah warna warni tu dia orang lah tu)… last2 pancit, itu yang aku dapat kejar balik tu… ajat kata lepas ni dia perlu berhati2 dengan pace larian dia… jangan laju sangat di permulaan, nanti pancit dipenghujungnya…
                Lepas garisan penamat kami terus ambil sijil… tetiba aku tertanya kat awek yang beri sijil tu… ehh medal mana?... ajat yang belakang aku yang jadi tukang jawab “Top 500 ajela bang”… lupa lak aku, perasan boleh dapat top 500 tu hehehee… lepas dapat sijil kami diberi pulak roti, epal dengan air mineral sebotol… dari situ kami terus ke khemah untuk ambil Goodies bag… barang lain malas nak ambik sebab kena beratur panjang sangat… kami berehat seketika sambil minum air dan makan epal… kemudian aku menerima satu panggilan dari kawan masa belaja kat UTM dulu, aswad… kebetulan dia ada di banggunan perbadanan putrajaya kerana ada projek pemindahan server… aku dengan ajat bergerak ke Maybank di banggunan perbadanan putrajaya untuk berjumpa dengan aswad… aku berjumpa dengan aswad sekejap jer sebab aswad pun nak balik dah… dia dah bekerja terus menerus selama 48jam… dia nak balik berehat pulak… tak lama selepas tu una pun datang untuk join kami… setelah berehat seketika kami pun decide untuk balik…
                Una menghantar aku dan ajat ke flat rumah sewa ajat… kemudian dia pun balik… aku rehat sebentar kat rumah sewa ajat sebelum bergerak pulang ke gombak… itulah larian terakhir aku sebelum ramadhan pada tahun ni…. Alhamdulillah… 
ajat & antupancing... segak tak kami

No comments: