Thursday, July 7, 2011

Race report #5 (Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2011)



Butir2 acara:
Tempat mula: Jalan parlimen, berdekatan simpang ke tugu Negara dan lake garden
Tempat tamat: Dataran merdeka
Kategori: lelaki terbuka, 10.8km
Race kit: Beg sandang kain, singlet larian New Balance, goodies dari sponsor, timing cip, bib (K-20035)
Post race: Beg kain, 100+, pisang, air mineral
Tarikh & masa: 26 Jun 2011, 7.00am

Ini adalah international event aku yang ke-2 dan yang paling special/best setakat ini… kerana ni adalah full marathon event yang mempertandingakan semua acara termasuk Full Marathon (FM-42km), Half Marathon (HM-21km) dan kategori yang aku sertai 10km… sebelum aku mula bercerita… aku kategorikan acara ni sebagai AWESOME/TERBAEK… bedasarkan pengalaman aku dan juga feedback dari peserta2 yang aku baca dalam facebook…
Sebelum acara ni bermula aku memang agak skeptic sebab takut event2 besar macam ni selalunya bermasalah… seperti yang berlaku pada Energizer Night Race… tapi setakat hari penyerahan REP tiada masalah besar berlaku… dan aku amat2 berharap pada hari larian semuanya akan berlajan dengan lancar.
Jarak 10km adalah jarak terjauh yang aku lari in a single run... memecahkan rekod 7km sebelum ini… sudah seharusnya aku merasa amat takut dan cuak… lebih2 lagi akan ada lebih dari 10000 peserta yang akan berlari sama dalam kategori aku (10km men’s open) dan 22000 pelari keseluruhan kategori…

TARGET: bawah 1jam… bedasarkan pace aku sekarang 6.0min/km… masa kelayakkan medal 2jam

PREPARATION: standard…

Oleh kerana masa pelepasan adalah pukul 7.00pagi (awal tu, biasanya 7.30pagi)… dan banyak jalan kat kl akan ditutup disebabkan event ni…so aku decide untuk kuar lebih awal… sembahyang subuh di luar… aku bangkit dari tido kul 4.30pagi… selepas amalan biasa aku… PowerBar Endurance, RedBull, roti, dan Vaseline… aku pun kuar dalam kul 5.15pagi… kali ni aku pakai singlet larian… mula2 rasa macam agak janggal gak la… rasa macam terdedah… sebab, larian aku sebelum ni semuanya dapat T-shirt… tapi aku fikir hari ni akan ramai orang pakai cam ni… so, aku buat selamba je la...
Aku plan nak parking moto kat padang merbuk… tapi bila aku sampai kat dataran merdeka dari jalan tuanku abdul rahman… simpang belok ke kanan ke padang merbok dan ditutup… akhirnya aku selit je moto aku kat LRT masjid jamek… sampi lebih kurang kul 5.45pagi… tak lama pastu azan subuh… selesai tanggungjawab… menapak ke tempat mula acara 10km di jalan parlimen…
Masa aku lintas kat dataran merdeka… suasana kat sana dah macam pesta… time ni pelari FM dah lama dah dilepaskan… pelari HM tengah tunggu masa je… tetiba rasa macam nak terkucil… nasib baik ada banyak tandas bergerak kat dataran merdeka… dah lepas hajat… sambung berjalan ke jalan parlimen… lebih kurang 300m sebelum sampai ke gerbang mula… aku berhenti untuk buat warming-up dan ikat timing chip ke tali kasut…
run timing chip

Banyak lagi aku nak cite tentang event ni… so, aku akan buat race report ni dalam 2 bahagian… sambung lagi dalam bahagian ke-2.

No comments: