Dah
baca dah pasal piping baru kat rumah aku… apada aku ni, pasang piping baru pun
nak tulis dalam blog… nasib baik blogging di takde editor… kalau tidak mentah2
dah kena reject punya… kisah kali ni adalah berkenaan dengan persediaan aku
untuk menghadapi race yang akan datang… memang keje aku dari dulu lagi banyak
berkisar tentang pengumpulan data, analisis dan mengambil tindakan yang
sewajarnya bedasarkan data2 yang ada…so setiap larian aku dari tahun lepas lagi
aku memang ada rekod datanya… bukan sahaja data road race yang aku sertai… juga
data setiap larian latihan aku yang aku buat di taman tasik titiwangsa dan juga
taman tasik metropolitan… tahun lepas data aku tak berapa detail… Cuma ada
rekod jarak larian dan masa yang dicatatkan… tahun ni sebab dah ada teknologi
android… data yang aku kumpul bertambah baik… ada data split setiap kilometer
bersama2 pace dan kelajuan larian… untuk pengetahuan semua, pace adalah masa
yang diperlukan untuk jarak 1km, direkod dalam unit min/km… manakala kelajuan
pula adalah ukuran berapa jarak yang dapat kita cover dalam masa 1jam, direkod
dalam unit km/jam… untuk pelari ukuran pace paling sesuai digunakan sebab kalau
guna kelajuan km/jam, datanya slow sangat…pace larian aku pada tahun ni adalah
lebih kurang 7.3 secara puratanya…
Data
larian aku terbahagi kepada 2 bahagian… bahagian pertama adalah sesi latihan di
taman dan bahagian kedua adalah data dari road race yang aku sertai... aku
terpaksa mengasingkan kedua2 data ni sebab terdapat sedikit perbezaan dalam
corak larian diantara keduanya… jika kita lihat data larian di taman… pace
permulaan aku selalunya agak laju… secara puratanya 6.3 dalam 3 km yang
pertama… ini sebab keadaan persekitaran yang membolehkan aku bermula berlari
dengan baik ditaman2… km yang seterusnya akan berlaku pertambahan pace
disebabkan keletihan pada kadar 0.1 pace setiap km… latihan ditaman2 juga
melibatkan sesi rehat dipertengahan larian… ini diwakili dengan bacaan pace
yang meningkat secara mendadak didalam graf… jika kita lihat pada graf yang
mewakili road race (RR) pula… 3km yang pertama tidak seperti semasa latihan,
purata pada 7.3 pace… ini adalah kerana dalam RR, sewaktu pelepasan peserta
selalunya keadaan agak crowded dan agak sukar untuk berlari dengan lancar…
apabila masuk km ke-4, keadaan menjadi kurang sesak dan pace boleh menjadi laju
sedikit… pada graf RR tidak ada data yang meningkat secara mendadak tetapi
terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan pace menjadi perlahan… ini
selalunya disebabkan oleh laluan berbukit yang memang banyak dalam RR… dalam RR
peningkatan pace tidak setinggi latihan… data peningkatan pace adalah pada
kadar 0.03 pace sekilometer… ini berkemungkinan berlaku disebabkan bila kita
bermula dengan perlahan, kita boleh maintain pace tersebut pada jangkamasa yang
lebih lama berbanding sewaktu latihan yang mana kita bermula dengan pace yang
agak laju dan cepat penat… peh macam laporan nak hantar ke boss lak plak… tapi
ni semua tafsiran aku sendiri berdasarkan data2 sendiri yang aku kumpul…
ketepatannya aku takleh nak jamin…
Bila
dah ada data dan data tersebut telah dianalisis menggunakan tools yang
bersesuaian… apakah langkah seterusnya… data2 yang dinalisis ini selalunya
melambangkan 2 perkara… pertama, ia melambangkan keadaan semasa ataupun pencapaian
