Tempat: Menara Kuala Lumpur, Bukit Nenas
Kategori: Lelaki Terbuka
Race kit: Running T-Shirt, BIB (A0382),
timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal
Tarikh & masa : 19 May 2012, 8.20pm
Assalammualaikum… sebelum aku meneruskan
catatan kali ini… ingin aku meminta jasa baik rakan2 pembaca yang beragama
islam untuk mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah buat sepupu aku Abang Zizi
(Azizi Kamaruddin) yang baru sahaja meninggal dunia pada tanggal 21 May 2012
setelah diserang sakit jantung secara tiba2 pada 19 May 2012 (hari kejohanan
Towerthon) semasa melakukan aktiviti berbasikal di area taman puncak jalil.
Berita abang zizi koma disebabkan serangan sakit jantung itu aku terima Cuma
beberapa jam sebelum larian aku pada towerthon tahun ini… yang paling buat aku
terkejut adalah abang zizi sebelum ni tak pernah menunjukkan apa2 tanda yang
beliau ada masalah kesihatan… semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan
dikalangan mereka2 yang beriman…
Ini adalah acara ulangan/repeat aku
yang pertama… acara yang sama aku sertai pada tahun lepas… disebabkan keunikkan
acara ini mendorong aku menyertainya sekali lagi… kali ni aku dapat meracun
ajat untuk masuk sekali dan dia tarik kawanya una untuk masuk kategori women
open… aku dan ajat akan menyertai kategori men’s open… pada tahun ni sedikit
kelainan pada jadual larian… larian akan bermula jam 2.00ptg hingga ke malam…
sebab itu tahun ni kejohanan ini dipanggil KL Tower Day & Night Towerthon…
kategori-kategori lain akan berlari sebelah siangnya… Cuma kategori men’s open
sahaja berlari pada sebelah malam… ini mungkin countermeasure yang diambil oleh
pihak penganjur sebab pada tahun lepas, semua kategori berlari pada sebelah
malam… oleh kerana jumlah peserta yang banyak, acara berlarutan hingga ke lewat
malam…
Pada sebelah siang aku pergi untuk
menjemput ibu mertuaku yang balik dari mengerjakan umrah… mak dijangkakan
sampai di KLIA jam 6 pagi… maka jam 4.45pagi kami sekeluarga dah mula bergerak
dari rumah… setelah menjemput mak di KLIA kami menghantar mak ke rumahnya di
bukit beruntung… kami lepak2 di rumah mak sehingga jam 12t/hari sambil
membelek2 ole2 yang mak beli dari mekah… mak belikan untuk aku sepasang kopiah
arab dan jubah… ajat memang dah ada kat rumah aku sebab dia datang dari putrajaya
malam sebelumnya… sebelum sampai ke rumah aku, betty dan miza lunch dulu makan
nasi arab di pekan rawang… kedainya bersebelahan dengan Old Town White Coffee
Rawang…
Ajat bergerak dahulu ke KL Tower
sebab dia nak kena bawak una yang akan berlari pada jam 4.00ptg… pada jam 5.00
ptg hujan turun dengan lebatnya, walhal sebelumnya matahari memancar dengan
terik sekali… terlintas kat kepala otak aku bagaimana kategori2 yang lain
berlari pada sebelah petang sewaktu panas terik… mesti berbahang kepanasan didalam
shaft kl tower… aku dengar dari una ada peserta yang pengsan petang itu…
(berita abang zizi koma aku terima dalam jam 5.15ptg, setelah berbincang dengan
abah, kami mengambil keputusan untuk melawat arwah pagi besoknya)… hujan reda
dalam jam 6.30ptg… aku bergerak ke kl tower menaiki motor dan parking
berdekatan dengan pintu masuk ke kl tower… aku bawa hydration belt dan memakai
tight pendek paras lutut… aku fikir tak perlu lah aku nak pakai compression
tight aku sebab acara akan berakhir dalam masa 30minit sahaja…
sebelum |
Grouping dengan ajat dan una
dihadapan pintu masuk kl tower… kami bergerak ke kawasan mula untuk aktiviti
memanaskan badan… selepas selesai aktiviti senam robik kumpulan pertama pelari
diminta masuk ke dalam holding pen… aku dan ajat akan berlari dalam kumpulan
yang kedua… kumpulan pertama dilepaskan tepat jam 8.00mlm… dan kami kumpulan
kedua dilepaskan pada jam 8.20mlm… keadaan awal larian agak sesak dan berlaku
sedikit tolak menolak disebabkan terdapat lopak yang besar selepas gerbang mula…
ini menyebabkan larian aku sedikit tergangu dan aku bermula agak perlahan…
sempit dalam shaf tower |
basah railing tu dgn peluh |
Larian 800m yang pertama adalah
mendaki bukit yang agak tinggi sehingga ke anak tangga pertama menara… aku dan
ajat berlari dengan pace yang santai sebab nak mengelakkan kepenatan sebelum
sampai ke anak tangga… dibahagian bawah menara keadaan adalah agak sesak sebab
shaft menara hanya dapat memuatkan hanya 2 orang pelari untuk satu2 masa… untuk
memotong pelari lain adalah agak sukar pada masa ini… ikut sahajalah flow
pelari yang sedang memanjat tangga tower…
Dipertengahan tower… jarak antara
pelari dah semakin meregang… maka adalah peluang untuk memotong pelari lain…
itu pun kalau larat la… selang 2-3 tingkat akan ada pintu ke ruang yang agak
luas yang berbanding kawasan tangga shaft tower… kat sini pelari boleh berehat
seketika… dikawasan ini juga selalunya dijadikan water station yang
menghidangkan 100+ dan plain water… aku takde berhenti lama2 kat satu2 tingkat…
Cuma berhenti seketika untuk minum air di water station… sesungguhnya penat
sungguh nak panjat 2084 anak tangga kl tower ni sampai ke puncak… kalau
bercita2 nak berlari sampai ke atas, jangan haraplah… perasaannya macam tak
kesudahan nak sampai penghujungnya…
Bila nak sampai ke puncak… akan mula
kedengaran bising2 sorakkan orang yang menanti di garisan penamat… masa ni la
semangat kembali membara dan macam ada tenaga simpanan yang dibebaskan supaya
dapat memanjat dengan lebih laju… sebaik sahaja selepas melintas garis penamat
dipuncak… terus disarungkan pingat penamat… ajat sampai dahulu dari aku… awal
beberapa saat je daripada aku… lepas dapat medal terus diminta turun beberapa
tingkat kebawah sebelum mengambil lif untuk turun ke tapak menara… tahun ni
pelari tidak dikumpulkan di deck observation seperti tahun lepas… tapi diruang
yang takde tingkap langsung… boring ahhh… seperti tahun lepas juga aku tak
tunggu lama2 kat atas sebab semakin lama akan menjadi semakin sesak… aku terus
ajak ajat turun ke bawah…
antupancing tayang medal |
medal up close |
medal tahun 2011 dan 2012 |
Dibawah menara kami re-group semula
dengan una… kami decide untuk tidak menunggu lama2 kat area menara kl… sebelum
balik ke rumah, kami singgah makan nasi lemak di kampung baru… masa yang aku
catatkan pada tahun ni adalah 29m… berbanding tahun lepas 28m… ini mungkin
kerana waktu perlepasan aku agak perlahan sebab bersesak2 mengelak lopak
dihadapan garis mula… walaupun tak berjaya mendapatkan target masa aku… aku
terima sebab itulah kemampuan aku…
No comments:
Post a Comment