Seperti yang aku pernah sebut dalam
race report sebelum ni… betty telah menang Most Caring Employee 2011 kat tempat
dia bekerja… hadiahnya adalah penginapan 3hari 2malam di Hotel BERJAYA Times
Square yang terletak di kawasan bukit bintang… hotel ni adalah salah satu hotel
yang famous kat area kl kerana lokasinya yang amat2 stategik (area bukit
bintang) dan bersambung dengan hotel ini adalah pusat membeli belah BERJAYA
Times Square.
Aku telah mencadangkan supaya kami
tebus baucer penginapan tersebut pada bulan januari… 7 ~ 9 januari 2012… antara
sebab mengapa aku cadangkan tarikh tersebut… pertama duit bonus aku masih ada
lagi, so boleh la nak shopping sikit… kedua, pada 8 januari aku ada acara
larian MPIB run 12k 2012 di padang merbuk, sementara aku pergi berlari, bolehla
betty dengan miza berehat2 di hotel…
Hotel BERJAYA ni taklah asing sangat
pada aku… department aku dulu dah 2 kali buat re-treat kat sini… Cuma masa tu
aku tak dapat nak menikmati sepenuhnya pengalaman menginap kat hotel ni
memandangkan banyak aktiviti dibuat dalam dewan…
Percutian kami bermula pada 7
januari 2012, hari sabtu… selepas bersarapan dan berkemas (termasuk mengemas
peralatan larian aku)… kami pun bertolak ke hotel… perjalanan Cuma memakan masa
30min sahaja… hotel ni taklah jauh sangat dari rumah aku, sekejap je dah sampai
kalau jalan tak jem… jalan jem sikit kat depan hotel… biasala jalan imbi, jem
je memanjang…
Bilik yang kami dapat besar jugak…
studio suite… selepas check-in kami bermalas2 dalam bilik hotel sambil tengok
tv… pemandangan keluar tingkap hotel boleh Nampak tapak bekas penjara pudu dan
IPK KL… dalam pukul 3, aku turun ke BERJAYA times square untuk carik makanan
untuk lunch dan beli tiket wayang untuk malam ni… suasana dalam kompleks
BERJAYA adalah penuh dengan suasana perayaan tahun baru cina dan seperti biasa
para pengunjung memang ramai dan padat…
![]() |
tarian naga |
Pada sebelah petang aku dengan miza
mengabiskan masa dengan mandi dan bersantai di swimming pool hotel yang amat
besar… lebih kurang jam 6.30 aku dan miza naik semula ke bilik hotel kerana aku
kena bersiap untuk special dinner reservation buat aku dan betty… jam 7.30mlm
aku dan betty turun ke Big Apple Restaurant untuk dinner kami berdua… miza
duduk sensorang dalam bilik hotel sambil tengok tv…
Suasana didalam restaurant memang
amat2 tenang… Cuma ada aku dan betty sahaja… layanan yang diberikan adalah amat2 ekseklusif… kami
duduk disebelah tingkap sambil menikmati pemandangan kl yang mulai bertukar
dari suasana senja masuk ke suasana malam… menurut pelayan kami, restoran ni
amat penuh untuk makan tengah hari… tetapi untuk makan malam memang tak ramai
pengunjung… aku telah memesan lamb rack untuk aku, sirloin beef steak untuk
betty dan ceasar salad… jujur aku katakan… makanan yang disediakan amat2 sedap
sekali… memang quality Top Chef… sampai licin la lamb tu aku ratah… rasa macam
nak order lagi jer… Selepas selesai dinner… aku dan betty pergi ke kompleks
BERJAYA untuk beli dinner untuk miza pula…
![]() |
antupancing nak makan |
![]() |
teman ku... |
Acara seterusnya adalah menonton
wayang… aku dah tak ingat cerita apa yang kami tengok sebab tak best sangat…
takde banyak pilihan cerita buat masa ni… tengok saja la… kalau tak, takde lak
aktiviti malam ni… Cuma disebabkan kompleks Berjaya ni besar sangat… kami
bertiga melilau mencari panggung wayangnya… turun naik eskeleter… lepas abis
tengok wayang memang dah lewat… kami terus balik ke bilik hotel, tapi sebelum
tu sempat jugak singgah kat 7-eleven kat lobi hotel beli magi segera untuk
santapan lewat malam… sampai je bilik aku terus tido sebab esok pagi nak bangun
awal…
Hari kedua percutian, hari ahad… Jam
4.30pagi aku dah bangkit balik… betty dengan miza masih tido lagi… tak tahu la
pukul brapa lak dia org tido… lepas bersiap aku terus gerak ke padang merbok…
oleh kerana masih awal lagi suasana kat hotel masih lengang lagi… untuk cerita
lanjut event MPIB run 2012… boleh rujuk race report yang aku dah post sebelum
ni… aku balik semula ke hotel dalam jam 11pagi…
Lepas sampai ke bilik… miza masih
tido lagi… aku pergi ke plaza imbi untuk belikan sarapan betty dan miza… kat
situ ada kedai mamak… kalau nak makan sarapan kat hotel… memang melampau la
mahalnya… lepas beli sarapan aku terus turun ke swimming pool… aku berenang
seround 2 dan melepak kat tepi pool rehatkan badan… pastu baru aku naik ke
bilik untuk mandi dan tido…
Lepas bangun dari tido baru rasa
segar semula badan… aku ajak miza untuk gi jalan2 dalam komplek BERJAYA times
squares dan makan tengah hari sekali… betty tak nak ikut dia nak lepak2 dalam
bilik sahaja… aku dengan miza pusing2 dalam komplek, gi tengok orang main
bowling… kami tak masuk amusement park sebab aku rasa rugi masuk dah petang…
kalau nak untung masuk dari pagi sebab bayarannya adalah per-entry… lepas penat
berjalan2… aku dengan miza menghabiskan waktu petang kami dengan berenang2 dan
lepak2 di kawasan swimming pool…
Sebelah malam pula kami sekeluarga
keluar dinner kat Kenny Rogers… lepas makan jalan2 lagi sambil shopping sikit2…
kami beli eksesori h/phone… betty tambah bling2 kat h/set dia… kami juga
singgah kat GnC… aku beli makanan tambahan baru… Optimum Nutrition Serious Mass
dan juga beberapa jenis vitamin… lepas penat pusing… kami balik dan lepak kat
bilik semula… apa yang bagus kat hotel BERJAYA ni… malam2 ada orang house
keeping datang Tanya ada apa2 barang yang kita perlukan, macam uncang teh atau
kopi… mintak je, dia orang boleh bagi…
Hari isnin… Hari terakhir percutian
kami… takde apa2 yang kami buat, lepas bersarapan (beli kat kedai mamak lagi)
kami pun check-out dan balik ke rumah… best jugak bercuti kat hotel BERJAYA ni…
lepak sungguh kami… antara yang best adalah masa makam malam kat restoran Big
Apple… lamb rack memang marvelos sekali… boleh repeat nih… swimming pool pun
best gak sebab saiznya besar… Cuma gym jer aku tak sempat nak singgah… ok,
sehingga percutian yang akan datang…
No comments:
Post a Comment