Antara tempat yang aku suka pergi…
dari kecik sampai besar memang aku suka pergi zoo… antara faktor kenapa aku
suka pergi zoo, mungkin sebab aku suka tengok binatang… sebab tu aku suka
tengok Animal Planet kat astro… tapi aku pergi zoo takde la kerap sangat… dalam
2-3 tahun sekali… pergi selalu sangat tak dapat nak tengok apa2 perubahan pun
pada haiwan kat zoo tu… lawatan terakhir aku ke zoo, aku pernah post sebelum
ni pada bulan 5, 2010…
Seperti biasa, lawatan aku ditemani
oleh miza… waktu yang dipilih adalah sewaktu musim cuti sekolah… aku suka pergi
zoo awal2 pagi… zoo bukak pukul 9pagi… 9.30 aku dah sampai ke sana… lepas
hantar betty ke kerja, aku terus ke zoo… perjalanan singkat dari rumah aku di
sri gombak Cuma memakan masa tak sampai 30minit dengan menggunakan laluan MRR2…
Sebab sampai awal… dapatla parking
dekat dengan pintu masuk… yang best datang awal ni, orang tak ramai lagi… masa
ni juga kebanyakkan binatang baru diberi makan… so lebih aktifla binatang2 ni…
sewaktu aku masuk ke dalam zoo, aku terpandang jadual waktu live animal show… ada
2 masa live show, pukul 11.00pagi dengan pukul 3.00ptg… so, aku decide untuk
tengok show pukul 11pagi… selalunya kalau aku pergi zoo, aku akan pergi tengok
zirafah dengan gajah dulu yang terletak di sebelah kiri dari pintu masuk zoo
dan pusing satu round sampai ke kandang primat… tapi disebabkan nak tengok live
show pukul 11pagi… kali ni aku pergi tengok primat dulu… waktu pagi2 ni primat
yang paling aktif adalah siamang yang mempunyai suara yang begitu kuat dan nyaring…
aku ada amik video, tapi tak tahu la boleh up-load ke tidak…
Bersebelahan dengan dengan kandang
primat ada kandang badak air… waktu ni badak air masih lagi berada dalam
kandang masing2 sebab kolam tempat badak ni nak berkubang belum dipenuhkan
lagi… BESAR sungguhla saiz badak air ni… satahu aku la, badak air ni antara
penyebab kematian manusia yang ramai kat afrika… kebolehan badak air ni adalah
untuk berada didalam air untuk jangka masa yang amat2 lama… ini menyebabkan
ramai orang tak sedar akan kehadiran badak air ni… selalunya bila dah dekat
baru perasan dan badak air juga mempunyai mulut yang amat2 besar bersama2
taring yang panjang… tu yang bahaya sangat tu… tu la yang aku dapat dari selalu
tengok Animal Planet…
|
kandang badak air |
Lepas tengok badak… kami beralih pula
ke kandang beruang… kebanyakkan beruang masih tido lagi… ni mungkin sebab
beruang adalah binatang yang aktif pada waktu malam… Cuma ada sekor dua je yang
ada kat luar kandang… ada sekor beruang kelabu @ Brown Bear @ Grizzle bear tido
kat luar, so dapatlah aku ambik gambar dekat sikit… kalau beruang tu duduk
dalam kandang susah nak ambik gambar sebab gelap…
|
brown bear |
Selepas abis tengok beruang… kami
berpatah balik menuju ke akuarium kerana kat situ lah live show akan diadakan…
berdekatan dengan akurium terdapat satu kolam besar yang ada seating untuk
penonton… aku dengan miza sampai dalam kul 10.40pagi… pengunjung 2 yang nak
tengok live animal show dah mula memenuhi seating area berhadapan dengan kolam…
aku dengan miza ambil tempat kat bahagian depan… dekat sikit dan mudah nak
ambik gambar… lain la kalau aku guna DSLR … boleh zooom… live show memang
menarik walaupun tak segah show kat luar negara… tapi aku rasa miza memang
terhibur… antara haiwan yang membuat persembahan adalah beruang, singa laut dan
burung kakak tua…
|
animal live show |
Setelah live show tamat… kami terus
bergerak ke banggunan akuarium yang bersebelahan dengan kolam live show untuk
tengok ikan pulak… ni adalah antara display yang aku paling gemar nak tengok…
besar2 betul ikan yang ditunjukkan… geram aku tengok… ikut hati nak jer campak
joran… last time aku pergi zoo, akuarium ditutup untuk renovasi… tak dapat la
nak tengok ikan… pas dah abis round tengok ikan… perut rasa lapar lak plak… so,
kami berhenti makan dulu… sebab kami memang tak bawa apa2 bekalan makanan pun, beli
aje la kat dalam zoo… aku dengan miza makan sandwich jer…
|
kat akuarium |
Dari akuarium kami bergerak ke
kandang harimau pulak… tengok pak belang dan raja haiwan ‘simba’… waktu ni
kumpulan big cats ni agak aktif… berjalan2 diluar kandang sambil mengaum…
harimau aku jarang dengan ngaumannya… yang paling kuat mengaum adalah singa…
dari sini kami naik bukit pulak menuju ke kawasan safari untuk melihat badak
sumbu dan zirafah… dalam zoo negara, ada 2 tempat display zirafah… satu kat
sebelah pintu masuk dan satu lagi kat kawasan safari… kat kawasan safari ni
zirafahnya lebih bebas lagi sebab kawasannya lebih besar… menuju ke puncak
bukit untuk melihat big ape… orang hutan dan cimpanzee… dalam perjalanan menuju
ke puncak bukit, kami singgah melihat unta… waktu sampai ke kandang big ape,
bukan masa feeding time… tak dapatla nak campak pisang ke orang hutan dan
cimpanzee…
|
singa tonggeng |
Turun dari bukit kami singgah di
tarikan terbaru zoo negara… dunia serangga dan rama2… kat sini kami dapat lihat
pelbagai jenis serangga dan masuk ke kandang yang penuh dengan rama2 yang
cantik2 belaka… kalau kita duduk diam2… rama2 akan datang singgah kat badan
kita… setelah turun dari bukit, kami terus pergi ke kawasan pertunjukkan
reptilia… kat sini kami dapat lihat buaya, kura2, katak dan pelbagai jenis ular…
Keluar dari banggunan reptilia… kami
menyusuri tasik menuju ke kandang gajah… dari tepi tasik aku terlihat sekor
toman gergasi berenang di tepi tasik… tahun lepas kalau tak salah aku ada
pertandingan memancing kat kolam dalam zoo negara ni… tapi penyertaannya
terhad… tujuannya nak mengurangkan toman yang dikatakan bersaiz mega yang
berada dalam tasik zoo negara ni… toman2 ni dikatakan pernah menyerang burung
bangau yang banyak kat tasik ni… perhhh ngeri tuuu…
Sampai di kandang gajah… ada jual
pisang yang boleh diberikan kepada gajah sebagai makanan… rm3 seikat… aku beli
dan beri pada gajah… Cuma perlu sua je pisang tu… nanti gajah tu sambut dengan
belalai dia… aku suruh miza bagi… tapi dia takut tengok belalai gajah tu… dan
haiwan terakhir yang kami tengok adalah zirafah… maka cukuplah satu pusingan
zoo negara untuk lawatan kali ini… oleh kerana masing2 dah penat berjalan, maka
kami decide untuk balik sahaja… ok zoo negara, berjumpa lagi kita 2-3 tahun
akan datang… insyaallah…
|
eh miza... ada gajah kat belakang tuuuu |
|
gajah batu berani la pegang |
No comments:
Post a Comment