Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of
justice)
Kategori: Terbuka lelaki 12.3km
Race kit: Running vest REEBOK, BIB (A0157),
running timing chip
Post race: Goodies from sponsor (estimate worth
~rm300)
Tarikh & masa: 30 julai 2011, 8.20pm
Ini merupakan larian terakhir aku sebelum masuk
bulan ramadhan 1432 hijrah yang mana 1 ramadhan akan jatuh pada 1 ogos 2011…
pada mulanya aku tak nak masuk larian ni kerana jadual larian aku untuk bulan
julai dah penuh dengan larian NTV7 Feel Good Run… tetapi memikirkan lepas ni
aku akan cuti agak panjang… lebih kurang 2 bulan, maka apa salahnya masuk
larian terakhir sebelum puasa… lagipun goodies yang ditawrkan menarik jugak…
bernilai kira2 rm300…
Larian ni sebenarnya banyak meninggalkan kesan
kepada aku dan juga banyak pecah rekod… pertama, merupakan larian malam pertama
aku (KL Towerthon tak kira la, sebab banyak panjat dari lari)… kedua, larian
pertama diluar kawasan kl… dan ketiga, jarak terjauh aku dalam satu larian
(12.3km)… rekod sebelum ni dipegang oleh SCKLM, 10km… ni merupakan antara
larian aku yang naikkan jarak lariannya dalam persediaan menghadapi
half-marathon tahun depan… kali ni aku masuk sorang jer…
Larian akan berlangsung pada sabtu malam ahad…
pagi sabtu, aku ada jemputan tahlil dan doa selamat menyambut ramadhan di
batang kali… masa kat kenduri ni aku makan gulai lemak cili api nangka muda…
(yang kelak akan menghantui aku sewaktu larian nanti)… terus terang aku
nyatakan bahawa persiapan aku untuk menghadapi larian ni sebenarnya kurang
mantap… aku tak dapat nak mengikuti jadual persiapan yang aku dah nyatakan
sebelum ni atas sebab tertentu…boleh juga dikatakan yang aku terleka dan sambil
lewa dalam membuat persiapan… semuanya ini sebenarnya akan memberi kesan terhadap
prestasi aku sewaktu larian nanti…
Aku bertolak dari rumah naik kete dalam pukul 5
ptg… perjalanan dijangkakan akan ambil masa dalam 1jam… oleh kerana aku memang
tak familiar dengan kawasan putrajaya, sebab itu aku plan untuk bertolak awal
sikit… aku ikut highway baru kl-putrajaya dan dalam lebih kurang kul 6 aku
sampai… pusing2 dalam kawasan putrajaya, 6.30 baru aku dapat parking… itupun
bukan kat belakang palace of justice…
Disebabkan masih awal lagi… aku pun pusing kat
area carnival sambil ambil barang2 free sebelum bergerak ke masjid untuk solat
magrib… masa ni aku ternampak beberapa orang pelari2 yang famous seperti miss
jewel, reza ali dan yimster… lepas solat aku bergerak kembali ke kawasan mula…
ikat kasut dengan timing chip dan buat warming up… seperti biasa ada senamrobik
sebelum semua peserta diminta berkumpul di gerbang mula… pelari jarak 12.3km
akan dilepaskan dahulu sebelum pelari 5km… pelari hanya dilepaskan pada jam
8.20 selepas ketibaan VIP…
ok...ok... kita sambung lagi dalam bahagian ke dua...
3 comments:
sudah follow awak..follow back ye..tq..:)
wah..respect giler la kat bro.. saya ni kalau bab sukan tambah2 larian cepat ja pancit tgh jln.. umur baru 18, tapi stamina tahap umur 81thn dah.. hehe :p
takpa... boleh lari pelan2
Post a Comment