Entry kali ni berkisar tentang aku
punya mode of transportation untuk kegunaan harian pergi dan balik dari kerja…
iaitu motosikal ku… aku pernah bercerita sebelum ni pasal motor suzuki fx110
yang telah aku baiki dan aku gunakan sebagai pengankutan utama aku untuk pergi
kerja… macam mana aku boleh beli moto suzuki ni ekk… masa aku be ajar dulu aku
guna motosikal pusaka ayah aku… HONDA C90… boleh la guna nak pergi dan balik
dari kuliah… bukan jauhpun rumah sewa aku kat taman U ke UTM… 5 tahun aku moto
tu… masa aku ambil alih moto tu pun dah berbelas tahun umornya… best memang
best guna moto HONDA C90 ni… maklum lah telah di nobatkan sebagai THE GREATEST
EVER MOTORCYCLE… Cuma disebabkan keuzurannya, masalah sering datang terutama
dari wiring… ada sekali tu aku dengan bebudak rumah aku plan nak pergi ke
stulang sebab nak celebrate penghujung pengajian kami kat UTM… aku baru keluar
dari taman U… tetiba lampu moto aku boleh terpadam, padehal aku baru jer letak
mentol baru… terpaksa la aku berpatah balik dan cancel untuk pergi celebrate
dengan memember aku… paling jauh aku travel dengan HONDA C90 aku adalah dari
skudai ke tanjung leman, mersing…
Semasa aku masuk ke tahun ke-4
pengajian ijazah aku… aku kena buat praktikal di ibu pejabat JKR kuala lumpur… untuk
memudahkan aku pergi praktikal… maka ayah aku beli lagi sebijik moto sebab moto
honda tu ada kat skudai… waktu tu aku memang target moto modenas je… maklumlah
moto modenas baru je dilancarkan… tapi sewaktu belek2 moto kat kedai, ayah aku
macam tak berkenan lak dengan modenas… dia tanya aku macam mana dengan model
suzuki… waktu tu suzuki memang famous gile dengan model RG nya… aku tak nak
amik model RG sebab moto tu 2 lejang dan agak kuat makan minyak… aku kan
student, kena fikir apa yang paling ekonomi untuk aku… tapi ayah aku berkenan
sangat dengan model FX110… mungkin sebab model tu baru dilancarkan… aku ikut
jer, walaupun agak was2 takut kuat makan minyak… tapi alhamdulillah, sedar tak
sedar 14 tahun aku guna motor tu… dari zaman belajar sampai zaman kerja… dari
zaman bujang,,, bercinta… sampai kawin dah ada anak… banayk jasa FX ni kat aku…
sayang nak let go…
Dalam masa yang sama family aku ada
beli moto lagi… untuk ajat, buat ulang alik pergi sekolah… ayah aku belikan
moto modenas kriss 2 untuk ajat… tapi moto modenas tu macam tak bertahan sebab
lama2 enjinnya jadi macam gegar… padahal moto FX aku masih maintain lagi… aku
pun tak faham sebab ajat bukannya jenis yang suka merempit… bila ajat nak masuk
UNIKL… dia decide untuk beli moto lain… sebab time ni ayah aku dah pencen dan
duduk bukit beruntung… dia nak moto yang OK sikit supaya dia boleh travel dari
kl ke bukit beruntung… berinspirasikan moto suzuki FX aku yang mampu bertahan
lama… so, ajat decide untuk beli moto suzuki jugak… dia beli SUZUKI SHOGUN RR
125cc yang baru dilancarkan dengan disk brake depan belakang… pendek kata ajat
memang berpuas hati dengan shogun dia walaupun model suzuki ni tak sefamous
YAMAHA ataupun HONDA… aku memang agak bangga la jugak bila aku tanya ajat
kenapa ambil suzuki… dia kata sebab moto FX aku walaupun dah lama lepas tu buat
ulang alik pergi kerja lebih kurang 80km tiap2 hari maintain ajer…
Aku pun setelah 14 tahun guna FX ni…
aku pun mula lah berkira2 nak tukar moto lain… kesian kat FX aku tu… dah
berumor sangat… moto tu takde la bermasalah sangat tapi mana tahan asyik kena
potong jer dengan kapcai2 yang baru sekarang macam yamaha lc dan honda wave…
so, aku mula la kumpul dana plan nak tukar moto… aku plan nak amik moto cash
jer… malas nak utang2… lepas dah cukup dana aku pun mula la mencari2 moto yang
sesuai… jenama moto yang paling hangat buat masa ni sudah tentu lah YAMAHA dan
HONDA… ade gak memember aku yang suruh amik superbike… tak mau lah aku, takut
naik moto2 besar ni lagipun kalau hujan basah gak… moto yamaha memang tip top
dan laju terutama model LC… tapi masalahnya model yamaha ni PANAS… bermaksud
selalu jadi tumpuan golongan yang nak senang di dunia dan susah di akhirat… tak
senang lak hati aku kalau selalu ketakutan bimbang moto kene curi… member ajat
ada pakai moto yamaha ni rantai depan belakang setiap kali nak parking… agak
leceh la gak tu… HONDA lak, sebab aku dah biasa bawak C90 dulu… cukupla tu,
lagipun design honda ni kureng sikit bagi pendapat aku… tapi kalau aku nak amik
honda mungkin aku konsider HONDA WAVE DASH…
Yang paling menjadi target aku
adalah moto model SUZUKI… ada beberapa sebab… pertama moto FX aku yang dah
