Saturday, July 28, 2012

Spaggetti Merah Ala Runner



                Semperna bulan ramadhan ni… malas la aku nak buat entry pasal lari2… kita cite pasal lari2 lepas bulan puasa lah ok… bulan2 pose cite pasal makanan memang sensitif sikit… so, aku nak berkongsi resepi kegemaran aku terutama bila menjelang kejohanan larian… jika masih ingat salah satu aktiviti carbo-loading yang selalu aku lakukan adalah memakan spaggetti… ada 2 jenis masakan spaggetti yang aku tahu… iaitu spaggeti merah dan spaggeti putih… mengikut nama panggilan yang diberi oleh miza… kali ni aku kongsi dulu resepi spaggeti merah
Bahan-bahannya:
1.      Bawang putih – 4@5 ulas
2.      Capsikum @ cili cameron – ½ biji
3.      Cendawan butang – 1 tin
4.      Sos spaggeti merah – 1tin
5.      Daging cicang – 1 peket
6.      Perencah Maggiee spaggetti bolongnese – 1 peket
7.      Garam dan sebuk lada hitam secukup rasa
8.      Pasta spaggetti – 1/2  bungkus
9.      Minyak masak @ minyak zaitun (ikut kemampuan)
Cara- cara memasaknya:
                Mula2 kena masak pasta spaggetti dulu. Carik kuali besar atau periuk besar. Isikan dengan air. Pastikan jumlah air cukup untuk menenggelamkan semua spaggetti yang hendak dimasak. Masak air hingga berbuih. Letakkan sedikit garam dan minyak masak @ minyak zaitun ke dalam air yang dimasak. Apabila air sudah mula berbiuh, masukkan spaggetti yang hendak dimasak. Spaggetti sudah masak apabila ia sudah lembut. Jangan masak terlalu lama sehingga spaggetti menjadi terlalu lembik, tak sedap. Bila spaggetti dah masak, toskan airnya.
                Hiris  bawang putih halus2. Potong capsikum secara mendadu @ hirisan panjang (ikut suka). Keluarkan cendawan dari tin dan potong ikut suka. Daging cincang perlu dipotong atau dicarik2 supaya menjadi bahagian yang lebih kecil. Daging cincang tu biarla jadi berketul2 sikit baru sedap.
                Proses memasak kuah. Carik periuk yang bersesuaian. Tenggek atas dapur. Hidupkan api paras serdahana. Masukkan minyak supaya dapat membentuk satu lapisan nipis pada dasar periuk. Tunggu sampai minyak menjadi panas. Masukkan bawang putih dahulu, kacau dengan senduk untuk mengelakkan bawang menjadi hangus. Bila bawang putih sudah mula mengeluarkan bau, masukkan daging. Pastikan daging kerap dikacau untuk pastikan ia masak sekata dan tidak melekat pada dinding periuk. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Apabila daging sudah mula masak (daging berubah warna dari kemerahan ke warna sedikit kegelapan) masukkan setin sos spaggetti. Kemudian tambah air sama banyak dengan setin sos spaggetti (boleh gunakan tin yang sama untuk sukat air). Kacau supaya bahan tadi menjadi rata. Masukkan pula sepeket serbuk perencah maggiee spaggetti bolongnese dan kacau. Biarkan hingga mendidih. Bila sudah mendidih masukkan capsikum dan cendawan. Tambahkan juga sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga rata dan kecilkan api. Biarkan sos tadi mereneh dan memekat dalam 5minit. Dah siap, senang jer kan.
                Kaedah untuk menghidangkan… masukkan spaggetti dahulu kedalam pinggan… kemudian tuangkan sosnya keatas spaggetti tersebut sesuka rasa… pastu dah boleh makan… untuk spaggetti putih pula… senang shaja… tukarkan sos spaggetti merah tadi dengan sos cendawan dan juga daging lembu ke daging ayam… kaedah2 yang lain semuanya sama sahaja… orait itu sahaja… selamat mencuba… kalau sedap bagitau antupancing, kalau tak sedap senyap2 dah la….
                Tapi kalau tak cite langsung pasal running macam tak lengkap la entry kali ni… bulan2 pose ni nak kena carik jalan untuk exersice la… nanti takut badan jadi lenbab sebab lama sangat cuti… dah la lepas raya nanti bulan 10 nak lari HM lagi… lari malam lak tu… aku target kalu lari pagi aku boleh abis 2j 50m… lari malam confom lebih dari 3jam… silap2 boleh sampai 3j 30min… dah la lari malam, kat putrajaya lak tu… aku rasa putrajaya ni macam badi la dengan aku… susah betul nak catatkan masa yang baik untuk larian kat putrajaya… aku ingat malam yang aku tak gi terawih aku nak kena buat latihan angkat berat… seminggu sekali pun jadila, sepanjang bulan ramadhan ni… untuk pengetahuan korang aku bukan sahaja buat latihan larian… aku juga ada buat latihan angkat berat kat rumah… ini adalah bertujuan untuk menambah kekuatan upper portion body aku… kerana sewaktu berlari, kita akan menggunakan otot2 dibahagian kaki secara majoritinya… tetapi dalam masa yang sama kita juga menggunakan otot2 dibahagian atas badan kita untuk keseimbangan dan momentum seperti pergerakkan tangan… ini membuatkan otot2 bahagian atas badan juga penting dan perlu dilatih… kebetulan kat rumah aku ada seketul besi yang beratnya hampir 5kg rasanya… aku gunakan besi tu sebagai beban untuk latihan mengangkat berat aku… aku beri tumpuan dalam melatih ketahanan otot dan bukannya untuk bina otot… aku bukannya nak jadi abang ketak…  latihan mengangkat beban ni sama seperti latihan berlari mestilah dimulakan perlahan-lahan… janganlah baru nak mula dah angkat 10kg… koyak otot tu kang lain pulak citenya… aku masa mula2 angkat berat aku Cuma angkat selama 30saat sahaja… bila aku dah confident sikit aku tambah masa untuk mengangkat… sekarang aku dah angkat besi buruk tu untuk selama 1minit 30saat untuk setiap kali angkatan… aku beri perhatian kepada menguatkan otot2 lengan, dada dan pinggang… seperti mana yang aku beritahu sebelum ni… tujuan aku mengangkat berat ni adalah untuk membina ketahanan otot… sebab itu aku tak tukar berat bebanan yang aku angkat… maintain pakai besi buruk yang sama… Cuma yang berubah adalah tempoh masa angkatan… aku tak tahulah samada teknik yang aku gunakan ni betul atau tidak… tapi buat masa ni takde la plak aku mengalami kecederaan…

No comments: