Wednesday, April 16, 2014

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2013 (SCKLM'13)


SCKLM ‘13
Jarak: 21km (Honda Half Marathon)
Kategori: Men’s open (Bib E-10781)
REP: New Balancer Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal, E-Cert
Tarikh: 29 September 2013

            Acara tahunan yang merupakan acara wajib aku untuk setiap tahun… tarikh asal adalah sepatutnya pada bulan 6 tapi ditunda kerana waktu tu keadaan jerebu adalah sangat teruk dan tak selamat kepada semula runner… sebenarnya kalau event ni masih dibuat pada bulan 6 lepas aku masih boleh join lagi sebab masa tu aku tak ke china lagi…
            REP untuk event ni aku amik sendiri sebab aku nak hadiri expo SCORE yang dibuat selari dengan pengagihan REP untuk acara ni… pengagihan REP dibuat di PWTC… semasa di expo aku tak de beli apa2 pun… Cuma aku dapat 2 pouch lengan yang aku dapat dari standard chartered bank sebab apply untuk credit card dia orang… aku dapat 2 pouch, satu aku bagi kat rini… lepas amik REP, aku simpan jer baju dan BIB sebab lepas tu aku ke china selama sebulan… buat apa aku ke china boleh baca post aku yang sebelumnya… malas nak ulang…
            Tarikh baru selepas penangguhan adalah pada bulan 9… bulan yang sama untuk larian Men’s Health… tapi aku tak kisah sangat sebab larian Men’s Health pada awal bulan… geng2 komplot untuk acara kali ni adalah ajat dan una… aku dan ajat akan berlari dalam kategori HM dan una dalam kategori 10k… pada hari event rini pun ikut sekali kami ke dataran merdeka… perancangannya adalah kami akan ke dataran merdeka dengan menggunakan perkhidmatan LRT sebab LRT start awal semperna event ni supaya memudahkan runner untuk sampai ke dataran merdeka… lagipun susah nak carik parking berdekatan dengan dataran merdeka kalau naik kete… tahun lepas aku dengan ajat jer yang join SCKLM’12… sebab tu kami boleh naik moto je ke dataran merdeka…  aku, ajat dan rini naik kereta ke sentul dan parking berhampiran apartment una… lepas regroup dengan una kami berempat bergerak ke dataran merdeka naik LRT dari stesen sentul… kami turun di stesen masjid jamek yang tak jauh dari dataran merdeka…
            Didataran merdeka setelah tukar baju dan buat senaman ringan… kami ronda2 dulu kat both penaja… untuk scklm tahun ni aku sempat mendaftar kat website Honda untuk dapatkan T-shirt percuma yang aku dah collect masa amik REP kat SCORE Expo… masa lalu kat both Honda aku tengok staff dia tengah agihkan T-shirt yang sama… aku dengan selamba pergi dan mintak sehelai… dapat lak tu, T-shirt tu aku pass kat rini sebagai saguhati sebab dia ikut sekali hari ni…
            Menjelang 6.30am aku dan ajat mula masuk ke starting penn untuk HM manakala una bergerak ke kawasan permulaan 10k yang berdekatan dengan taman tasik perdana… mana kala rini aku lepak kat area dataran merdeka… lebih kurang jam 6.40am peserta HM pun dilepaskan selepas pelepasan acara Ekiden relay… secara kasarnya larian aku kali ni dalam scklm’13 adalah lebih baik berbanding tahun lepas… yelah aku dah 2-3 kali lari HM sebelum ni pun… masa yang aku catatkan pun lebih baik dari tahun lepas… route larian tak banyak berbeza dari tahun lepas… OK la tu… ini bermakna dah ada 2 finisher medal untuk HM SCKLM…
            Sorrly la tak banyak detail masa larian yang aku boleh coretkan kerana dah lupa… lepas larian semua berkumpul balik di area air pancutan… kami lepak jap kat tepi route larian berdekatan dengan trafik light untuk tengok peserta2 yang lain yang dalam usaha nak menamatkan larian… lepas berehat seketika kami pun balikla… tunggu lama2 pun bukanya kami dapat naik podium ke… kami balik naik LRT gak ke sentul… by this time memang dah penuhla LRT dengan orang ramai… selamba jer dengan badan berpeluh tu bersesak2 dengan orang ramai dlam LRT…
            Sampai sahaja di sentul kami pun berpisah dengan una… dia terus balik ke apartmentnye… kami bertiga pula balik ke Gombak… seperti biasa singgah dulu untuk bersarapan di PapaRich sebelum balik… dah menjadi kebiasaan kami untuk singgah di PapaRich untuk bersarapan setelah abis acara larian disebelah pagi… favorite kami kat sini adalah telur ½ masaknya… bagi pendapat aku telur ½ masak PapaRich amat2 sempurna… sebab kalau makan kat kedai mamak selalunya mesti dapat telur ½ masak yang tak betul2 ½ masak… masih ada bahagian putih telur yang belum bertukar jadi warna putih… ada kenkadang tu hamper tak masak langsung… tu yang tak boleh blah tekak aku tu… Cuma kalau kat PapaRich ni guna kicap pekat manis mesti lagi KAW… kami punya selalu singgah kat PapaRich sri Gombak lepas larian sampai tokey kedai boleh kenal kami… mesti dia Tanya “baru lepas lari ka?”… tapi diskaun tak pernah nak  bagi pun…
            Waktu aku coretkan entry ni… lagi seminggu akan buka pendaftaran secara atas talian (online le tu) untuk SCKLM 2014… nak masuk scklm’14 baru nak buat race report… apa2 je la… tahun ni aku dah ajat dah tekad nak masuk FM… now or never… yang paling bangsat adalah scklm’14 clash dengan BSN PNM’14… back tu back… sabtu malam lari kat putrajaya… esoknya pagi lari kat dataran merdeka… memang takdela aku… so terpaksalah tahun ni letgo PNM… tahun depan harap2 tak buat camni lagi tau PNM dan SCKLM… buat susah orang jer… ok, sebelum aku melalut lebih jauh… jumpa lagi dalam entry yang lain…
subuh hari di dataran merdeka
tak sabar nak lari nih... bersama2 peserta HM yang lain
1/2 way
a view from a runner
all the way... my 2nd HM SCKLM medal