Julung2 kalinya pada tahun ini,
PERODUA (P2) telah menganjurkan carnival sukan yang akan disertai oleh wakil2
dari seluruh bahagian/jabatan P2 di Malaysia. Acara ini yang dirancang akan
menjadi acara tahunan P2… pada tahun ini carnival ini akan diadakan di UITM
shah alam. Pemilihan UITM sebagai lokasi carnival besar kemungkinan kemudahan
sukan yang lengkap dan terpusat juga disebabkan pada waktu carnival berlansung
adalah waktu cuti bagi pelajar2 UITM… maka adalah hostel2 yang dapat dijadikan
sebagai unit2 penginapan athlet2…
Pada asalnya aku tak terlibat pun
dalam carnival sukan nih… tapi 3minggu sebelum carnival bermula… salah sorang
daripada wakil sukan tennis daripada jabatan aku terpaksa tarik diri kerana
cedera… so, disebabkan aku PERNAH la join bebudak opis aku main tennis kat jln
duta… so, aku dicalonkan sebagai pegantinya… walaupun aku ni memang tak terer
lansung main tennis… tapi sebab ini peluang untuk join carnival sukan… aku
setuju je… sempat jugak la aku training 3 minggu kat court jln duta dan
termasuk belajar dari YOUTUBE… yang penting, forehand, backhand dan servis aku
dah improve… aku reket pun takde, nasib baik rosli (budak yang tarik diri tu)
bagi pinjam… nak beli sendiri, reket tennis bukannya murah… paling cikaipun
rm150…
Carnival sukan ni berlangsung mulai
18/2/2012 hingga 19/2/2012… hari sabtu dan ahad… tapi hari jumaat tu athlet dah
boleh mula check in kat UITM lepas semayang jumaat… jumaat malam sabtu ada
dinner khas kat shah alam untuk semua yang terlibat… TETAPI, malangnya bagi
aku… ini adalah masa2 yang paling sibuk sebab ada projek yang nak kene siapkan
sebelum hujung bulan… so, tak dapatla aku nak pergi awal… lepas balik keje baru
dapat pergi… dinner malam tu pun aku tak dapat nak join sebab nak kene buat
preparation barang rumah… pukul 9mlm baru aku keluar rumah terus ke UITM shah
alam…
By the time aku sampai UITM…
kontijen2 dah mula berkumpul dah check-in… kami ditempatkan kat kolej Mawar,
yang bersebelahan dengan kompleks sukan…. So, senang la nak ke lokasi
kejohanan, jalan kaki jer… masuk bilik jer, teringat aku masa time mula2 masuk
UTM dulu… lebih kurang la biliknya… ada katil bujang, meja study dan loker…
bilik air kongsi… dalam bilik air ada shower, tandas dan tempat basuh baju…..
hahahhaa nostalgia sungguh… tapi yang beza kat UITM ni… hostel2nya semua tinggi
belaka, siap ada lift tu…. kat UTM dulu paling tinggi pun 4 tingkat je… ni
sampai 7 tingkat, macam flat la plak… komplek sukan bukak sampai kul 12… so
ramai la athlet yang berlatih… riuh rendah sungguh kat komplek sukan, sampai ke
hostel dengarnya… malam tu aku tido kat pukul 1… esok nak bangun awal sebab ada
majlis perasmian kul 7.30pg…
bilik hostel, kolej mawar |
Pagi2 kul 5.30pg aku dah bangkit…
pas mandi, aku tunggu time sarapan… 6.30pg aku turun sarapan kat dewan… kul
7.30pg bergerak ke stadium UITM untuk majlis perasmian… majlis perasmian dibuat
oleh Dato’ Aminar dan VIP2 perodua… dari jauh aku boleh Nampak boss aku duduk
kat grand stand… acara perasmian kira meriah gak la… siap ada press dan gimik
letupan meriam… kak linda AA aku kata dia Nampak muka aku dalam TV masa
perasmian carnival… lepas acara perasmian, cuaca mulai mundung dan tak lama
lepas tu hujan pun turun… untuk acara2 in-door macam badminton dan ping pong
dah boleh mula… acara tennis terpaksa ditunda sebab, tennis tak boleh main masa
court basah… sementara menunggu hujan reda, aku pergi dengar taklimat acara
tennis dan pergi ambil jersi DIADORA untuk team aku… aku termasuk dalam
kontijen Support Servis… jersi team tennis baju DIADORA warna hitam… matching
