Kunjungan yang tidak dirancang ini
berlaku pada hari sabtu… sebelah pagi, seperti biasa, aku ada sesi latihan
larian… ini semua sebagai salah satu perancangan jangka panjang aku untuk
persiapan menghadapi larian Half Marathon (HM) semasa SCKLM’12 nanti… selepas
pulang dan bersarapan aku kena hantar betty & miza ke bukit serdang kerana
ada majlis makan-makan (pot luck)… aku tak join sebab semua melibatkan orang2
pompuan sahaja…
Aku dah rancang… disebabkan majlis
tu akan berlangsung dari jam 11pg sampai 4ptg… aku malas la nak balik rumah
lepas tu… malas nak patah2 balik… so, lepas aku hantar dia orang, aku boleh gi
mancing… kat Tmn U berdekatan dengan bukit serdang ada satu kolam ikan air
masin… aku jumpa kolam ni masa first time betty ada majlis pot luck dulu… aku
jumpa lepas tengok dalam google maps… mula2 aku carik kolam, pastu aku tengok
kat kolam tu ada tak tanda2 yang menunjukkan kewujudan pam kincir… kolam biasa
takde kincir… kolam pancing mesti ada kincir dan selalunya terletak di sudut
atau penjuru kolam… tapi kalau kolam air tawar selalunya takde kincir… tapi aku
cari macam bangsal atau kawasan teduhan mengelilingi kolam… dan salah satu lagi
ciri2 kolam pancing nak kenal dari google maps adalah kewujudan kereta yang
parking berdekatan dengan kolam…. Hahhaaa itulah petuanya kalau nak tahu… sebab
tu kalau aku nak gimana2 aku survey dulu google maps… carik kolam2 yang ada
tanda2 macam kat atas… kalau ada kelapangan boleh gi mancing… macam tu la jugak
aku jumpa kolam ikan air masin kat kampung pandan, kuantan…
Kolam kat Tmn U ni ada 2 buah… satu
kolam ikan air masin, satu lagi kolam ikan air tawar… yang famous adalah kolam
air masin… kolam air tawar aku tengok selalunya lengang jer… kolam air masin ni
bersaiz lebih kurang 4 segi tepat… terletak di
kawasan yang agak terperosok kat Tmn U… panduan jalan, lepas masuk ke
Tmn U, serdang, belok kanan simpang pertama… pastu simpang yang ketiga belok
kanan lagi masuk ke taman perumahan… jalan sampai hujung jalan jumpa jalan tak
ber tar… kat situ la kolamnya…
Aku sampai ke kolam ni pada pukul
12.30 t/hari… hari ni agak ramai la jugak yang memancing… port yang biasa aku
lepak dah ada orang… so, aku pergi belakang kincir air… port ni tak berapa best
sebab aku tak boleh nak baling jauh… kalau baling jauh senang nak sangkut
dengan tali orang lain… mula2 aku gunakan teknik pelampung dengan udang dicakuk
pada tanduknya… baling dekat arus yang keluar dari kincir air dan biarkan
pelampung hanyut… aku tak boleh nak biar pelampung lama sangat dalam kolam
sebab arus agak kuat dan pelampung aku hanyut ke tepi kolam… lebih kurang sejam
masa berlalu tanpa sebarang hasil…
Kemudian aku berpindah ko port lain
yang membolehkan aku baling ke tengah kolam… masa ni orang2 yang masuk
memancing belah pagi dah mula keluar… so, adalah port2 baru… kali ni aku
menggunakan teknik casting pulak dengan menggunakan udang hidup… udang hidup tu
aku tarik dengan teknik perlahan dan laju secara berselang-seli… sewaktu aku
menarik udang dengan teknik perlahan… tiba2 aku rasa macam ada henjutan pada
joran aku… dengan pantas aku lepaskan tali sebab aku rasa ada ikan dah makan
umpan aku… aku biarkan tali keluar dalam lebih kurang 5saat dan selepas tu aku
karau tali dengan perlahan sehingga tali menjadi tegang dan bergerak… kemudian
aku sentap joran aku dan ikan mula melawan balik… pada mulanya drag aku agak
longgar dan ikan membawa tali lari ke tengah kolam… selepas aku mengetatkan
sedikit drag barulah boleh aku mengawal ikan dan secara sedikit demi sedikit…
ikan dapat aku tarik mendekati tebing… walaupun sudah menghampiri tebing, ikan
masih melawan lagi dan aku tak dapat nak tarik ikan ke atas tebing… nasib baik
tebing kolam ni tak berapa tinggi… selepas ikan menghampiri tebing… brader yang memancing sebelah aku datang
membantu dengan menangguk ikan naik ke tebing… ikan yang aku dapat agak kasar
jugak saiznya… beratnya 1.2kg (timbang sebelum keluar kolam)…
Lega aku dah dapat ikan… kalau tak
stress gak la…. Tengok orang kiri kanan naik ikan… kita membangau jer… selepas
tu, gaya pancingan aku dah menjadi santai… oleh kerana bekalan udang hidup aku
dah abis… aku tukar pada udang kopek lak… penggunaan udang kopek tak berjaya
mendaratkan sebarang ikan hingga tamat masa memancing… sebelum aku keluar, aku
mintak budak pengjaga kolam untuk siangkan ikan untuk aku… malas aku nak siang
bila balik nanti… trip kali ni kira berjaya la sebab dapat menaikkan ikan…
sehingga berjumpa lagi di trip2 yang akan datang…
ilustrasi penulis |
No comments:
Post a Comment