Friday, March 16, 2012

RR #12 (BROOKS Half Marathon 2012)



Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Kategori: Lelaki Terbuka 10km
Race kit: BROOKS Running Vest, BIB (J5218), timing chip, Goodies
Post-race: Finisher medal, E-Cert,
Tarikh & masa : 11 Januari 2012, 6.15am
            Acara larian ke-dua untuk 2012 selepas berehat lebih dari sebulan di sepanjang bulan Feb’12… seperti mana yang telah aku post sebelum ni… bulan febuari adalah bulan memancing… acara kali ni aku sertai bersama2 dengan ajat dan kawannya una… aku dan ajat akan berlari didalam ketegori 10km manakala una sertai acara 5km… larian ini dianjurkan oleh Taman Bukit Jalil Running Club (TBJRC) dan BROOKS sebagai title sponsor… litar larian adalah kawasan sekitar bukit jalil dan tempat mula dan penamat adalah didalam Stadium Nasional Bukit Jalil.
kelengkapan

            Race Entry Pack collection dibuat oleh ajat pada hari jumaat sebelum hari larian kerana aku bekerja… REP collection dibuat di butik BROOKS The Curve… REP mengandungi singlet larian BROOKS, BIB no., timing cip dan voucer dari brooks tetapi hanya boleh digunakan untuk membeli product brooks yang bernilai rm300 keatas…disebabkan voucer takde tarikh luput… so, aku decide untuk simpan sahaja…. Manala tahu ada rezeki nak beli kasut brooks nanti… Cuma masalah dengan REP ni adalah running vest Brooks yang diberi terlalu nipis…. Mungkin material tersebut cepat kering, tapi kalau dah nipis sangat segan lak nak pakai… tapi macam manapun aku tetap akan pakai vest larian tersebut pada hari larian kelak…
            Untuk event 10km… masa untuk pelepasan peserta adalah pada pukul 6.15pagi… peh awal giler… kalau untuk kategori 21km lagi awal, pukul 5.30pagi… kami decide untuk pergi bersama2 dengan satu kereta… ajat memang tido rumah aku la hari sabtu tu… una akan datang rumah aku kemudian baru bertolak sama2 satu kereta… aku dan ajat bangkit pada pukul 3.45pagi dan terus bersiap… lebih kurang pukul 4.30pagi una pun sampai… kami bertolak ke bukit jalil dengan kereta aku dan sampai ke bukit jalil dalam pukul 5.20pagi… waktu ni kawasan stadium dah mula jem sebab kereta beratur nak masuk parking… mula2 aku beratur la jugak, tapi sebab kena tunggu lama sangat, aku decide parking kat tepi jalan je… aku tengok ramai gak runner yang lain parking tepi jalan, harap2nya tak kena saman dengan polis sudahlah…
            Masa aku, ajat dengan una berjalan masuk ke stadium nasional… peserta HM telah mula dilepaskan… berduyun2 lah mereka berlari keluar dari stadium… suasana didalam stadium memang cerah dan dipenuhi dengan ramai runner… aku sebenarnya dah lama tak masuk ke dalam stadium nasional ni… last time aku masuk waktu tengok sukan komanwel 1998 dulu… tapi kali ni bukan sahaja aku masuk ke dalam stadium, tapi terus turun ke trek larian sekali… best gile… waktu ni aku dan ajat berpisah dengan una sebab acara 10km dilepaskan didalam stadium… una masuk acara 5km dilepaskan diluar stadium… kami pun turun masuk ke dalam kawasan trek bersama2 pelari 10k yang lain… sementara menunggu runner dilepaskan, aku ambil peluang untuk buat aktiviti regangan dan memanaskan badan…
kawasan mula / tamat