la dengan kasut DIADORA aku…t-shirt kontijen pula warna hijau pekat… setiap
kontijen ada warnanya tersendiri…
majlis perasmian |
baju hijau gelap, kontijen support servis... yg pakai windbreaker tu said... |
Hujan berlarutan sehingga tengah
hari… sementara tu aku gi tengok kawan2 aku yang bertanding dalam acara
badminton dan ping pong… game pertama tennis bermula lebih kurang kul 12
t/hari… aku akan bermain dalam game yang ke-dua… aku main double dengan said…
walaupun dah masuk t/hari aku masih takde selera nak makan sebab gemuruh
sangat… aku makan sandwich jer t/hari tu… by the time game aku nak mula… jam
dah pukul 2ptg… time ni memang betul2 panas… peh, seksa betul sebab aku biasa
main malam jer… main tennis t/hari buta ni memang menggangu prestasi aku… nak
servis pun susah sebab silau… so, dipendekkan cerita, kami kalah dalam game ni…
said hampir2 nak pitam sebab panas dan dehydrated… aku pulak injured sebab
langgar dinding masa nak kejar bola… disebabkan format game adalah kalah mati…
so, dah berakhir la cabaran aku untuk carnival sukan kali ni…
Lepas abis game… aku berehat hilang
kan penat dan minum banyak2… dehydrated gile aku… time ni baru la terasa lapar…
aku balik ke hostel, mandi dan pastu gi makan (makan t/hari + petang)… pas
makan aku tido sebab letih sangat… aku bangun dari tido lewat petang… masa ni
aku rasa sakit sangat kat bahu aku sebab terlanggar dinding masa game tadi…
plan asal nak terus balilk rumah ptg ni terpaksa aku batalkan sebab pergerakkan
tangan kanan aku dah limited… so, aku pergi ke Medical Tent untuk dapatkan
rawatan… hasil dari pemeriksaan, aku mengalami kecederaan otot kat bahu… pembantu
perubatan yang bertugas memberikan aku ubat sapu, ubat mengurangkan ketegangan
otot dan ubat tahan sakit… oleh kerana ubat2 ini akan menyebabkan aku
mengantuk, maka aku dinasihatkan untuk berehat malam ini… oleh sebab itu aku
decide untuk balik esok sahaja…
Selepas rawatan di Medical tent… aku
lepak2 sambil tengok perlawanan bola tampar… habis perlawanan bola tampar aku
balik ke hostel untuk mandi dan pergi makan malam… selepas makan malam aku
pergi semula ke komplek sukan untuk tengok game futsal pulak… aku tak lama kat
gelanggang futsal… aku balik semula ke hostel… sebelum ke hostel aku pergi beli
burger di gerai dekat dengan hostle mawar, sebab medical assistant tu pesan
perut aku mesti betul2 kenyang sebelum makan ubat… kalau tak nanti boleh sakit
perut… aku balik ke bilik, makan berger dan kemudian terus tido… waktu tu jam
baru pukul 10.30mlm… nyeyak betul aku tido tak sedar langsung… power betul ubat
yang aku makan tu…
Keesokkan paginya aku bangkit pukul
6.30pagi… terus pergi mandi dan bersarapan… rasa sakit kat tangan aku dah
berkurangan dan aku dah boleh gerakkan tangan aku berbanding semalam… selepas
sarapan aku terus berkemas sebab plan nak terus balik pagi ni… jam 9.30 pagi
aku bertolak balik… malas nak tunggu majlis penutup sebab badan sakit2… sebelum
sampai ke rumah aku singgah beli nasi lemak untuk miza dan betty… sebenarnya
bila sampai rumah ade drama sikit… aku tak boleh nak masuk rumah sebab sliding
door berkunci… tapi aku malas la nak cite pasal benda tu…
Kesimpulannya… karnival sukan yang
pertama ni kira ok la… pengalaman bagi aku masuk bertanding game tennis… dan
juga pengalaman berharga buat rakan2 seperjuangan aku… semoga kita akan mencuba
lagi di masa akan datang… teruskan berusaha meningkatkan skill masing-masing said, azrul, muhklis dan hafidz… juga telah
dicadangkan menubuhkan satu team tennis yang digelar team jln duta (sebab kami
selalu berlatih di court jalan duta)… dan aku kena carik reket tennis sendiri
la gamaknya…
No comments:
Post a Comment