berusia 14 tu jarang sekali mengecewakan aku… kedua, sebab selalu sangat belek2
moto shogun ajat aku pun jadi tertarik… kena pulak pada waktu ni suzuki dah
melancarkan edisi shogun yang terkini iaitu SHOGUN AXELO… yang mana ada sedikit
improvement berbanding shogun lama… antara perubahannya adalah cover set baru,
perubahan area front head lamp, side cover dan lampu belakang… seat axelo pun
nampak lebih lebar sikit berbanding shogun RR… antara kelebihan axelo adalah
disk brake depan belakang (kebanyakkan moto lain disk brake depan sahaja) sport
rim standard, enjin compression lebih tinggi dan absorber depan belakang showa…
Setelah sekian lama, kifir punya
kifir… pada 10/3/2012 aku pun letak down payment untuk SUZUKI SHOGUN AXELO S 125cc
warna biru (betty dengan miza yang nak warna biru sebab moto FX dan warna
merah, warna hitam dia orang x suke)… selama seminggu aku tunggu dengan sabarnya
(itupun dah 2-3 kali telepon kedai moto, sebab kedai janji 3 hari jer)… moto
axelo aku pun keluarlah pada tanggal17/3/2012… aku pergi amik dengan ajat kat
kedai U motor rawang (kedai yang sama ajat beli shogun RR dia)… masa balik aku
press laju sikit axelo aku tu sebab aku nak hard break-in dia punya enjin… aku
takut kalau banyak pelan2 sangat nanti boleh lemau dia punya enjin… aku ada
baca dalam forum, ramai yang kata jangan manjakan sangat enjin axelo ni… kalau
tak nanti susah nak naik top speed…
sebelah kiri umor 2 minggu.. sebelah kanan umor 14 tahun.. |
Rezeki aku agaknya masa amik axelo
ni sebab aku dapat sekali helmet suzuki jenama X-DOT dan jaket warna merah yang
ada tulis TEAM SUZUKI kat belakang… helmet dan jaket ni sebenarnya sebahagian
dari hadiah promosi kalau beli axelo tahun lepas… ada lebih kot sebab tu aku
dapat… dalam masa yang sama aku beli sebijik lagi helmet untuk betty… helmet
jenama KHI warna putih dengan corak warna merah metalik….
helmet suzuki brand X-DOT |
model jaket suzuki |
TEAM SUZUKI |
helmet KHI |
Alhamdulillah, selesai juga hajat
aku nak amik moto baru… sekarang ni dalam proses nak break-in enjin aku…
Secara kesimpulannya, antara moto2
yang pernah aku atau family aku guna adalah… HONDA C90 THE GREATEST EVER (ayah
aku beli, transpotation utama family sebelum beli kete, moto dah dijual kepada
member aku, Don)… YAMAHA RXZ (moto hairy buat ulang alik pergi keje kl-shah
alam, moto dah dijual masa hairy berpindah ke shah alam)… MODENAS KRISS 2 (moto
ajat ulang alik sekolah desa baiduri,
cheras – padang tembak, jln semarak, moto masih lagi digunakan oleh ayah aku
kat bukit beruntung)… SUZUKI FX110 (14years and still counting, moto kesayangan
aku, masih ok lagi, belum tergerak nak let-go, guna area sri gombak)… sebijik
lagi MODENAS KRISS 2 (moto hairy lepas
jual RXZ, tapi kena curik kat shah alam)… HONDA WAVE (moto hairy sekarang)…
SUZUKI SHOGUN RR (moto ajat sekarang)… dan edisi terkini SHOGUN AXELO S 125cc
(moto aku la tuuu)
Untuk kategori kereta pulak… kereta
family pertama model MITSUBISHI lama (dah let-go ke arwah atuk aku)… NISSAN SUNNY
(peganti FORD, dah let-go)… PERODUA KANCIL 850 (kereta rini, tapi ajat yang selalu
guna, dah let-go)… PROTON ISWARA AEROBACK (peganti nissan, masih tersadai kat
bukit beruntung, ayah aku ada plan nak let-go)… PERODUA KELISA (kesayangan ku,
kereta pertama aku, tapi dah let-go)…. PROTON PERSONA ELEGENT(kereta aku
sekarang, ganti kelisa)… PERODUA MYVI (kereta ayah aku sekarang, driver rasmi
sapa lagi kalau bukan ajat)… PROTON WIRA (kereta hairy lepas kawin, dah
let-go)… dan edisi terkini dalam keluarga kami PROTON EXORA (kereta hairy
sekarang, ganti wira)
4 comments:
salute la lu bro..gua br cdg nk beli axelo ni..tp syg plk nk let go kriss sport 120 aku tu..handle gegar lps accident dgn mamat gelap naik lc 3 thn lps..tp cantik lagi..tp terfikir jugak..nk beli skang ke or tunggu result pmr anak gua nt..dpt straight A br nk bg dia pakai ke form 4 nt..gua ada la sedikit persamaan dgn lu..iaitu kereta..pnh pakai kancil, iswara, dan skrg exora..lama sekali pakai mazda 323 adik beradik ford laser tu..msa tu gaji 700 lbh je..hehe..
mcm mana proses break in enjin...leh detail kan lagi tak..saya guna suzuki shogun axelo gak..tq
Saya pun pakai axelo. Tapi minyak kuat. Ada cara nak selesaikan tak
der nak tanye...kwn ade beli moto axelo s ,caberator dah tukar but still semput almost termati2 nk ade lanjakan n.jalan seperti biasa kwn kene trkan break dpn(tgn)sikit bru ade support power enjin..ape.mslah moto kwn erk...
Post a Comment