Sunday, April 8, 2012

Suzuki



            Entry kali ni berkisar tentang aku punya mode of transportation untuk kegunaan harian pergi dan balik dari kerja… iaitu motosikal ku… aku pernah bercerita sebelum ni pasal motor suzuki fx110 yang telah aku baiki dan aku gunakan sebagai pengankutan utama aku untuk pergi kerja… macam mana aku boleh beli moto suzuki ni ekk… masa aku be ajar dulu aku guna motosikal pusaka ayah aku… HONDA C90… boleh la guna nak pergi dan balik dari kuliah… bukan jauhpun rumah sewa aku kat taman U ke UTM… 5 tahun aku moto tu… masa aku ambil alih moto tu pun dah berbelas tahun umornya… best memang best guna moto HONDA C90 ni… maklum lah telah di nobatkan sebagai THE GREATEST EVER MOTORCYCLE… Cuma disebabkan keuzurannya, masalah sering datang terutama dari wiring… ada sekali tu aku dengan bebudak rumah aku plan nak pergi ke stulang sebab nak celebrate penghujung pengajian kami kat UTM… aku baru keluar dari taman U… tetiba lampu moto aku boleh terpadam, padehal aku baru jer letak mentol baru… terpaksa la aku berpatah balik dan cancel untuk pergi celebrate dengan memember aku… paling jauh aku travel dengan HONDA C90 aku adalah dari skudai ke tanjung leman, mersing…
            Semasa aku masuk ke tahun ke-4 pengajian ijazah aku… aku kena buat praktikal di ibu pejabat JKR kuala lumpur… untuk memudahkan aku pergi praktikal… maka ayah aku beli lagi sebijik moto sebab moto honda tu ada kat skudai… waktu tu aku memang target moto modenas je… maklumlah moto modenas baru je dilancarkan… tapi sewaktu belek2 moto kat kedai, ayah aku macam tak berkenan lak dengan modenas… dia tanya aku macam mana dengan model suzuki… waktu tu suzuki memang famous gile dengan model RG nya… aku tak nak amik model RG sebab moto tu 2 lejang dan agak kuat makan minyak… aku kan student, kena fikir apa yang paling ekonomi untuk aku… tapi ayah aku berkenan sangat dengan model FX110… mungkin sebab model tu baru dilancarkan… aku ikut jer, walaupun agak was2 takut kuat makan minyak… tapi alhamdulillah, sedar tak sedar 14 tahun aku guna motor tu… dari zaman belajar sampai zaman kerja… dari zaman bujang,,, bercinta… sampai kawin dah ada anak… banayk jasa FX ni kat aku… sayang nak let go…
            Dalam masa yang sama family aku ada beli moto lagi… untuk ajat, buat ulang alik pergi sekolah… ayah aku belikan moto modenas kriss 2 untuk ajat… tapi moto modenas tu macam tak bertahan sebab lama2 enjinnya jadi macam gegar… padahal moto FX aku masih maintain lagi… aku pun tak faham sebab ajat bukannya jenis yang suka merempit… bila ajat nak masuk UNIKL… dia decide untuk beli moto lain… sebab time ni ayah aku dah pencen dan duduk bukit beruntung… dia nak moto yang OK sikit supaya dia boleh travel dari kl ke bukit beruntung… berinspirasikan moto suzuki FX aku yang mampu bertahan lama… so, ajat decide untuk beli moto suzuki jugak… dia beli SUZUKI SHOGUN RR 125cc yang baru dilancarkan dengan disk brake depan belakang… pendek kata ajat memang berpuas hati dengan shogun dia walaupun model suzuki ni tak sefamous YAMAHA ataupun HONDA… aku memang agak bangga la jugak bila aku tanya ajat kenapa ambil suzuki… dia kata sebab moto FX aku walaupun dah lama lepas tu buat ulang alik pergi kerja lebih kurang 80km tiap2 hari maintain ajer…
            Aku pun setelah 14 tahun guna FX ni… aku pun mula lah berkira2 nak tukar moto lain… kesian kat FX aku tu… dah berumor sangat… moto tu takde la bermasalah sangat tapi mana tahan asyik kena potong jer dengan kapcai2 yang baru sekarang macam yamaha lc dan honda wave… so, aku mula la kumpul dana plan nak tukar moto… aku plan nak amik moto cash jer… malas nak utang2… lepas dah cukup dana aku pun mula la mencari2 moto yang sesuai… jenama moto yang paling hangat buat masa ni sudah tentu lah YAMAHA dan HONDA… ade gak memember aku yang suruh amik superbike… tak mau lah aku, takut naik moto2 besar ni lagipun kalau hujan basah gak… moto yamaha memang tip top dan laju terutama model LC… tapi masalahnya model yamaha ni PANAS… bermaksud selalu jadi tumpuan golongan yang nak senang di dunia dan susah di akhirat… tak senang lak hati aku kalau selalu ketakutan bimbang moto kene curi… member ajat ada pakai moto yamaha ni rantai depan belakang setiap kali nak parking… agak leceh la gak tu… HONDA lak, sebab aku dah biasa bawak C90 dulu… cukupla tu, lagipun design honda ni kureng sikit bagi pendapat aku… tapi kalau aku nak amik honda mungkin aku konsider HONDA WAVE DASH…
            Yang paling menjadi target aku adalah moto model SUZUKI… ada beberapa sebab… pertama moto FX aku yang dah berusia 14 tu jarang sekali mengecewakan aku… kedua, sebab selalu sangat belek2 moto shogun ajat aku pun jadi tertarik… kena pulak pada waktu ni suzuki dah melancarkan edisi shogun yang terkini iaitu SHOGUN AXELO… yang mana ada sedikit improvement berbanding shogun lama… antara perubahannya adalah cover set baru, perubahan area front head lamp, side cover dan lampu belakang… seat axelo pun nampak lebih lebar sikit berbanding shogun RR… antara kelebihan axelo adalah disk brake depan belakang (kebanyakkan moto lain disk brake depan sahaja) sport rim standard, enjin compression lebih tinggi dan absorber depan belakang showa…
            Setelah sekian lama, kifir punya kifir… pada 10/3/2012 aku pun letak down payment untuk SUZUKI SHOGUN AXELO S 125cc warna biru (betty dengan miza yang nak warna biru sebab moto FX dan warna merah, warna hitam dia orang x suke)… selama seminggu aku tunggu dengan sabarnya (itupun dah 2-3 kali telepon kedai moto, sebab kedai janji 3 hari jer)… moto axelo aku pun keluarlah pada tanggal17/3/2012… aku pergi amik dengan ajat kat kedai U motor rawang (kedai yang sama ajat beli shogun RR dia)… masa balik aku press laju sikit axelo aku tu sebab aku nak hard break-in dia punya enjin… aku takut kalau banyak pelan2 sangat nanti boleh lemau dia punya enjin… aku ada baca dalam forum, ramai yang kata jangan manjakan sangat enjin axelo ni… kalau tak nanti susah nak naik top speed…
sebelah kiri umor 2 minggu.. sebelah kanan umor 14 tahun..

