Jadual
larian aku dari april sampai julai sebelum bulan puasa rasanya dah lock… Cuma
bulan julai punya event aku tak decide lagi samada nak masuk men’s health night
run kat putrajaya ataupun ntv7 fun run kat damansara utama (dekat pejabat TV3)…
ada beberapa acara yang aku repeat dari tahun lepas… antaranya adalah kl
towerthon di menara kl, Standard chartered kuala lumpur marathon, NTV7 fun run
dan men’s health night run putrajaya… satu acara baru untuk tahun ni adalah Energizer
Night Race yang akan berlangsung di Sepang International Circuit…
Acara
bulan april adalah Energizer night race di SIC sepang… tahun lepas event yang
sama dianjurkan di tempat yang sama tetapi jadi kelam kabut sangat sebab
penganjur yang bertanggungjawab mungkin takde pengalaman langsung dalam handle
event larian pada waktu malam dan melibatkan jumlah pelari yang banyak… kalau
tak salah aku, tahun lepas jumlah pelari mencapai angka 10,000 pelari… tahun
ni, event ni kembali dengan pengajur yang baru, jumlah pelari dihadkan kepada
Cuma 5,000 pelari sahaja… harapnya event tahun ni jauh lebih baik berbanding
tahun lepas… Energizer pun dah membuat pelbagai usaha dalam membersihkan nama
dia orang selepas kejadian buruk tahun lepas… aku tak masuk event tahun lepas
kerana tak sempat nak daftar (nasib baik)… tahun ni aku dan ajat dah daftar
untuk jarak 15.5km… aku confident sikit sebab untuk tahun ni penganjurnya
adalah 21st century sport… pihak yang sama menganjurkan putrajaya
night marathon… tak sabar rasanya nak lari kat trek SIC… mesti hebat rasanya…
satu pengalaman baru selepas dapat berlari didalam trek kat stadium nasional
bukit jalil masa Brooks HM… jaraknya boleh tahan jugak 15.5km, kira latihan
untuk aku menjelang HM masa SCKLM 2012 pada bulan jun nanti… aku target untuk
tamatkan larian ni dalam masa 1jam 55min... sub 2 hour bedasarkan rekod larian
aku yang terkini…
Bulan
may pulak ada acara repeat dari tahun lepas… kl towerthon kat kl tower… tahun
lepas event diadakan pada waktu malam… sebab aku daftar awal, dapat lari flight
yang pertama… disebabkan terlalu ramai pelari, aku tak tahu flight yang
terakhir dapat lari pukul berapa sebab masa aku nak balik dalam pukul 11 mlm…
masih ada lagi pelari yang belum dilepaskan… disebabkan situasi berikut, pada
tahun ni terdapat sedikit perubahan pada jadual pelepasan peserta… pada tahun
ni event diadakan pada waktu siang dan malam… pelari dibahagikan kepada 2 group
yang besar… satu group akan berlari pada waktu petang, bermula 3 ptg… dan satu
group lagi akan mula berlari pada waktu malam, bermula pukul 8mlm… sekali lagi
aku dan ajat akan masuk event ni… aku akan berlari pada waktu malam… dan sepeti
tahun lepas juga aku akan turun cepat2 bila dah sampai atas sebab tak nak
tersangkut dengan kesesakkan bila dah ramai sangat runner kat atas… kalau tahun
lepas masa aku adalah 28min… tahun ni aku target untuk buat 25min…
Jun
adalah bulan yang terpenting sebab aku akan buat HMV aku masa SCKLM 2012… HMV
bermaksud Half Marathon Virgin… SCKLM adalah event larian terbesar kat malaysia
melibatkan pelari melebihi 20,000 runner… tahun ni dia orang target 27,000
runner… senang cite hari event scklm nanti jangan keluar kl la belah pagi… for
sure banyak jalan akan ditutup, buat sakit hati je nanti… that day, runner rule
kl… aku rasa cuak gak la sebab tahun ni nak buat HM… 21km tuuu… setakat ni
rekod paling jauh larian aku adalh 12.3km, sewaktu men’s health night run… tapi
rekod tu akan dipecahkan bila aku lari Energizer night race nanti, 15.5km…
scklm’11 tahun lepas aku masuk event 10km, larian terjauh aku pada waktu itu
dan masa yang aku catatkan adalah 1jam 13min (net time)… tahun ni untuk HM aku
target untuk menamatkan larian pada masa 2jam 45min… untuk menghadapi HM pada
scklm’12, aku telah menggandakan jarak larian mingguan aku… sekarang aku akan
lari lebih kurang 10km dalam satu larian seminggu sekali… tahun ni ajat pun
join scklm jugak… tapi dia akan lari dalam kategori 10km dengan memember dia…
mungkin tahun depan aku akan ajak ajat untuk lari HM sama2 dengan aku…
Tamat
bulan jun, masuk bulan julai plak… selalunya bulan sebelum masuk bulan puasa ni
banyak event larian… banyak penganjur yang akan cuba buat event pada masa ni
sebab bila dah masuk bulan puasa tak ramai runner yang dapat join event… kena
lak lepas bulan puasa, bulan raya pulak… lagi la sibuk nak beraya… tahun ni
puasa akan start pada minggu ke tiga bulan julai… so sekurang2nya bulan ogos
dan september aku akan bercuti dari competitive running (jogging kat taman tu
continue macam biasa)… macam yang aku dah sebut awal2 tadi… pada bulan julai ni
ada 2 event yang menarik… iaitu NTV7 fun run dan Men’s health night run… tahun
lepas dua2 event pun aku masuk… NTV7 fun run aku buat timing 42min (7km) dan
men’s health aku buat 1jam 36min (12.3km, disaster gile)… aku plan nak masuk
salah satu dari event ni… tapi ada rasa macam nak masuk dua2 event sekali… ala,
sekadar 7km untuk NTV7 fun run tu apa la sangat… tiap2 hujung minggu sekarang
pun dah lari lebih dari 10km… lagipun kedua2 event selalunya beri goodies bag
yang best2… NTV7 confom dapat medal punya, tapi men’s health cuma ada limited
medal… tengok la camna nanti… kene kifir dulu….
Bulan
puasa selalunya takde event… tapi kalau kemaruk jugak nak lari… pacemaker group
ada anniversary run dalam bulan puasa… boleh la join…
No comments:
Post a Comment