Sunday, April 15, 2012

Air Oh Air…



                Kali ni aku nak kongsi pasal masalah air kat rumah aku… rumah aku adalah rumah second hand teres 2 tingkat… rumah ni memang rumah lama… kecik jer, tak macam rumah2 pesen sekarang… besor2 belaka… tapi itu lah rumah ku… masa mula2 aku beli rumah ni, takde la masalah air nih… tapi lepas dah hampir 5 tahun aku duduk kat sini masalah air ni dah mula timbul… masalahnya adalah, air yang keluar dari pili dalam bilik mandi terlalu perlahan… makin lama makin perlahan sampai aku nak basuh baju pun payah… kalau nak mandi, nak tunggu bekas air aku yang besar tu penuh kenkadang kena tunggu semalaman baru penuh… bayangkan kalau ada tetamu yang datang rumah… lagi la leceh…
                Penyebab utama masalah ni adalah saluran paip yang tertanam dalam dinding yang menyalurkan air dari tangki utama kat bumbung ke setiap bilik air rumah aku… paip yang tertanam ni dibuat dari besi dan saiznya pun kecil… lepas sepuluh tahun, paip2 ni akan mula berkarat dan mengganggu pengaliran air terutama kawasan elbow pipe…
                Mula2 aku masih boleh lagi bersabar dengan keadaan ni… tapi lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk… ditambah pula pada satu ketika, air overflow dari tangki melimpah keluar… nasib baik paip air overflow ni masuk semula ke dalam bilik air atas… dengan menggunakan kebolehan KAIZEN aku, aku berjaya menyalurkan semula air overflow ni masuk ke dalam bekas tadahan air aku… tapi masalahnya, setiap kali bekas air aku dah penuh aku kena tutup kunci air paip utama yang mana kedudukannya agak tinggi dan aku sorang jer yang sampai nak capai… letih aku tutup bukak kunci air tu…
                Aku dah agak… mesti ada masalah dengan pelampung dalam tangki air aku… aku tak dapat nak naik ke bumbung nak tengok tangki air aku sebab man hole naik ke bumbung aku dah seal dan kuncinya aku tak tahu hilang kemana… kenapa aku seal man hole naik kebumbung, sebab rumah aku dulu pernah kena kes pecah rumah yang mana perompaknya masuk dari atas bumbung dan masuk ke rumah melalui man hole kat siling tu… tu kes yang aku malas nak cite (tapi untuk pengetahuan korang rumah aku takde apa2 yang hilang Cuma kerosakkan pada bumbung aje)… akhirnya aku terpaksa pecah kan seal man hole tu sebab nak naik ke bumbung… seperti yang aku jangkakan, pelampung tangki aku dah rosak menyebabkan air dari paip utama terus masuk ke dalam tangki utama walaupun dah penuh hingga overflow…so aku ganti la set pelampung yang baru… selesai masalah overflow… tapi pili aku masih lagi keluar air kecil dan perlahan…
                Untuk masalah air pili kecik… jalan penyelesaiannya adalah… buat piping baru dari tangki utama masuk ke bilik air… tapi projek ni memerlukan sedikit modal… memandangkan aku baru jer berbelanja besar beli moto baru… kena la kumpul duit sikit… bila modal dah cukup, aku minta tolong nardi (budak indon yang sewa apartment aku kat setapak)… aku plan nak buat piping luar dinding jer…guna pipe pvc… nardi datang pada hari ahad bersama2 member dia dalam pukul 10pagi… aku pinjam tangga besi jiran aku, mr. singgam… nardi naik ke atas bumbung dan buat kiraan berapa banyak barangan dan keperluan yang perlu dibeli… lepas tu nardi dan member dia terus keluar pergi hardware beli barang… nasib baik kat area sri gombak ni banyak hardware yang bukak pada hari ahad… aku request kat nardi untuk buat 3unit pili yang baru... satu unit untuk mesin basuh kat luar bilik air atas, unit pili yang baru… satu unit lagi untuk bilik air atas, ganti pili lama…satu lagi pili kat porch kereta, ganti pili yang lama… semua pili yang kena ganti ni sebab air yang keluar perlahan dan kecil sangat… aku juga minta satu sambungan baru untuk ke tangki pam tandas bilik air atas…
lubang kat siling... laluan baru pipe air
outlet baru untuk mesin basuh

                Setelah membeli barang keperluan dihardware… nardi pun memulakan kerja2 pemasangan pipe… satu lubang kecil terpaksa dibuat pada siling kerana nak bagi ruang untuk paip baru turun dari bumbung… dari situ nardi buat satu pili kat luar bilik air untuk mesin basuh, satu pili kat dalam bilik air ganti pili lama yang paipnya dah berkarat teruk dan satu paip terus masuk ke dalam tangki tandas... masa buat trial, pili mesin basuh ok, pili bilik mandi ok tapi air tak masuk ke tangki tandas sebab set pelampung dah rosak… aku bagitau kat nardi yang tangki tandas tu aku akan baiki sendiri kemudian… maka settle lah masalah pili bilik air kat atas…
pili air baru dalam bilik air... yang berkarat kat sebelah tu pipe lama

                Lepas tu nardi buat pulak pili kat porch… pili lama pun mempunyai masalah piping yang dah berkarat… tapi masa nardi nak tutup kunci air utama kat meter… tak boleh nak tutup pulak sebab dah loose… so terpaksa lah nardi pergi ke hardware sekali lagi cari kunci air yang baru… dalam pukul 5 selesailah projek membuat piping baru untuk rumah aku… selepas memberi sedikit upah kat nardi dan member dia… nardi pun balik, nasib baik ada nardi yang membantu… baik hati sungguh dia… apartment aku yang kat setapak tu pun banyak dia yang tolong baikikan, dulu masa bumbung aku rosak sebab kes pecah rumah dia lah jugak yang datang time2 magrib tolong baiki semula… lepas nardi balik aku pun mula mengemas semula rumah aku…
pipe baru kat luar rumah... jom basuh moto

                Masa mengemas, aku dapati tandas tingkat bawah aku dah takde air la plak… rupanya bila nardi buat piping baru kat bilik air atas… dia potong piping lama dan sambung paip baru dari situ… bilik air atas dan bawah kongsi paip yang sama… so bila bilik air atas dah ada piping baru, bilik air bawah takde air la… tapi nasib baik bilik air bawah ada satu lagi punca air yang tak bersambung dengan piping bilik air atas… so kat situ aku bubuh pili baru untuk kegunaan bilik air bawah…malam tu plak aku dapati ada air menitik-nitik dari siling berdekatan dengan tangki utama… malam tu plak hujan lebat, aku budget bumbung aku dah bocor… bila aku naik ke atas bumbung, rupanya set pelampung tangki utama aku longgar dan air memercik keluar dan menitik dari tangki utama ke siling… bila aku ketatkan balik set pelampung tu, masalah air menitik pun takde lagi…
                Akhirnya pada malam tu aku dapat mandi dengan puasnya sebab air yang keluar dari pili laju… takde la aku kena budget2 masa mandi takut orang lain takleh nak mandi lepas aku.. nak basuh baju pun mudah sebab mesin basuh dah ada pilinya sendiri… nak cuci motor kat porch pun dah senang sikit sebab air kuat boleh sembur jer dengan paip getah…Alhamdulillah selesai satu masalah…

1 comment:

Unknown said...

Hai, berapa kos kamu piping semula paip tu? Kes kau ni sama dgn aku.binggung dibuatnya. Bill pula melambung tinggi dibuatnya. Reply a.s.a.p.tq