semasa data tersebut… kedua, ia adalah juga sebagai penanda tindakan susulan
yang perlu diambil… seperti mana orang2 lain, aku juga mengharapkan prestasi
larian aku akan bertambah baik dari masa ke semasa… itulah tujuan utama aku
mengumpul data larian aku, supaya dapat membantu aku menunjukkan prestasi
semasa dan menentukan tindakan selanjutnya yang perlu aku lakukan untuk
meningkatkan prestasi ini…aku akan menggunakan data yang terkumpul ini untuk
membuat ramalan timing aku untuk ENR yang akan datang… bedasarkan data, ramalan
aku untuk timing ENR (15.5km) adalah 1jam 51min… kemudian aku pecahkan lagi
timing aku ikut kilometer dari kilometer 1 hingga 15… ini akan aku gunakan
sebagai panduan timing aku untuk setiap kilometer… jika aku sampai ke satu2 kilometer
tetapi melebihi timing yang telah aku tetapkan, bermakna aku kena pertingkahkan
pace larian aku… tetapi kalau timing aku lebih cepat dari masa yang ditetapkan
bermakna aku boleh memperlahankan pace larian aku ataupun berjalan untuk
mengumpul tenaga…
planning... planning... |
Untuk
memudahkan aku rujuk timing dan pace… aku telah catatkan data tersebut pada
nota kecil yang boleh aku selitkan dalam pouch… maklumlah aku takde jam yang
mahal yang ada gps dan boleh masukkan running plan, so guna kertas nota kecil
je la… plan aku, bila aku jumpa km marker aku keluarkan nota tersebut dan check
samada aku on track ataupun dah over… perrrgggghhh dasatnya plan… tetapi ni
semua perancangan sahaja… kalau dalam kitar PDCA tu dalam bahagian P (Plan)….
Dia punya D (Do) belum tahu lagi macam mana… sebab on the race day macam2 boleh
berlaku dan prestasi aku pada hari tersebut lagi belum tentu dalam keadaan yang
paling optimum… sedikit mengenai kitaran PDCA… untuk info korang, kitaran PDCA
selalunya digunakan dalam melaksanakan sesuatu projek dari mula hingga siap…
PDCA stand for Plan, Do, Check dan Action… perkara yang paling utama dalam
kitaran PDCA adalah bahagian Plan yang masa lebih daripada 60% aktiviti perlu
ditumpukan dalam bahagian planning atau merancang… jika rancangan adalah betul
dan tepat, insyaallah pelaksanaannya tidak akan menimbulkan banyak masalah…
Perkara
yang membuatkan aku agak goyang sekarang adalah… pada sebelah siang hari sabtu
tersebut aku ada jemputan kawin di klang… kalau tak pegi rasa bersalah la plak…
takut2 episod yang sama masa tahun lepas men’s health night run berulang
semula… belah siang ada kenduri, makan gulai nangka muda, masa lari sakit
perut… tapi tahun ni insyaallah aku akan lebih bersedia dan berwaspada…
tambahan pula rakan larian aku, ajat ada call aku semalam (selasa)… dia kena gi
outstation ke kelantan dari hari rabu sampai jumaat… aku lupa la ada bagitau
tak yang ajat sekarang nih dah keje… station kat cyberjaya dan tinggal kat
putrajaya… ada la can nak gi night run kat area putrajaya lak lepas nih… ajat
sebenarnya kena gi kelantan sampai hari sabtu… tapi sebab dia nak lari gak kat
SIC masa ENR… dia dah coutim supaya keje habis hari jumaat dan malam tu terus
balik ke kl naik bas… so pagi sabtu aku kena jemput dia kat stesen bas
pekeliling… lepas kenduri target berlepas ke putrajaya (rumah sewa ajat) pukul
3ptg… bersiap kat rumah sewa ajat, pastu pukul 5 gerak ke SIC… itulah
perancangannya ROAD TO SIC… INSYAALLAH… nantikan pelaksanaan dan keputusannya
dalam laporan yang akan datang…
No comments:
Post a Comment