Thursday, July 14, 2011

bahagian ke-2 untuk race report SCKLM 2011

Ini adalah bahagian ke-2 untuk race report SCKLM 2011…
Selepas tu aku berjalan menuju ke tempat pemula… masa ni masih tak ramai runner yang berkumpul di kawasan pemula ni… rasa macam poyolak awal2 dah tunggu kat sini… so, aku decide untuk berjalan sekitar kawasan mula untuk warming-up… tetiba timbul lagi rasa nak terkucil (begitu banyak) dan aku berjalan menuju tandas bergerak yang terletak lebih kurang 500m dibelakang kawasan mula… bila aku sampai, dah ramai orang yang beratur nak guna tandas… masa ni aku dengar kat kawasan mula dah start kecoh2 dan MC pun dah mula buat pengumuman… aku pun decide untuk tangguh hajat aku nak terkucil dan berpatah balik ke kawasan mula.
kawasan mula
pelari di kawasan mula

Dikawasan mula, pelari2 dah mula berkumpul… dan aku berada dikelompok tengah2… waktu ni keadaan dah mula meriah… ditambah pula dengan kehadiran kumpulan sorak…punyalah ramai umat, gerbang mula pun Nampak sayup2 je kat depan… dan bila aku toleh ke belakang, memang tak Nampak penghujung kumpulan pelari… waktu ni adalah masa untuk menenangkan diri menunggu isyarat pelepasan… sabar…. Jam baru tunjuk 6.50pagi…
TOMMM(bunyi pistol)… secara rasminya peserta 10km pun dilepaskan… disebabkan punya lah ramai runner, aku mengambil masa 3 minit untuk melepasi gerbang mula, itupun dalam keadaan berjalan… memang tak boleh berlari langsung… dalam 50m lepas gerbang mula, barulah boleh berlari sikit, itupun nak kena elak2 runner yang lain… waktu ni matahari belum keluar lagi dan keadaan agak mendung macam nak hujan… aku rasa macam rebas2 hujan dah mula turun… pada masa ni aku fikir lari dalam hujan la hari ni… tapi ujan x turun… keadaan mula jadi cerah selapas tu…
Masuk km yang ke-2… rasa nak terkucil aku datang balik… sudah… mula terasa menyesal tak buang hajat tadi sebelum lari… pada masa ni aku Nampak ada sebuah tandas bergerak kat tepi jalan… tapi ada orang tgh guna dan kat luar ada sorang lagi tengah tunggu… so, aku kuatkan semangat terus lari, cuba untuk tahan dari terkucil hingga tamat larian…
Masuk km ke-5… larian aku masih lagi dalam keadaan baik… aku tak terasa penat dan belum lagi terasa berhenti untuk berjalan… kat sini ada water station pertama yang menghidangkan air mineral sahaja… aku berhenti minum secawan dan terus berlari… depan sahaja dari water station ni ada sederet tandas bergerak… nampak aje tandas, rasa nak terkucil datang balik… so, aku decide untuk buang hajat dulu… tak lama la, dalam seminit je…
Bila dah buang hajat… baru rasa lega dan boleh berlari dengan tenang… dari sini route dah mula agak mendaki… pada km yang ke-7 ada satu lagi water station… pastu larian mula memasuki kawasan berbukit di belakang masjid Negara dan taman burung… aku mula kecikkan langkah untuk sesuaikan dengan keadaan berbukit… atas puncak bukit, aku berjalan kejap untuk kumpul tenaga…
Keluar dari lake garden… route dah mula menurun bukit dan jalan yang rata… masa melalui jalan parlimen menuju ke pusat Bandar ada water station yang terakhir… masa ni dah mula kedengaran keriuhan dan kececohan di kawasan penamat yang berada di dataran merdeka… dari jalan parlimen, route belok ke jalan raja laut… 2km yang terakhir ni agak seksa la jugak bagi aku… sebab aku dah masuk ke fasa jarak terjauh larian aku… aku berjalan sewaktu membelok masuk ke jalan TAR… dari sini aku kuatkan semangat unutk berlari terus ke garisan penamat… kat jalan TAR ni agak sesakla dengan pelari kerana semua kategori akan melalui jalan ni menuju ke dataran merdeka…
Semasa menghampiri garisan penamat aku senyum dan angkat tangan tanda bagus… manalah tahu ada repoter nak ambil gambar ke… boleh l;a masuk paper… aku jumpa gambar aku kat marathon-photo.com… nak beli tak mampu… pinjam yea…
YES!!!!... aku Berjaya menamatkan jarak larian terjauh aku buat masa ni… puas rasanya… dari garisan penamat terus pergi ke khemah untuk claim medal dan goodies bag… memang cekap la SCKLM tahun ni… tak yah beratur panjang untuk claim medal dengan goodies bag… masa official aku adalah 1jam 13min… kira ok tu… dengan keadaan pelari yang ramai…
kawasan tamat, dataran merdeka
kawasan tamat, dataran merdeka
barang yang aku bawak balik

Pas amik medal… aku buat warming down… jalan pusing2 kawasan penamat sambil tengok peserta2 lain yang baru sampai… disebabkan matahari dah mula terik… so, aku decide untuk terus balik… ALHAMDULILLAH…

1 comment:

Nurul Ashikin said...

saya suka jugak masuk acara larian,,, tapi kat perlis jarang ada tournament