            Tepat jam 6.15pagi… runner 10k pun dilepaskan… seperti biasa aku dan ajat berada dalam kelompok tengah… dari dalam stadium kami berlari keluar stadium… dari keadaan yang terang benderang ke suasana gelap diluar stadium… matahari memang lambat lagi nak naik… boleh aku katakan 60% dari route larian adalah agak gelap kerana tiada lampu jalan… bahaya la jugak takut terlanggar lubang… larian kali ni memang aku nak pacing dengan ajat…. Dan ajat berlari dengan pace yang agak laju jugak… sehingga km ke-4 kami berlari sebelah menyebelah… waktu ni jugak ada sorang budak perempuan yang berlari betul2 sebelah aku… aku agak mesti dia nak pacing dengan aku… kemudian budak perempuan ni diapit ditengah2 diantara aku dengan ajat… pace aku pada masa ni lebih kuranng 6.8… aku ingat budak perempuan tu tak larat nak ikut pace aku dengan ajat… last2 dia tertinggal kat belakang…
            Pada km ke-4 juga terdapat water station yang pertama… aku tak berhenti langsung sebab dah bawa air sendiri… pace larian aku jugak agak bagus kerana aku maintain pada pace lebih kurang 7.0 dan berlari tanpa henti walaupun pada kawasan bukit… sehingga km ke-6 aku dengan ajat masih lagi berlari bergandingan… kemudian aku terpaksa berjalan sebab nak minum dan juga mengelap peluh… sewaktu aku berjalan, ajat terus berlari meninggalkan aku… selepas minum, badan menjadi kembali segar dan aku berlari kembali mengejar ajat dan dapat bersaing semula dengan dia… bagus jugak larian ajat kali ni sebab dia berlari tanpa henti sepanjang route… pada km yang terakhir terdapat bukit yang agak tinggi… aku cuba berlari hingga ke puncak tetapi tewas ketika menghampiri puncak dan memaksa aku berjalan… sewaktu menuruni bukit, aku mempercepatkan larian aku dan meninggalkan ajat ke belakang…
            Peringkat akhir larian ni… suasana dah sedikit cerah, tetapi masih tiada sinaran matahari… jumlah kereta atas jalan semakin banyak dan kawalan trafik menjadi semakin teruk, terutama ketika menghampiri stadium… aku terpaksa berlari dicelah2 kereta… larian diakhiri dengan melengkapkan satu pusingan didalam trek stadium nasional… aku berlari betul2 mengikut lane trek dan rasa macam olahragawan negara la plak… tak dapat aku nak bayangkan betapa bestnya berlari atas trek DIDALAM stadium nasional bukit jalil… bila kita berada dalam kawasan trek dan padang ditengah2 stadium… aku rasa stadium ni takde la besar sangat… aku rasa macam seat penonton dekat jer dengan trek dan padang… kalau aku duduk kat seat penonton… nampak macam luas lak pulak stadium ni… ni mungkin disebabkan design stadium nasional lebih meninggi keatas dan bukan melebar ke luar…
            Aku melintasi garisan penamat dengan masa 1jam 18min… antara masa terbaik aku untuk larin 10k… tapi sebenarnya banyak runner yang kata jarak larian melebihi 10k… runstar app aku menunjukkan jarak larian adalah 11km… selepas melintasi gerbang panamat semua runner terus beratur untuk mengambil finisher medal dan air… aku berpendapat selepas melintasi garisan penamat… runner sepatutnya diberikan sedikit masa dan ruang untuk menstabilkan diri sebelum perlu beratur untuk mengambil medal… boleh pitam dibuatnya kalau terus bersesak2 beratur nak amik medal… ajat pula mengakhiri larian sedikit lewat, 1jam 22min… nasib baik aku dengan ajat sampai agak awal, sebab selepas tu kawasan penamat dan kawasan mengambil medal menjadi terlalu sesak dengan runner yang baru tiba… aku dan ajat lepak dan bergambar dikawasan seat penonton sambil menunggu una menghabiskan lariannya… 
selesai sudah
ajat dan una

            Tak lama kami menunggu, una pun sampai… ok jugak larian una kali  ni… pasni boleh la upgrade ke acara 10k pulak… agak mengecewakan kerana tiada goodies bag yang diberikan selepas larian… kami bertiga berlegar kat kawasan karnival sambil mengjengah2 booth penaja yang ada sambil minum air dan makan buah tembikai… selepas buat warming down kat area parking… kami pun bergerak balik, time ni masih banyak lagi runner yang berlari masuk ke dalam stadium… aku taknak balik lambat sangat… takut kete kena saman dengan polis sebab parking tepi jalan… 




medal terkini
            Ok… event bulan mac dah selesai… next event, bulan april lak… ENERGIZER NIGHT RACE di SIC Sepang… atas trek larian dah lari dah… pasni atas trek lumba la plak…

No comments: