Monday, April 20, 2015

BERUAS – PANTAI REMIS – MANJUNG – TAIPING


BERUAS – PANTAI REMIS – MANJUNG – TAIPING

Kalau dahulu nama2 tempat diatas merupakan kawasan2 asing bagi aku.. tapi tidak lagi untuk masa kini.. sejak kebelakangan ni aku banyak juga meluangkan masa dikawasan ni.. apa yang istimewa dengan tempat2 ni…

 

BERUAS

Sekarang ni beruas mungkin bukanlah satu kawasan tumpuan.. sekarang pekan beruas hanyalah sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh kampung2 melayu tradisi dan ladang2 sawit.. tetapi jika aku x silap, beruas dahulu merupakan salah satu kawasan yang penting dalam sejarah kerajaan melayu dahulu kala.. kalau x salah aku dulu dikawasan ini ada kerajaan silam yang diberi nama Gangga Negara.. oleh sebab itu kat kawasan ini juga banyak kesan2 peninggalan sejarah.. dipekan beruas ada sebuah mizium kecil yang menceritakan hal2 ini.. walaupun aku dah beberapa kali pergi ke pekan beruas dan lalu depan mizium ni tapi x pernah singgah pun.. oleh disebabkan pekan beruas nih terletak agak jauh dari kawasan2 tumpuan dan bukanlah laluan utama, maka proses pembangunannya Nampak agak terbantut sikit… selalunya aku akan ke pekan beruas ni untuk pergi ke pasar pagi atau pasar malam.. ataupun semasa nak balik ke KL kalau ikut jalan Parit.. selalunya aku aku isi minyak kt sini dahulu.. kt pekan beruas ni ada 2 stesen minyak.. BHP dan Shell.. lebih baik isi minyak kt sini sbb setahu aku stesen minyak yang terdekat selepas pekan beruas ni adalah kt pekan Parit.. kedudukan pekan beruas ni adalah kira2 62km (1jam 10min) dari gopeng.. 53km (1jam) dari Taiping dan 47km (50min) dari lumut…

            Jalan yang selalu aku ikut untuk sampai ke pekan beruas ni adalah ikut jalan Gopeng-Parit-Beruas.. kalau ikut highway utara selatan exit kat tol Gopeng.. pastu belok kanan.. depan sikit dari RTC Gopeng belok kiri ke sri iskandar.. ikut jalan ke sri iskandar Cuma jangan belok ke sri iskandar.. terus ke Parit.. dari parit terus ke pekan beruas… jalan ni jalan lama yang agak sempit dan sunyi.. sebab tu kalau aku nak ke beruas tapi belah malam, aku tak akan ikut jalan ni.. tapi aku akan ikut jalan sri iskandar .. dari sri iskandar pegi ke changkat keruing dan ke pantai remis dan baru ke beruas.. jalannya agak jauh sikit tapi takdela sunyi dan bengkang bengkok macam jalan Parit-beruas.. lagipun kalau korang ada tengok cite drama Bercakap Dengan Jin.. episode tu kata yang tamar membesar di sekitar kawasan beruas… huhuhuuu…

 

PANTAI REMIS
 

Pekan yang terdekat dengan Beruas.. lebih kurang 23km jauhnya.. terletak dalam perjalanan dari beruas nak ke lumut.. aku selalu juga singgah di pekan pantai remis ni sebab aku rasa ianya jauh lebih besar dari pekan beruas dan lebih banyak kemudahan yang ditawarkan disini.. misalnya, di pantai remis ada hotel budjet, pasarraya dan kemudahan bank (Maybank) tetapi di beruas takde.. satu lagi yg menarik di Pantai Remis adalah jeti2 pendaratan nelayan tempatan.. kedudukan jeti2 ini agak kedalam sikit.. susah nak Nampak dari tepi jalan.. jeti2 ni jadi tempat tumpaun untuk mendapatkan bekalan makanan laut yang segar seperti ikan, udang dan ketam pada harga yg amat2 berpatutan.. jumlah bekalan ini juga bergantung kepada musim dan masa pendaratan nelayan2 ni.. kalau kita sampai sewaktu nelayan baru mendarat lebih banyak pilihan yang kita ada.. adalah dinasihatkan untuk membawa bersama bekas tahan sejuk untuk memastikan makanan laut yang dibeli boleh terus segar bila dibawa pulang.. selalunya di jeti2 ni terdapat banyak bekalan ais yang diberi percuma yang boleh kita gunakan untuk pack bersama2 makanan laut yang dibeli..

 
MANJUNG
 

Dari pantai remis.. kita langsung terus ke Manjung.. bagi aku tempat yang paling popular di manjung ini adalah Lumut.. jaraknya lebih kurang 40km dari pantai remis.. lumut merupakan perlabuhan utama untuk kita pergi ke pulau pangkor.. antara destinasi percutian pulau yang popular.. aku pernah pergi bercuti di pulau pangkor ni masa bekerja di tempat lama dulu.. aku pergi dengan kawan2 tempat kerja.. bawa family masing2 sekali.. antara aktiviti lain yang boleh dibuat di lumut ini adalah berSHOPPING.. kalau nak cari hasil2 laut seperti ikan dan sotong kering.. kt area lumut ni agak murahla jugak dan banyak pilihan.. antara barang yg aku mesti beli setiap kali singgah di lumut adalah sotong kering (yang siap boleh terus makan).. ikan bilis mata biru (memang popular kt lumut ni).. udang kering.. ikan kering bulu ayam.. kualiti barangan yang dijual disini agak bagus.. menurut mak aku la.. sebab udang kering kat sini cantik2 jika dibandingkan dibeli di KL.. antara aktiviti lain yang boleh dibuat dilumut adalah melawat kapal perang milik TLDM dan memancing di tepi pantai.. kalau nak mandi tak sesuai sangat kat lumut ni sebab pantainya x brapa cantik.. kalau nak mandi laut elok pergi ke teluk batik.. ada satu lagi tempat mandi yang agak menarik iaitu di teluk senangin.. terletak di antara pantai remis dengan lumut.. aku pernah pergi bercuti ke sana.. pantainya agak OK gak dan berpeluang melihat nelayan pantai menjalankan aktiviti mereka..

 
TAIPING
 

Sekarang kita ke utara la pulak.. Taiping merupakan Bandar besar yg dekat dengan beruas selain Ipoh.. seperti biasa Bandar besar ni ada macam2 la kemudahannya.. aku rasa kt taiping semua ada.. hospital, bank, jabatan2 kerajaan dan tempat menarik.. aku selalunya ke taiping ni untuk gi jenjalan la.. antara tempat yang selalu pergi adalah pasar malam kat Simpang Taiping (dekat dengan exit tol Changkat Jering).. taman tasik taiping.. AEON Jusco yang baru bukak tu.. taiping mall dan tesco

 

Panjangnya aku melalut… cukup lah tu.. lain kali cerita pasal benda lain la plak…

No comments: