Saturday, July 14, 2012

RR#16 NTV7 Feel Good Run 2012



Tempat Mula: Sri Pentas, Bandar Utama (Hadapan Pejabat Media Prima)
Temapat Tamat: Taman Tasik Bandar Utama (Bersebelahan One Utama)
Kategori: Lelaki Terbuka (7km)
Race kit: BROOKS running T-shirt, Open Message BIB
Post-race: Finisher medal, Goodies
Tarikh & masa : 8 Julai 2012, 7.30am
                Seperti tahun lepas juga… acara ni dibuat selepas SCKLM… aku anggap acara ni sebagai acara larian santai… sebelum larian lagi aku memang dah berbelah bagi samada nak lari atau tidak dalam acara ni… sebab utama kerana acara ni dibuat pada hari ahad tapi miza ada kelas taekwando pulak pada hari yang sama… REP pun aku amik option untuk penghantaran terus kerumah dengan pos express… REP untuk tahun ni JAUH berbeza jika nak dibandingkan dengan tahun lepas… jika tahun lepas dalam REP ada botol air, face towel, t-shirt NewBalance dan bag… tahun ni Cuma diberi t-shirt BROOKS dan open bib sahaja… downgrade giler… tiada sebarang persiapan khas yang aku buat untuk larian ni… aku anggap larian ni sebagai latihan sahaja…
                Larian pada tahun ni juga disertai oleh ajat dan kawannya una… ajat datang ke rumah aku pada sabtu malam… pada jam 12 kami masuk tido dan bangun pada jam lebih kurang 3.30pg… awal giler… selepas bersiap kami menunggu una untuk datang kerumah aku… sedang kami menunggu hujan turun dengan lebatnya sekali… setelah una sampai, kami bertolak ke bandar utama dalam jam 4.45 pagi… kali ni kami keluar awal sebab kami naik kereta… kena awal sikit baru senang nak carik parking… tahun lepas aku dengan ajat Cuma naik moto jer… boleh parking kat celah2 mana pun takpa…
                Semasa kami keluar dari rumah hujan masih turun lagi… tapi takde la lebat sangat… tahun lepas pun hujan tapi hujan lepas event… abis basah kuyup aku masa balik dari bandar utama… mungkin sebab hujan lebat awal pagi tu… ada jalan yang terpaksa ditutup sebab air naik… aku plan nak parking kereta dekat parking taman tasik bandar utama… tapi jalan masuk kena tutup sebab air naik… berpusing2 kami kat kawasan tu sebab nak carik jalan lain… aku cuba pulak nak parking kat area sri pentas, tapi jalan belok ke sri pentas dah kena tutup dengan kon… terpaksa aku membelok ke arah taman tasik bandar utama… masuk dari arah one utama… nak carik kawasan parking pun confius gak… last2 kami dapat gak carik parking… nasib baik keluar awal sebab kereta masih tak banyak lagi… walaupun berpusing2 tapi tak jem… sementara menunggu jam 6pg kami lepak dalam kereta berehat dan melelapkan mata… hujan masih turun renyai2 lagi…
                Jam 6 lebih jumlah kereta dalam kawasan parking sudah bertambah… kami decide untuk bergerak ke kawasan mula di seri pentas… pada mulanya kami plan nak naik shuttle bas dari kawasan parking ke sri pentas kerana hujan masih renyai lagi… tapi bila dah tunggu 5min tak nampak pun shuttle basnye… kami decide untuk berjalan kaki sahaja ke sri pentas… bukannya jauhpun… lintas depan one utama je… dalam 5min berjalan kaki dan hujan pun dah mula nak berhenti… sejuk betul pagi tu ditambah lagi dengan hujan yang turun… aku pulak pakai thight paras lutut je… aku balutkan face towel yang aku bawak kat leher aku untuk kuragkan rasa sejuk… untuk pengetahuan korang kawasan leher adalah antara kawasan yang paling sensitif kepada suhu… sebab tu ada mafla…sampai ke sri pentas… kawasan menjadi jem dengan kereta yang cuba berasak masuk… nasib baik aku tak parking kat area ni… 
ajat dan una

posing sikit

                Sebelum apa2 aku pergi tandas dulu… buang hajat… lepas tu aku mula buat warming-up… kali ni aku bagi tumpuan lebih dalam meregangkan otot2 kaki aku… nak cuba elakkan cramp dari berlaku… lebih kurang jam 7pg kami sudah bergerak masuk ke dalam holding penn… seperti biasa ada aktiviti senamrobik dahulu… sewaktu senamrobik ni kumpulan kecil kami ini disertai oleh sorang lagi kawan ajat, arai… aku first time jumpa arai masa SCKLM’12… dia pun masuk HM jugak… tapi arai memang season runner dan dah pernah lari FM pun, memang tak dapat nak bersaing langsung dengan dia masa scklm’12 tempoh hari… tepat jam 7.30pg semua pelari 7km pun dilepaskan…
                Pace permulaan larian memang amat2 perlahan kerana terlalu crowded… lagi pun aku terpaksa adjust pace aku kerana nak bersaing dengan ajat dan una… arai yang dah biasa lari laju pun nampak macam memperlahankan pace larian dia supaya kami berempat dapat berlari bersaingan… aku tak berapa ingatla, tapi aku kira pada pertengahan larian aku dengan arai sudah mula laju sedikit kehadapan meninggalkan ajat dan una dibelakang… route pada tahun ni memang berbeza jika dibandingkan dengan route tahun lepas… tahun lepas routenya adalah rata dan berlari dicelah rumah orang… ada pertambahan bukit yang agak tinggi dan melalui jalan2 utama dikawasan bandar utama… sewaktu melalui kawasan bukit aku berpacing dengan arai… melihatkan arai macam tak akan berhenti berlari… aku ikutkan sahaja… bagus jugak dapat pacing dengan season runner macam arai… kita dapat motivasi untuk terus berlari… boleh katakan aku berlari tanpa henti sepanjang route larian…
                Sepanjang larian jugak aku banyak berborak dengan arai… ini bermaksud aku berlari dengan pace yang baik… Cuma pada km yang terakhir, arai mula membuka langkah yang lebih panjang… aku cuba untuk mengikuti pace dia yang semakin laju dan aku Cuma ketinggalan beberapa saat sahaja dibelakang arai sewaktu melintasi garisan penamat… waktu yang aku catatkan adalah 51min… bukanlah masa yang terbaik aku untuk jarak 7km… tapi pace permulaan yang agak perlahan menyebabkan masa yang aku catatkan lebih lambat… selepas melintasi garisan penamat, terus diserahkan medal, sijil dan kupon untuk mengambil goodies bag… ajat dan una pula melintasi garisan penamat 10min kemudian… kemudian kami regroup semula dengan arai… setelah berborak kejap dan ronda2 area booth penaja kami pun bergerak balik… seperti biasa kami singgah dulu bersarapan dan beli sarapan untuk betty dan miza dirumah…
medal dan goodies bag


                Kesimpulan aku tentang race kali ni… mungkin tahun depan aku tak masuk lagi kot race ni… cuba try race lain plak… sebab pada tarikh yang sama kat kl ada race McDonald Olympic Day Run… tapi ada gak dengar2 yang Olympic Day run tahun ni macam huru-hara sikit sebab terlalu ramai runner menyebabkan kawalan trafik dan runner tidak mengcukupi… tengoklah tahun depan macam mana… dalam acara kali ni juga aku berpeluang berjumpa dan berborak dengan arai… banyak maklulmat yang aku dapat dari dia… antaranya pengambilan ORS (Oral Rehydrate Salt) sebelum larian terutama larian jarak jauh untuk mengelakkan cramp dari berlaku… aku rasa aku akan cuba apply ambil ORS sebelum larian Men’s Health nanti… sekarang juga aku ada mengamalkan pengambilan air isotonik sehari sebelum larian dibuat… satu lagi masalah yang timbul adalah kawalan lorong larian sewaktu event… walaupun kebanyakkan masa semasa event akan disediakan lorong khas untuk pelari… tetapi pada kebanyakkan masanya juga pelari akan berlari sehingga keluar dari lorong yang telah disediakan… ini mungkin kerana jumlah pelari yang banyak menghimpit pelari sehingga keluar dari lorong… berlari luar dari lorong adalah amat2 merbahaya kerana lorong yang tidak ditutup itu adalah dikhaskan untuk laluan kenderaan… kemalangan mudah untuk berlaku… langkah terbaik adalah menutup keseluruhan lorong untuk pelari… tetapi ini menimbulkan konflik antara pelari dan pemandu… sebab itu sering terjadi pelari diHONkan oleh pemandu yang kemarahan kerana jalannya dihalang kerana memberi laluan kepada pelari… aku sebagai pelari memang boleh faham dengan situasi ni… oleh itu sebagai langkah berjaga2… kalau ada acara larian yang dibuat dikawasan korang… baiklah jangan keluar rumah atau keluar lambat sikit sebab mesti ada jalan yang ditutup… sekurang2 tak lah sakit hati bila terperangkap dalam jem… TOLERANSI kata kuncinya…



                Larian seterusnya adalah Men’s Health Shape Night Run yang akan berlangsung di putrajaya… acara ulangan dari tahun lepas… acara ni Cuma ada medal yang limited sahaja tetapi tarikan utamanya adalah goodies bag yang berharga lebih dari rm300… itulah sebab utama aku masuk acara ni… kali ni aku masuk sorang je… ajat lambat daftar… pelbagai usaha untuk mendapatkan BIB untuk ajat tidak berjaya walaupun telah cuba menghubungi beberapa pelari lain yang mahu mengjual BIB mereka… tapi untuk tahun ni aku akan pergi rumah ajat dahulu di presint 9 Putrajaya… sebelum ke presint 3 dimana acara akan berlangsung…. Samada kami akan berjalan kaki atau naik moto ke presint 3 belum diputuskan lagi…
                Prestasi aku untuk acara ini pada tahun lepas adalah amat2 teruk… lebih2 lagi ia adalah acara larian malam yang pertama aku… pada tahun ni aku berazam untuk memperbaiki prestasi larian malam aku walaupun jarak larian telah dikurangkan dari 12km ke 11km… ini semua adalah sebagai persediaan untuk Putrajaya Night Marathon bulan 10 nanti yang mana aku dan ajat akan berlari HM….

2 comments:

Efa Nur said...

hye...rajinnye awk join ye.. banyak tuu medal..hehe

efa pun ada hari tuu, tp tak join lari punn..
bejalan je..hihi :D

Pelampung Bocor said...

takde la rajin sangat... selagi larat kaki ni nak berlari...