Tuesday, April 26, 2011

Beralih angin

aku dah kembali....
 
Rasanya setelah sekian lama senyap…. Aku berniat nak aktifkan balik la blog aku ni… sekarang dah ada perubahan sikit dari segi minat aku nih… macam lalang betul… sebelum ni aku banyak mencoret pasal aktiviti memancing aku… tapi sekarang nih aku dah kurang sangat gi memancing…. Adal a beberapa sebab musabab yang menyebabkab aku BERALIH ANGIN… 

Memancing ni bukan tak best…. Tapiiiiiii…. Dugaan nya kenkadang kuat sangat la… pertama, masa yang diambil selalunya lama sangat, paling busuk pun 3 jam minima… kos yang kena dikeluarkan setiap kali pergi memancing pun boleh tahan gak…. Yauran kolam, umpan, makanan, minuman…. Oleh disebabkan kos yang agak tinggi, so takleh la nak kuar memancing selalu sangat…. Paling kuat pun sebulan sekali…. Itupun belum tentu dapat menjanjikan hasil… kalau dapat, alhamdulillah la… kalau tak dapat, jawabnya dapat senyuman perli la dari orang rumah aku… tapi macam mana pun ni tak bermakna aku akan stop terus dari memancing dan jual semua set pancingan aku… mungkin aku akan slow sikit dan pergi memancing apabila betul2 lapang dan terasa nak memancing sangat… 

Sekarang nih aku dah ada minat yang baru…. RUNNING…. Ni pada mulanya adalah minta yang terpaksa… kisahnya, pada awal tahun lepas aku kena pergi medical check up yang company aku suruh… 2 tahun sekali agaknya…. Result dari medical check up tu…. Doctor kata yang bacaan kolestrol dalam badan agak tinggi…. So aku pun rasa pelik… badan kurus macam aku ni pun ada masalah kolesterol… doctor tu pun cakap, kebanyakkan rakyat Malaysia ni salah persepsi… kalau badan kurus tak bermakna takde masalah kolestrol… tapi lebih bahaya lagi… kerana fikir badan takde masalah kesihatan, so gaya hidup pun tak sihat langsung… takde eksesais…. Makan tak jaga…. Macam2 lagi la…. Maka doctor tu pun mancadangkan kat aku untuk melakukan senaman ringan seminggu sekali… sekurang2 kurang nya dapat memastikan badan senantiasa segar dan fit…. Ditambah lagi, dalam 2-3 bulan sebelum itu ada berita mengejutkan yang mana rakan sekerja aku tetiba meninggal dunia disebabkan sakit jantung, padahal aku Nampak dia sihat aje… so, dipendekkan cerita… aku pun mula la berjogging seminggu sekali…

Al-kisahnya…. Bermula la minat baru aku… BERLARI…. Banyak lagi nak cite nih…. Tapi pelan2 la ok…

No comments: