Thursday, July 28, 2011

Race Report #6 (NTV7 Fun Run 2011)


Tempat mula & tamat: Berdekatan banggunan TV3, Bandar utama
Kategori: Lelaki 7Km
Race kit: BIB, running t-shirt new balance, botol air, tuala muka, beg sandang kain
Post race: Goodies dari sponsor, sijil, medal
Tarikh & masa: 3 julai 2011, 7.30am

Peh… seminggu lepas larian SCKLM aku ada masuk larian yang lain lak… harapnya seminggu adalah masa yang cukup untuk aku recover dari SCKLM… larian kali ni adalah semperna ulangtahun NTV7 yang berlangsung di sri pentas, Bandar utama… larian kali ni aku masuk bersama2 adik aku…
Sehari sebelum larian, aku, miza dan ajat pergi amik race kit di pejabat FTAAA… disebabkan miza nak ikut sekali maka takleh la nak naik moto… so, kami decide untuk pergi sana naik LRT aje… maleh nak bawak kereta sebab mesti jem punya kawasan tu… kami naik LRT dari stesen sentul timur… dan turun kat stesen pudu… disebabkan ini adalah kali pertama nak gi pejabat FTAAA naik LRT… kami dah tersesat la… sepatutnya turun kat stesen Hang Tuah… bukan pudu, maka kami terpaksa berpatah balik satu stesen… lepas amik race kit, kami terus balik sebab miza dah bising2 kepenatan berjalan kaki…
Race kit yang kami dapat adalah beg sandang, botol air, tuala muka, t-shirt larian NewBalance dan BIB… Cuma kali ni perbezaannya, kat BIB takde tulis no… kena tulis sendiri apa yang kita rasa tentang larian nih… pikir punya pikir aku decide nak tulis “FREEDOM RUNNER – it’s a GOOD day to run”… dari sini aku dah dapat agak yang larian ni bukanlah satu pertandingan tapi hanya untuk suka2 jer…
Malam sebelum larian ajat datang tido kat rumah aku… kami plan esok pagi dalam kul 6 nak gerak dari rumah… naik moto… 
kat kawasan mula

Dan seperti yang dirancang kami pun kuar rumah kul 6 lebih dan sampai sana sebelum kul 7… masa kami sampai memang dah ramai umat yang berlegar2… dan disebabkan ini adalah fun run, so bermacam2 ragam la pelari yang ada… bila jam dah menghampiri jam 7.30pagi… kami dah mula berkumpul dipetak bermula… selepas sedikit senam robik, kami pun dilepaskan…
Laluan larian adalah sekitar Bandar utama… lari melintasi One Utama dan masuk ke kawasan perumahan… pelik gak la, sebab ni first time aku masuk larian yang laluannya masuk sampai ke kawasan perumahan… mesti orang yang tinggal kat situ terkejut… sapala pagi2 buta lari ramai2 kat kawasan dia orang nih… sepanjang laluan Cuma ada 1 water station jer… dan aku Berjaya menamatkan larian dalam masa 42min… dan laluan larian kebanyakkannya adalah rata jer…
Lepas tamat larian terus dapat medal… pastu amik lak goodies bag… peh, kali ni memang lumayan… penuh satu beg barang yang dapat… ada majalh, minyak wangi, sabun, minyak angin DLL… lepas habis stretching down, aku dengan ajat pun masuk ke dalam kawasan pejabat NTV7 sebab ada karvival… baru separuh round tetiba hujan turun dengan lebatnya… bila hujan dah mula reda sikit… aku dengan ajat decide untuk terus balik jer, walaupun masih ada booth carnival yang masih belu kami singgah… semua disebabkan keadaan mendung macam hujan nak turun lagi…
aku
ajat


Separuh jalan nak sampai ke rumah, hujan turun semula dengan lebatnya… basah kuyup kami masa sampai ke rumah... sekian.
antara barang yang dapat

pingat penamat

t-shirt larian NewBalance

tuala muka


1 comment:

Jankaulu said...

selamat berpuasa runner...