Tuesday, August 23, 2011

Kecederaan / Injury (kecederaan lutut)


Semua jenis sukan pasti ada risiko… dan risiko ini boleh mendatangkan bahaya serta mudarat kepada diri kita sendiri… oleh itu, adalah baik untuk kita memahami semua risiko yang ada dalam setiap aktiviti sukan supaya kita boleh mengelakkan dari berlakunya kecederaan…
Untuk sukan berlari, aku rasa jenis kecederaan yang paling biasa adalah sakit lutut… aku pun ada mengalami masalah yang sama… sakit lutut ni selalunya akan terjadi selepas larian, untuk aku selalunya sakit lutut akan muncul selepas larian yang jauh melebihi 10km… kesakitan dibahagian lutut akan ketara apabila aku cuba untuk membengkokkan lutut sewaktu berjalan, turun tangga dan sembahyang…

Apa yang aku selalu lakukan untuk mengurangkan rasa sakit ini adalah dengan menyapu ubat sapu dibahagian lutut selepas larian… antara ubat sapu yang aku gunakan adalah WINTOSAL, VERON, DEEP HEATING RUB, PERSKINDOL… dalam masa yang sama aku juga menggunakan knee protector… knee protector ini memberikan tekanan/compression dan kestabilan kepada lutut aku, aku juga menggunakkan knee protector ini sewaktu larian supaya lutut akuk berada dalam keadaan stabil sewaktu larian… lutut aku yang bermasalah adalah lutut sebelah kanan…
Donna (Glucosamine), Perskindol, Veron, Wintosal, Deep Heating Rub

Kenapa sakit lutut ini boleh terjadi… antara sebabnya adalah teknik larian yang kurang tepat… kecederaan lutut sewaktu larian berlaku semasa landing kerana waktu ini lutut menerima tekanan dan hentakkan yang tinggi… jika kedudukan kaki tidak lurus sewaktu larian, lutut akan mudah tercedera… antara sebab lain adalah keadaan rawan lutut yang telah haus dan kekurangan cecair pelincir dalam lutut… rawan boleh menjadi haus kerana penggunaan yang berlebihan… siptom ini amat ketara berlaku dikalangan ahlil2 sukan… 
Knee protector

Untuk memastikan rawan senantiasa berada dalam keadaan baik… adalah digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan… vitamin yang sesuai untuk joints and flexibility adalah glucosamine… aku ada mengambil vitamin nih… vitamin ni juga sesuai untuk golongan yang berusia yang selalu mengalami kesakitan pada lutut… untuk masalah cecair pelincir yang berkurangan… boleh ditambah dengan pembedahan kecil… pembedahan juga boleh dilakukan untuk memperbaiki rawan yang telah rosak… keadaan rawan yang tidak licin akan menyebabkan kesakitan… sebenarnya prosedur pembedahan ini dicadangkan oleh boss aku kerana dia juga mengalami masalah kesakitan lutut dan dia telah menjalani pembedahan dan menurut boss aku, ianya berkesan… aku rasa aku berlum sampai tahap memerlukan pembedahan… cukuplah dengan mengambil vitamin tambahan glucosamine…
Adalah digalakkan juga untuk melakukan beberapa senaman untuk memperkuatkan otot2 yang berada di kawasan lutut… tak dapat aku nak ceritakan macam mana bentuk senamannya… boleh la check sendiri kat dalam internet
Nak juga aku peringatkan yang apa yang aku tulis ni adalah bedasarkan pengalaman dan pengamatan diri sendiri sahaja… aku bukanlah pakar perubatan… oleh itu jangan terlalu percaya apa yang aku tulis… kalau nak dijadikan panduan boleh la… ok…

1 comment:

Artie said...

nasib baik lah belum tua~ ahaha.. Alhamdulillah tak kena lagi sakit macam tu :))