Kali
ni aku nak kongsi pasal masalah air kat rumah aku… rumah aku adalah rumah
second hand teres 2 tingkat… rumah ni memang rumah lama… kecik jer, tak macam
rumah2 pesen sekarang… besor2 belaka… tapi itu lah rumah ku… masa mula2 aku
beli rumah ni, takde la masalah air nih… tapi lepas dah hampir 5 tahun aku
duduk kat sini masalah air ni dah mula timbul… masalahnya adalah, air yang
keluar dari pili dalam bilik mandi terlalu perlahan… makin lama makin perlahan
sampai aku nak basuh baju pun payah… kalau nak mandi, nak tunggu bekas air aku
yang besar tu penuh kenkadang kena tunggu semalaman baru penuh… bayangkan kalau
ada tetamu yang datang rumah… lagi la leceh…
Penyebab
utama masalah ni adalah saluran paip yang tertanam dalam dinding yang menyalurkan
air dari tangki utama kat bumbung ke setiap bilik air rumah aku… paip yang
tertanam ni dibuat dari besi dan saiznya pun kecil… lepas sepuluh tahun, paip2
ni akan mula berkarat dan mengganggu pengaliran air terutama kawasan elbow
pipe…
Mula2
aku masih boleh lagi bersabar dengan keadaan ni… tapi lama kelamaan keadaan
menjadi semakin teruk… ditambah pula pada satu ketika, air overflow dari tangki
melimpah keluar… nasib baik paip air overflow ni masuk semula ke dalam bilik
air atas… dengan menggunakan kebolehan KAIZEN aku, aku berjaya menyalurkan
semula air overflow ni masuk ke dalam bekas tadahan air aku… tapi masalahnya,
setiap kali bekas air aku dah penuh aku kena tutup kunci air paip utama yang
mana kedudukannya agak tinggi dan aku sorang jer yang sampai nak capai… letih
aku tutup bukak kunci air tu…
Aku
dah agak… mesti ada masalah dengan pelampung dalam tangki air aku… aku tak
dapat nak naik ke bumbung nak tengok tangki air aku sebab man hole naik ke
bumbung aku dah seal dan kuncinya aku tak tahu hilang kemana… kenapa aku seal
man hole naik kebumbung, sebab rumah aku dulu pernah kena kes pecah rumah yang
mana perompaknya masuk dari atas bumbung dan masuk ke rumah melalui man hole
kat siling tu… tu kes yang aku malas nak cite (tapi untuk pengetahuan korang
rumah aku takde apa2 yang hilang Cuma kerosakkan pada bumbung aje)… akhirnya
aku terpaksa pecah kan seal man hole tu sebab nak naik ke bumbung… seperti yang
aku jangkakan, pelampung tangki aku dah rosak menyebabkan air dari paip utama
terus masuk ke dalam tangki utama walaupun dah penuh hingga overflow…so aku
ganti la set pelampung yang baru… selesai masalah overflow… tapi pili aku masih
lagi keluar air kecil dan perlahan…
Untuk
masalah air pili kecik… jalan penyelesaiannya adalah… buat piping baru dari
tangki utama masuk ke bilik air… tapi projek ni memerlukan sedikit modal…
memandangkan aku baru jer berbelanja besar beli moto baru… kena la kumpul duit
sikit… bila modal dah cukup, aku minta tolong nardi (budak indon yang sewa
apartment aku kat setapak)… aku plan nak buat piping luar dinding jer…guna pipe
pvc… nardi datang pada hari ahad bersama2 member dia dalam pukul 10pagi… aku
pinjam tangga besi jiran aku, mr. singgam… nardi naik ke atas bumbung dan buat
kiraan berapa banyak barangan dan keperluan yang perlu dibeli… lepas tu nardi
dan member dia terus keluar pergi hardware beli barang… nasib baik kat area sri
gombak ni banyak hardware yang bukak pada hari ahad… aku request kat nardi
