AKHIRNYA…. AKHIRNYA… tercapai juga
hajat aku nak memancing kat tasik buatan terbesar kat m’sia ni… sebelum ni aku
ada pernah buat satu entry pasal nak pergi memancing kat tasik kenyir tapi tak
kesampaian… segala2nya bermula bergini…
Aku menerima satu sms dari kawan
baik aku yang berkerja kat Melaka kira2 2 minggu sebelum cuti tahun baru cina
tempoh hari… bertanyakan apa aktiviti aku semasa cuti tahun baru cina nanti
memandangkan cuti tahun baru cina tahun ni agak panjang… 4 hari sebab
bersambung dengan cuti hujung minggu… bermula dari hari sabtu hingga hari
selasa… aku mula dah agak mesti acai nak ajak aku pergi memancing… mula2 aku
agak gi memancing kat kolam2 area kl ni jer… memandangkan aku memang takde plan
nak pergi mana2 waktu cuti tu… so, aku memang free la…
Tak lama lepas tu acai terus call
aku… dia kata adik ipar dia, farid, ada plan untuk buat satu trip memancing ke
tasik kenyir pada cuti tahun baru cina nanti… bertolak dari kl malam jumaat,
masuk kenyir pagi sabtu dan keluar pagi
selasa… 4hari 3malam… setelah aku confomkan dengan betty maka aku bagitau acai
aku ON…
Sepanjang 2 minggu sebelum tarikh
trip, aku pun buat la persediaan yang
sepatutnya seperti menyediakan peralatan perkhemahan dan melengkapkan peralatan
memancing… aku juga ada membeli beberapa gewang baru jenama rapala dan beberapa
jenis gewang sudu… aku sebenarnya tak tahu jenis pancingan apa yang aku akan
buat kat kenyir nanti… sebagai persediaan aku beli la semua yang patut
Trip aku bermula pada hari jumaat 20
Feb 2012… acai bergerak dari Melaka lepas kerja terus pergi ambil farid di
kajang… pastu terus amik aku kat Gombak… acai sampai kat rumah aku dalam kul 12
tgh/malam… lepas loading barang aku dalam kereta acai yang memang dah sedia
sarat dengan barang lain… kami pun bertolak dengan kereta Honda acai dlm kul
1pagi… miza yang belum tido waktu tu melambai2 menghantar aku pergi…
Aku jangkakan jalan akan jem pepagi
ni di sebabkan cuti panjang sebab ramai nak balik ke pantai timur… tapi jalan
lengang plak… tak tahu la kape… perjalanan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur
lancar… kami berhenti rehat di hentian termerloh untuk re-group dengan geng2
yang lain… semua ada 2 kereta dalam konvoi kami seramai 7 orang… kami keluar
highway di jabor dan terus menuju ke kuala berang…
Sampai ke kuala berang pada waktu
subuh… farid buat arrangement untuk berjumpa dengan ketua guide kami kunai dan
terus sarapan bersama… waktu ni makin banyak kereta2 telah mula memenuhi Bandar
kuala berang… aku yakin kesemuanya pemancing yang nak masuk ke kenyir dari gaya
masing2… sesudah bersarapan dan membeli sedikit lagi bahan2 yang diperlukan…
kami bergerak ke pintu masuk empangan, jeti jenagor… untuk pengetahun korang
tasik kenyir ada 2 jeti yang selalu digunakan untuk masuk ke tasik kenyir…
iaitu jeti jenagor dan jeti gawi… jeti jenagor lebih dekat dengan pintu
empangan manakala jeti gawi lebh jauh…
di pintu masuk empangan... tgh tunggu kunai |
air empangan overflow |
Kumpulan kami merupakan kumpulan
terakhir yang bergerak dari jeti kerana member ruang kepada Boat House yang
lebih besar mengambil penumpang… kami hanya menggunakan 3 buah bot fiber untuk
ke lokasi pancingan kami… sewaktu menunggu ini juga kami berpeluang berjumpa
dengan dato’ asri… tuan punya bot… dato’ dulu ada boat house tapi dah karam,
sebab tu kami naik bot fiber jer… kalau naik bot house tak perlu berkemah…
tidor atas bot je…
jeti jenagaor... yg besar2 tu house bot |
Walaupun kami adalah kumpulan
terakhir bertolak, tetapi kami adalh kumpulan pertama yang sampai ke destinasi
kerana bot fiber lebih laju… perjalanan dengan bot fiber yang sarat dengan
kelengkapan memakan masa 2 jam… jika dengan boat house ambil masa 4 jam… kami
berhenti seketika di pejabat renjer untuk buat pendaftaran masuk ke taman
Negara.
Setelah sampai ke lokasi, kami
membersihkan kawasan perkhemahan dan mendirikan khemah. Semuanya selesai dalam
lebih kurang jam 4 ptg… tanpa membuang masa aktiviti memancing dimulakan…
tangkapan pertama kumpulan kami adalah kelah bersaiz sedang… selepas itu ikan
tengas mula memakan umpan… umpan yang digunakan adalah sawit peram… ikan tengas
yang pertama aku juga dapat pada petang itu… memancing dibelakang bot yang
berlabuh ditebing sungai… aku tak ingat berapa jumlah semuanya yang aku Berjaya
daratkan pada petang itu, tetapi semuanya ikan tengas… ikan mula berhenti makan
bila senja menjelang tiba…
Selepas makan malam yang dimasak
oleh kunai… sesi pancingan malam pun bermula… umpan sawit yang dilabuhkan tak
mendapat sambutan… Cuma baung je yang memakan umpan cacing, tapi itu pun tak
banyak… aku masuk tido awal kerana kepenatan… sorry la takde gambar yang aku
ambil sewaktu sesi ni sebab h/phone dah simpan dalam bekas water proof,
lagipun kat kawasan ni takde coverage…
nak bawak kamera takut tajuh dalam air…
Keesokkan paginya aku bangun awal…
jam 5.30 pagi aku dah bangun… itu pun sebab kunai pasang mercun dan bising2
sebab kawasan perkhemahan gelap… mercun dipasang untuk menakutkan binatang buas
yangberdekatan… kami tak dapat nak idupkan unggun api sebab kayu basah dek
hujan sebelah petang semalam… hari ni pancingan kami beralih ke kawasan jeram
di hulu sungai… kami terpaksa trekking untuk sampai ke lokasi berkenaan… memang
mencabar, berjalan didalam hutan sambil membawa set memancing…
Lokasi memang cantik dan menarik…
ada air terjun lagi… kami memancing sehingga petang di sini… hasilnya memang
banyak… boleh buat makan t/hari dan lebihnya bawak balik ke kem site… ikan
tengas segar yang dibakar memang sedap sekali… sebelah petang kami balik semula
ke kem site… ikan yang Berjaya dipancing terus dibuang perut dan disimpan dalam
coleman yang penuh dengan ais… sebelah petang aku dan acai bersama sorang guide
keluar untuk mencuba nasib pancingan casting… walaupun waktu ni bukanlah masa
terbaik untuk pancingan casting… waktu terbaik pancingan casting adalah awal
musim hujan untuk menduga sebarau dan ketika musim panas untuk menduga toman…
sesi casting tak bertahan lama kerana hujan mula turun dah kami terpaksa balik
semula ke kem site… sebelah malam aku tak join aktiviti memancing baung… aku
masuk tido awal… seperti biasa….
Esok paginya aku bangun lewat sikit…
kul 7.00pagi… keletihan seharian memancing semalam… hari ni kami tak mahu pergi
memancing jauh2… tak jauh dari kem site ada satu lubuk… kami parking bot di
pinggir lubuk dan memancing dari situ… pancingan di lubuk ni hasilnya juga
amat2 memberasangkan… Cuma aku jer yang tak berapa bernasib baik… bila nak
masuk ke petang… kami pulang ke kem site… aku meneruskan pancingan dari tebing
kem site, dari situ aku Berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan tengas bersaiz
sedang… sebelah lewat petang aku dah stop mancing… dah puas dah, aku mandi sungai
plak… sejuk dan jernih betul airnya… malam seperti biasa, pancingan baung…
malam ni baung makan lebih galak… aku tak minat nak mancing baung sebab pakai
umpan busuk, umpan tapa, so, tengok je la dari tepi… seperti biasa… masuk tido
awal…
Hari terakhir kami di kenyir… semua
bangun awal… terus berkemas dan bersihkan tapak perkhemahan… sebelum pukul
10pagi… kami dah bertolak keluar semula ke jeti jenagor… perjalanan balik lebih
laju sebab peralatan balik kurang dengan peralatan yang dibawa masuk… terutama
dari segi bekalan makanan dan minuman… kami sampai ke jeti sebeluk pukul 12…
dah kami adalah kumpulan pertama yang sampai pada pagi itu… setelah memunggah
barang keluar dan berjumpa dengan dato’, bersalam-salaman dengan guide… kami
pun bertolak balik semula ke kl
hasil tangkapan |
geng komplot... antupancing dan acai |
ni yg bersaiz gadang |
Dalam perjalanan balik kami singgah
beli kopok lekor… lewat petang kami sampai ke Gombak… sebelum berpisah kami
bahagikan dulu hasil tangkapan… aku dapatla seplastik penuh ikan pelbagai saiz…
ikan tu aku grill je, makan cicah dengan kicap campur cili padi potong… pehhh
sedap giler…
No comments:
Post a Comment