Entry
kali ni aku nak kupas mengenai passion for running… apa sebab musabab yang
mendorong seseorang untuk berlari… untuk aku, tujuan utama aku mula2
menceburkan diri dalam dunia larian ni adalah atas sebab2 untuk kesihatan
seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang terdahulu… aku rasa memang
ramai orang yang berlari atas sebab kesihatan… kebanyakkannya adalah untuk
menurunkan berat badan… kerana berlari adalah salah satu senaman kardiovaskular
yang bagus, juga dapat membakar kalori yang banyak… sebab itu bila kita
berlari, kita akan berpeluh dengan banyaknya… bagi aku pula, aku tiada masalah
lebihan berat, malah aku termasuk dalam kategori mereka yang kurang berat
badan… sebelum2 ni aku dah dah mencuba pelbagai cara untuk menambahkan berat
badan tapi tak Berjaya… percaya atau tidak, selepas mula berlari, berat badan
aku dah mula bertambah… ini dibantu oleh dengan gaya pemakanan yang sihat…
Berlari
juga merupakan salah satu cara aku untuk mengisi aktiviti pada masa lapang… aktiviti
yang mudah, murah dan boleh dilakukan pada setiap hujung minggu… bermula dengan
aktiviti jogging di taman tasik titiwangsa setiap hujung minggu membawa kepada
competitive running… berlari tidak lagi satu aktiviti riadah… tetapi dah
menjadi satu passion bagi aku…
Apa
yang menjadi keutamaan sekarang adalah berapa laju dapat aku berlari… berapa
jauh dapat aku rangkumi… berapa lama aku dapat bertahan… it is about testing my
limit as a human… blog2 dan forum2 memancing yang dulu selalu aku kungjungi dah
semakin sepi… yang selalu aku layari sekarang adalah blog2 pelari… seronok
dapat membaca kisah2 mereka… kerana pasti aku dapat kaitkan dengan pengalaman
sendiri…
Kalau
dulu selalu tercari2 mana kolam2 pancing yang dapat memberikan tarikan yang
hebat… sekarang nih tercari2 event2 larian yang dapat memenuhi kalender larian
bulanan… pejabat FTAAA (Federal Territories Amateur Athletic Association) yang
terletak berdekatan dengan stadium Negara juga dah berkali2 aku panjat untuk
mendaftar masuk larian dan pergi mengambil race pek… istilah2 baru sekarang
yang selalu bermain di bibir adalah T-Shirt larian, running vest, BIB no,
timing chip, hydration pack, compression clothing, carbo-loading dan lain2
lagi…
Hujung
minggu sekarang adalah masa2 yang selalu dinanti2kan… inilah masa untuk
berlatih… membina stamina dan kekuatan… setiap larian direkod masanya,
jaraknya, lajunya dan pace… kemudian data2 ini akan dinilai dan dianalisis
sebagai penanda aras tahap kebolehan terkini… sekarang pemandangan juga teliti
terhadap mereka2 yang berada di persekitaran… apakah jenis kasut yang mereka
gunakan… jenama pakaian yang mereka gunakan… teknik larian… sebagai
perbandingan dengan apa yang ada pada diri sendiri…
Pencapaian
aku yang terkini adalah quarter-marathon… tahun depan aku target half-marathon…
insyallah tahun lagi satu full-marathon… YES I’M A MARATHONER…
![]() |
ni bukan aku... |
2 comments:
bgs semangat tu
ooohh atlit rupanya.....
Post a Comment