untuk buat 3unit pili yang baru... satu unit untuk mesin basuh kat luar bilik
air atas, unit pili yang baru… satu unit lagi untuk bilik air atas, ganti pili
lama…satu lagi pili kat porch kereta, ganti pili yang lama… semua pili yang
kena ganti ni sebab air yang keluar perlahan dan kecil sangat… aku juga minta
satu sambungan baru untuk ke tangki pam tandas bilik air atas…
lubang kat siling... laluan baru pipe air |
outlet baru untuk mesin basuh |
Setelah
membeli barang keperluan dihardware… nardi pun memulakan kerja2 pemasangan
pipe… satu lubang kecil terpaksa dibuat pada siling kerana nak bagi ruang untuk
paip baru turun dari bumbung… dari situ nardi buat satu pili kat luar bilik air
untuk mesin basuh, satu pili kat dalam bilik air ganti pili lama yang paipnya
dah berkarat teruk dan satu paip terus masuk ke dalam tangki tandas... masa
buat trial, pili mesin basuh ok, pili bilik mandi ok tapi air tak masuk ke
tangki tandas sebab set pelampung dah rosak… aku bagitau kat nardi yang tangki
tandas tu aku akan baiki sendiri kemudian… maka settle lah masalah pili bilik
air kat atas…
pili air baru dalam bilik air... yang berkarat kat sebelah tu pipe lama |
Lepas
tu nardi buat pulak pili kat porch… pili lama pun mempunyai masalah piping yang
dah berkarat… tapi masa nardi nak tutup kunci air utama kat meter… tak boleh
nak tutup pulak sebab dah loose… so terpaksa lah nardi pergi ke hardware sekali
lagi cari kunci air yang baru… dalam pukul 5 selesailah projek membuat piping
baru untuk rumah aku… selepas memberi sedikit upah kat nardi dan member dia…
nardi pun balik, nasib baik ada nardi yang membantu… baik hati sungguh dia…
apartment aku yang kat setapak tu pun banyak dia yang tolong baikikan, dulu
masa bumbung aku rosak sebab kes pecah rumah dia lah jugak yang datang time2
magrib tolong baiki semula… lepas nardi balik aku pun mula mengemas semula
rumah aku…
pipe baru kat luar rumah... jom basuh moto |
Masa
mengemas, aku dapati tandas tingkat bawah aku dah takde air la plak… rupanya
bila nardi buat piping baru kat bilik air atas… dia potong piping lama dan
sambung paip baru dari situ… bilik air atas dan bawah kongsi paip yang sama… so
bila bilik air atas dah ada piping baru, bilik air bawah takde air la… tapi
nasib baik bilik air bawah ada satu lagi punca air yang tak bersambung dengan
piping bilik air atas… so kat situ aku bubuh pili baru untuk kegunaan bilik air
bawah…malam tu plak aku dapati ada air menitik-nitik dari siling berdekatan
dengan tangki utama… malam tu plak hujan lebat, aku budget bumbung aku dah
bocor… bila aku naik ke atas bumbung, rupanya set pelampung tangki utama aku
longgar dan air memercik keluar dan menitik dari tangki utama ke siling… bila
aku ketatkan balik set pelampung tu, masalah air menitik pun takde lagi…
Akhirnya
pada malam tu aku dapat mandi dengan puasnya sebab air yang keluar dari pili
laju… takde la aku kena budget2 masa mandi takut orang lain takleh nak mandi
lepas aku.. nak basuh baju pun mudah sebab mesin basuh dah ada pilinya sendiri…
nak cuci motor kat porch pun dah senang sikit sebab air kuat boleh sembur jer
dengan paip getah…Alhamdulillah selesai satu masalah…
1 comment:
Hai, berapa kos kamu piping semula paip tu? Kes kau ni sama dgn aku.binggung dibuatnya. Bill pula melambung tinggi dibuatnya. Reply a.s.a.p.tq
Post a Comment