            Rezeki aku agaknya masa amik axelo ni sebab aku dapat sekali helmet suzuki jenama X-DOT dan jaket warna merah yang ada tulis TEAM SUZUKI kat belakang… helmet dan jaket ni sebenarnya sebahagian dari hadiah promosi kalau beli axelo tahun lepas… ada lebih kot sebab tu aku dapat… dalam masa yang sama aku beli sebijik lagi helmet untuk betty… helmet jenama KHI warna putih dengan corak warna merah metalik….
helmet suzuki brand X-DOT

model jaket suzuki

TEAM SUZUKI

helmet KHI

            Alhamdulillah, selesai juga hajat aku nak amik moto baru… sekarang ni dalam proses nak break-in enjin aku…
            Secara kesimpulannya, antara moto2 yang pernah aku atau family aku guna adalah… HONDA C90 THE GREATEST EVER (ayah aku beli, transpotation utama family sebelum beli kete, moto dah dijual kepada member aku, Don)… YAMAHA RXZ (moto hairy buat ulang alik pergi keje kl-shah alam, moto dah dijual masa hairy berpindah ke shah alam)… MODENAS KRISS 2 (moto ajat ulang alik sekolah  desa baiduri, cheras – padang tembak, jln semarak, moto masih lagi digunakan oleh ayah aku kat bukit beruntung)… SUZUKI FX110 (14years and still counting, moto kesayangan aku, masih ok lagi, belum tergerak nak let-go, guna area sri gombak)… sebijik lagi  MODENAS KRISS 2 (moto hairy lepas jual RXZ, tapi kena curik kat shah alam)… HONDA WAVE (moto hairy sekarang)… SUZUKI SHOGUN RR (moto ajat sekarang)… dan edisi terkini SHOGUN AXELO S 125cc (moto aku la tuuu)
            Untuk kategori kereta pulak… kereta family pertama model MITSUBISHI lama (dah let-go ke arwah atuk aku)… NISSAN SUNNY (peganti FORD, dah let-go)… PERODUA KANCIL 850 (kereta rini, tapi ajat yang selalu guna, dah let-go)… PROTON ISWARA AEROBACK (peganti nissan, masih tersadai kat bukit beruntung, ayah aku ada plan nak let-go)… PERODUA KELISA (kesayangan ku, kereta pertama aku, tapi dah let-go)…. PROTON PERSONA ELEGENT(kereta aku sekarang, ganti kelisa)… PERODUA MYVI (kereta ayah aku sekarang, driver rasmi sapa lagi kalau bukan ajat)… PROTON WIRA (kereta hairy lepas kawin, dah let-go)… dan edisi terkini dalam keluarga kami PROTON EXORA (kereta hairy sekarang, ganti wira)

4 comments:

Unknown said...

salute la lu bro..gua br cdg nk beli axelo ni..tp syg plk nk let go kriss sport 120 aku tu..handle gegar lps accident dgn mamat gelap naik lc 3 thn lps..tp cantik lagi..tp terfikir jugak..nk beli skang ke or tunggu result pmr anak gua nt..dpt straight A br nk bg dia pakai ke form 4 nt..gua ada la sedikit persamaan dgn lu..iaitu kereta..pnh pakai kancil, iswara, dan skrg exora..lama sekali pakai mazda 323 adik beradik ford laser tu..msa tu gaji 700 lbh je..hehe..

Unknown said...

mcm mana proses break in enjin...leh detail kan lagi tak..saya guna suzuki shogun axelo gak..tq

Unknown said...

Saya pun pakai axelo. Tapi minyak kuat. Ada cara nak selesaikan tak

scarlet said...

der nak tanye...kwn ade beli moto axelo s ,caberator dah tukar but still semput almost termati2 nk ade lanjakan n.jalan seperti biasa kwn kene trkan break dpn(tgn)sikit bru ade support power enjin..ape.mslah moto kwn erk...