Tempat mula
& tamat: Berdekatan banggunan TV3, Bandar utama
Kategori:
Lelaki 7Km
Race kit:
BIB, running t-shirt new balance, botol air, tuala muka, beg sandang kain
Post race:
Goodies dari sponsor, sijil, medal
Tarikh
& masa: 3 julai 2011, 7.30am
Peh…
seminggu lepas larian SCKLM aku ada masuk larian yang lain lak… harapnya
seminggu adalah masa yang cukup untuk aku recover dari SCKLM… larian kali
ni adalah semperna ulangtahun NTV7 yang berlangsung di sri pentas, Bandar utama…
larian kali ni aku masuk bersama2 adik aku…
Sehari
sebelum larian, aku, miza dan ajat pergi amik race kit di pejabat FTAAA…
disebabkan miza nak ikut sekali maka takleh la nak naik moto… so, kami
decide untuk pergi sana naik LRT aje… maleh nak bawak kereta sebab mesti
jem punya kawasan tu… kami naik LRT dari stesen sentul timur… dan
turun kat stesen pudu… disebabkan ini adalah kali pertama nak gi pejabat
FTAAA naik LRT… kami dah tersesat la… sepatutnya turun kat stesen
Hang Tuah… bukan pudu, maka kami terpaksa berpatah balik satu
stesen… lepas amik race kit, kami terus balik sebab miza dah bising2
kepenatan berjalan kaki…
Race kit
yang kami dapat adalah beg sandang, botol air, tuala muka, t-shirt larian
NewBalance dan BIB… Cuma kali ni perbezaannya, kat BIB takde tulis
no… kena tulis sendiri apa yang kita rasa tentang larian nih… pikir
punya pikir aku decide nak tulis “FREEDOM RUNNER – it’s a
GOOD day to run”… dari sini aku dah dapat agak yang larian ni
bukanlah satu pertandingan tapi hanya untuk suka2 jer…
Malam
sebelum larian ajat datang tido kat rumah aku… kami plan esok pagi dalam
kul 6 nak gerak dari rumah… naik moto…
kat kawasan mula |
Dan seperti
yang dirancang kami pun kuar rumah kul 6 lebih dan sampai sana sebelum kul
7… masa kami sampai memang dah ramai umat yang berlegar2… dan
disebabkan ini adalah fun run, so bermacam2 ragam la pelari yang ada…
bila jam dah menghampiri jam 7.30pagi… kami dah mula berkumpul dipetak
bermula… selepas sedikit senam robik, kami pun dilepaskan…
Laluan
larian adalah sekitar Bandar utama… lari melintasi One Utama dan masuk ke
kawasan perumahan… pelik gak la, sebab ni first time aku masuk larian
yang laluannya masuk sampai ke kawasan perumahan… mesti orang yang
tinggal kat situ terkejut… sapala pagi2 buta lari ramai2 kat kawasan dia
orang nih… sepanjang laluan Cuma ada 1 water station jer… dan aku
Berjaya menamatkan larian dalam masa 42min… dan laluan larian
kebanyakkannya adalah rata jer…
Lepas tamat
larian terus dapat medal… pastu amik lak goodies bag… peh, kali ni
memang lumayan… penuh satu beg barang yang dapat… ada majalh,
minyak wangi, sabun, minyak angin DLL… lepas habis stretching down, aku
dengan ajat pun masuk ke dalam kawasan pejabat NTV7 sebab ada karvival…
baru separuh round tetiba hujan turun dengan lebatnya… bila hujan dah mula
reda sikit… aku dengan ajat decide untuk terus balik jer, walaupun masih
ada booth carnival yang masih belu kami singgah… semua disebabkan keadaan
mendung macam hujan nak turun lagi…
aku |
ajat |
Separuh
jalan nak sampai ke rumah, hujan turun semula dengan lebatnya… basah
kuyup kami masa sampai ke rumah... sekian.
antara barang yang dapat |
pingat penamat |
t-shirt larian NewBalance |
tuala muka |
1 comment:
selamat berpuasa runner...
Post a Comment