Aku bertugas sebagai store executive
untuk jabatan Bodyshop, PERODUA manufacturing sewaktu tahun2 awal perkhidmatan
aku didalm jabatan bodyshop… sebagai store executive, aku bertanggungjawab
untuk membuat pembelian barang2 keperluan untuk production didalam bodyshop…
barang2 keperluan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu CAPEX dan OPEX… CAPEX
merupakan Capital Expenditure, iaitu pembelian berkos tinggi dan barang yang
dibeli mempunyai jangka hayat yang panjang… antara contoh CAPEX adalah mesin2
pembuatan yang besar, mesin kimpalan DLL… OPEX pula mewakili Operational
Expenditure, iaitu pembelian barangan biasa yang digunapakai dalam urusan
pengeluaran harian… barang2an ini juga bersifat pakai habis @ pakai buang…
dalam term yang lain juga dikenali sebagai consumable item… antara contoh
consumable untuk Bodyshop adalah PPE (Personal Protective Equipment), electrode
cap tip DLL…
Pembelian capex jarang dilakukan
kerana melibatkan kos yang tinggi… pembeliannya juga melibatkan perancangan
yang teliti… antara pembelian capex yang pernah aku kendalikan adalah pembelian
mesin lathe untuk seksyen jig mtce dan portable spot weld gun untuk production…
untuk pembelian kedua2 mesin ini memerlukan aku unutk meneliti spesifikasi dan
memastikan ianya memenuhi kehendak pengguna akhir. Aku juga perlu memasuki
mesyuarat khas yang dianggotai oleh wakil dari jabatan akaun dan purchasing
untuk menjelaskan keperluan pembelian mesin tersebut…
Pembelian opex adalah pembelian
biasa untuk keperluan penggunaan harian bahagian pengeluaran… barangan
keperluan ini lebih dikenali sebagai consumable… untuk consumable, budget yang
aku buat adalah bedasarkan data penggunaan barangan tersebut ataupun consumable
rate… dengan mengetahui lead time untuk setaip order barang yang dibuat… aku
dapat membuat perancangan berapa banyak barang yang perlu dibeli dan bila…
sewaktu aku mula2 take over unit store, tiada consumable rate yang dikira…
budget dibuat ikut agak2 aje… ini amat2 merbahaya untuk barangan2 yang
kritikal… untuk bodyshop, aku telah mengenal pasti beberapa barangan yang
kritikal… antaranya adalah gas CO2 dan elektrod cap tip saiz 13 dan 16… setiap
barang yang keluar dari store perlu lah direkod dengan baik dan kemas… dengan
menggunakan jumlah barangan yang keluar dari rekod store dan jumlah pengeluaran
kereta, aku dapat mengira consumable rate untuk setiap barangan… ini dapat
membantu aku untuk mengurus store dengan lebih baik dan mengetahui masa yang
sesuai untuk mengoder barangan… lebih2 lagi mudah untuk aku buat budget tahunan
opex… senang sikit nak cerita kat boss kenapa jumlah duit yang diperlukan untuk
opex tahunan…
Ini semua aku belaja dari kesilapan…
sebelum aku buat system consumable rate ni… aku Cuma ikut system yang telah
sedia ada… ada sekali tu, gas CO2 untuk bahagian pengeluaran telah habis…
termasuk stok simpanan dalam store… order telah dibuat tetapi lambat,
sekurang-kurangnya memakan masa seminggu untuk sampai… aku dah start panic
kerana Cuma bodyshop sahaja yang menggunakan gas CO2 untuk pengeluaran body
kereta… antara opsyen yang aku ada untuk menyelesaikan masalah ni adalah… guna
kenderaan sendiri pergi amik gas CO2 kat MOX… atau gi Tanya kat shop2 lain
manalah tahu dia org ada simpan stok gas CO2… so, aku buat opsyen yang kedua
dulu… aku suruh bebudak store pergi ke shop2 lain untuk Tanya samada dia org
ada simpan atau tidak gas cO2… dan kebetulan di Assembly shop dia org ada
simpan sedikit gas CO2 yang digunakan untuk proses repair… so, aku dapat la
pinjam sedikit sementara stok gas sampai ke perodua dari MOX… apa yang aku
belajar dari insiden ni, kepentingan untuk monitor barang2 yang kritikal dan
mempunayi hubungan yang baik dengan PIC2 store dari shop yang lain… ok aku sambung dalam dalam bahagian yang lain plak...
No comments:
Post a Comment