Saturday, January 30, 2010

Mari berkelah


Antara aktiviti2 yang selalu aku buat bersama2 family aku adalah pergi berkelah… walaupun duduk di kl (atau pinggir kl)… masih ada tempat yang tak berapa jauh yang mana aktiviti berkelah boleh dijalankan… selalunya kalau pergi berkelah ni bukan family aku jer… kenkawan pun ada ikut sekali bagi memeriahkan suasana.
Kalau tempat kat area kl ni ada 2 la yang aku boleh cadangkan… itupun sebab aku dah pernah pergi. Pertama di sungai congkak. Tempat ni tak berapa jauh Cuma menghala ke hulu langat… aku pernah sewa chalet tepi sungai dah bermalam kat sana… chaletnya memang ringkas la… tapi untuk buat tidur x de masalah… kemudahan toilet ada… kalau nak mandi kat sungai la… disebabkan chalet dia betul2 tepi sungai… maka tidur malam dibuai oleh bunyi jeram… jalan nak masuk kesana pun ok… sebab tempat ni memang famous sebagai port perkelahan orang2 lembah kelang. Untuk masak memasak dan barbekiu kena bawak sendiri sebab x disediakan.
Tempat kedua adalah kat kampung kemensah (belakang zoo negara)… tempat ni aku dah pegi 2 kali… aku rasa tempat ni lebih terpencil berbanding sungai congkak sebab jalan nak masuk pun agak berliku dan sempit… aku lebih suka pergi kat sini sebab lebih dekat dengan rumah aku… kawasannya pun lagi cantik sebab ada 2 jenis kolam kat situ… kalau nak sejuk, boleh mandi sungai… pengusaha tempat tu pun ada buat macam empangan sikit… so bole la main terjun2… kelebihan kat kemensah ni plak sebab dia ada source air bukit dan kat tempat aku gi ni… pengusaha tempat tu ada buat kolam special untuk air bukit ni… air bukit ni tak sejuk sangat… rasanya suam2 kuku jer… kalau nak berendam sampai tengah malam pun bleh… kemudahan untuk masak memasak kat sini pun lebih baik sebab tokey tu ada rumah yang lenggkap dengan perbagai peralatan kat situ termasuk tandas, tv, karaoke dan bermacam2 lagi la… lagi pun tempat berkelah tu dekat dengan kolam pancing joran terjun… aktiviti kesukaan aku… hhehheheee…
Ni gambar kedua2 tempat tuh….






Friday, January 1, 2010

Ubahsuai kelisa (Rediger Kelisa)


Lama gile aku dah tak update blog nih… dari minggu ke minggu plan nak update tapi x kesampaian. Hari keje memang x dapat la… sibuk gile sejak model baru keluar dari kilang aku nih… hujung minggu pulak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti2 kokurikulum antaranya kenduri kawin… balik umah mak… gi camping (kemensah) + trip memancing… itu aku cite kemudian ok
Last time aku ade cite pasal aku plan nak bikin sikit kete aku… bukan yang dasat2… kecik2 jer… so aku dah complete buat kete aku… perubahannya:
1.       Spark plug – aku guna jenis iridium, tapi bukan denso, original toyota, ni boleh pakai setahun
2.       Air filter – aku guna washable, jenama K&N, beli kat jusco kepong (ENEOS), jaminan seumur idup nih
3.       Voltage stabilizer – plan nak pakai je PIVOT, tapi mahal sangat la… last2 pakai ZAPTOR plantinum… beli melalui internet (bro huakenny)
4.      C.A.I. (Cold Air Intake) – beli melalui internet (bro catacomb), kaizen sendri dari muncung air intake ori ke front grill
5.      Reset ecu – dapat tips dari K2OC, cabut fius EFI dan biar semalaman, aku plan nak buat 3 bulan sekali
6.      Buang carbon – guna D’Carbo, beli dari member seopis, ni pun  aku plan nak buat 3 bulan sekali
So, aku harap dengan aktiviti2 ni dapat meng UP kan kereta aku… hasilnya, memang ada perubahanla… dari segi penjimatan minyak dan pick-up kereta…
Plan nak bubuh gambar banyak2… tapi x sempat nak ambik… ni jer la yang ada…