Apalah yang aku nak sembang untuk
entry kali nih… kalau nak cite pasal larian… next event aku jauh lagi… hujung
bulan 11 (parkcity run)… hari yang sama untuk parkcity run iaitu pada
27/11/2011… kat kl ada larian NIKE WE RUN KL 10K… ini antara larian yang
mendapat sambutan hangat pada tahun ni kerana pendaftaran hanya dapat dibuka
selama 3 hari sahaja… lepas tu dah penuh dah… ramai orang berebut nak masuk
larian ni sebab T-shirt nike yang ditawarkan menarik dan harga penyertaan pun
murah… ramai yang marah sebab penyertaan ditutup cepat sangat… siap ade sorang
mamat ni kt dalam facebook suruh nike pastikan setiap orang yang mendafter
untuk hadir pada tarikh larian tersebut… hahhaaa lawak betul la…
|
running tee & botol air NIKE |
Aku memilih untuk berlari dlm
parkcity run sebab aku fikir event ni mugkin lebih menarik sebab diadakan di
desa parkcity yang lebih eksklusif… dari gambar2 yang aku tengok dalam internet
kawasan ni memang cantik dan besih… lagi pun aku dah pernah lari kat kawasan
bandaraya kl semasa larian hari wilayah, larian ktm komuter dan scklm… cuba try
test lari kat tempat lain lak… untuk larian kali ni aku akan berlari bersama2
dgn ajat… kali ni ajat siap beli seluar general compression daripada Breath…
aku pun berminat dengan seluar general compression dan aku juga la yang
memperkenal dengan dengan jenama Breath ni… tapi dia yang beli dulu… dia beli
yang panjang sampai buku lali… harganya baru dalam lingkungan rm90… kalau
jenama2 lain mau2 mesti dalam lingkungan rm150… aku dah try seluar yang dia
beli tu… memang best dan selesa… rasa sejuk bila berlari…
Bersesuaian dengan tajuk entry kali
ni… aku nak kongsi port2 menarik tempat nak makan yang aku suka nak singgah…
kalau hari kerja, seminggu sekali aku akan pergi makan di gerai nasi ayam
simpang sungai choh… tempat ni memang popular untuk orang2 kawasan sungai choh,
bukit beruntung, bukit sentosa dan sungai buaya, termasuk budak2 perodua… apa
yang aku suka kat sini adalah nasi goring ayam dengan sayur kalian… sayur
kalian gorengnya memang lain dari yang lain…
|
nasi goreng ayam & kailan goreng |
Kalau aku ke selatan antara port yang
menarik adalah gerai kuih di sg. Merab, sebab ada donut gergasi sebesar pinggan
makan… kalau ke kajang mesti pekena satay kajang hj. Samuri… kalau aku ke johor
aku akan singgah di batu pahat untuk makan nasi beriani dekat kedai dekat
dengan Alliance Bank… di muar, aku selalunya singgah di tanjung emas untuk
pekena mee bandung…
|
donut sebesar piring |
Paling best kalau aku ke utara… kat
tanjung malim ada pau yee mun… kedainya ada di simpang 4 dekat UPSI… kalau ke
ipoh pulak ada char kuew tiouw kat greentown… kat sebelah padang di Bandar ipoh
banyak orang berniaga guna van… di tanjung rambutan dekat stesen keretapi pula
ada rojak special… kalau gerak sampai ke penang… singgah di prai. Makan mee
udang… kalau kat atas pulau, takyah cite la, memang banyak port2 menarik untuk
gi makan… aku suka singgah makan pasembor di padang kota dan nasi kandar di
gerai line clear…
|
nasi kandar ayam goreng.... kuah semua tarok |
|
kedai antara celah kedai |
|
mee goreng udang |
|
mee udang prai |
Ni selera aku… terpulang pada selera
masing2 makanan dan tempat makan yang korang paling suka…
2 comments:
kalau nampak makanan sume sedap jeeerrr .. tp bile da kat kedai makan , nak pilih menu pun lambat . haha !
setuju... setuju
Post a Comment