Sunday, October 28, 2012

Konvokesyen



                Tahniah… Tahniah… Tahniah… buat ajat yang menerima skroll ijazah sarjana muda didalam bidang multimedia sewaktu majlis konvokesyen UniKL yang berlangsung di PICC putrajaya pada 6 oct 2012 tempoh hari… sebagai meraikan hari gembira tu aku sefamily pun bersama2 menghadirkan diri ke majlis berkenaan… melihat suasana majlis konvo ajat terkenang kembali majlis konvo aku yang dah berlalu hampir 12 tahun yang lepas… aku merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor… berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal… seperti ajat juga, majlis konvo aku adalah selepas aku sudah mula bekerja… oleh kerana waktu tu aku masih baru mula bekerja… terpaksalah aku mengambil cuti tanpa gaji semata2 untuk menghadiri majlis konvo aku… majlis ni juga merupakan majlis konvo pertama bagi keluarga aku… pada pendapat aku, majlis konvo ni takde la penting sangat untuk para graduan… tetapi lebih penting untuk para ibubapa dan keluarga yang telah banyak berkorban untuk melihat kejayaan anak2 atau keluarga mereka… ini adalah hari gembira mereka… perasaan bangga dan gembira pasti ada dalam hati setiap para ibubapa dan keluarga apabila akhirnya anak2 mereka berjaya mendapat ijazah masing2… mesti harapan mereka untuk anak2 mereka terus berjaya dan akhirnya dapat berbakti untuk mereka pulak dimasa2 akan datang… 
tahniah kat korang

                Mengimbau kembali majlis konvo aku 12 tahun yang lepas… aku dah tak ingat sangat la… yang aku ingat adalah sesi konvo aku adalah sebelah pagi… samada hari sabtu atau ahad aku dah tak ingat… yang pasti sehari sebelum majlis konvo kami sekeluarga berkonvoi beramai ke UTM skudai JB… turut serta dalam konvoi ni adalah betty dan maziah yang pada waktu tu masih bergelar aweks kepada aku dan hairy… pada waktu tu ayah aku guna kereta nissan sunny dan tak muat untuk kami sekeluarga + betty dan maziah… so kami pinjamla kereta paklang aku, kereta kancil… berkonvoilah kami 2 bijik kereta ke skudai… awal pagi lagi kami dah bertolak… singgah sebentar di R&R pagoh untuk makan tengah hari… di JB kami tinggal Hotel LION di Stulang… sebelah malam aku bawak betty keluar jalan2 naik kancil, waktu ni aku sebenarnya baru jer lulus lesen kereta… so bawak kereta masing goyang lagi la… kami dinner di Tmn U… esoknya pagi lagi aku dah bersiap dengan mak bapak aku… adik beradik aku yang lain masih tido lagi… kami gerak dulu sebab aku kena masuk dewan sebelum pukul 8… adik beradik aku yang lain akan datang dengan hairy…
                Selepas lebih kurang 4 jam majlis penyampaian ijazah pun berakhir… habis majlis kami pun ambil kesempatan untuk bergambar ramai2 dengan kenkawan sepengajian… aku terima satu jambangan bunga besar dari betty… aku juga bergambar dengan semua kaum keluarga aku yang datang… pada sebelah petang kami berehat2 di hotel… masing2 kepenatan… pada sebelah malamnya kami semua keluar makan di pantai lido… aku la yang belanja… maklumlah dah kerja kan… kami semua balik pada keesokkan harinya sebab malam tu jugak nak kena pulangkan kereta kancil pak lang aku… perjalanan balik kami ikut jalan lama sebab banyak tempat nak kena singgah… antara tempat wajib yang kena singgah adalah air hitam… sebab mak aku nak carik pasu… muar sebab nak makan mee bandung dan melaka, lepak2 kat A’ Famosa… malam baru kami sampai semula di kl… itu lah kisah perjalanan konvo aku lebih kurang la…
                Berbalik kepada cerita konvo ajat… aku betty dan miza keluar dari rumah lebih kurang jam 8 pagi… mak, abah ajat dan rini dan gerak dari bukit beruntung jam 4.30pagi… dia orang nak kena sampai awal sebab ajat nak kena masuk dewan kul 8pagi… perjalanan lancar ke putrajaya dengan menggunakan lebuhraya MEX… sebab aku dah selalu pergi putrajaya, maka takde masalah lah nak cari PICC… kami sampai dalam jam 9pagi… nasib baik kami gerak awal, dapatlah parking kereta dalam PICC… kalau lewat sikit konfom kena parking kat luar… di PICC kami berjumpa dengan rini yang tunggu kat luar dewan sensorang… mak, abah dan ajat dah lama masuk kedewan… rini kata nasib baik kami datang… kalau tak mati kutu la dia tunggu sensorang kat luar dewan… sebagai tanda cenderamata miza belikan untuk ajat sebuah anak patung beruang… dia pun beli jugak anak patung beruang yang kecik berbentuk key chain… sebab miza memang suka kumpul key chain… dekat beg sekolah dengan beg kumon dia berlambak key chain bergantungan…
                Sementara kami duduk menunggu majlis konvo ajat tamat… kami pergi minum dahulu di cafetaria PICC… kami duduk di balkoni café berlatar belakangkan pusat pemerintahan putrajaya sambil minum air the tarik dan makan karipap dan kek… dari sini sayup2 kelihatan pejabat perdana menteri dan jalan lurus yang menghubungkan PICC dengan pejabat perdana menteri… jalan ini juga merupakan route LSD kegemaran aku dan ajat yang mana jarak satu putaran lengkap adalah melebihi 10km… pemandangan dari balkoni ni memang cantik sebab boleh nampak hotel Pullman, tasik2 putrajaya dan banggunan2 kerajaan di putrajaya… aku rasa kedudukan PICC yang terletak atas bukit menyebabkan kita boleh nampak view yang cantik ini… lama kami lepak di sini sambil berborak sebab walaupun cuaca panas tapi ada tiupan angin yang sepoi2 bahasa…
                Bila menjelang tengah hari… makin ramai orang yang datang ke café… ini disebabkan graduan2 diploma dan keluarga2 mereka telah mula sampai untuk sesi konvo mereka yang akan bermula pada sebelah petang… kami pun dah mula merasa segan sebab duduk lama sangat kat café ni… walaupun air dah lama habis tapi tak gerak2 lagi… orang ramai dah mula berlegar2 nak carik tempat duduk sambil bawa tray makanan… kami pun berpindah duduk kat satu kawasan lapang dibawah eskalator untuk naik ke dewan… kami pun tunggu disini sambil melihat orang lalu lalang… satu keistimewaan kat PICC ni adalah ada kawasan taman hijau yang terletak didalam banggunan PICC… ini memberikan gambaran segar kepada persekitaran dalaman PICC… aku dengan miza berlegar dalam kawasan taman hijau ni…
kebanggaan mak & abah

senantiasa berlari

insyaallah
 
                Setelah lama menunggu… majlis konvo ajat pun tamat dan para ibubapa dan graduan ijazah sudah mula keluar dari dewan… yang pertama aku nampak adalah mak dengan abah… ini merupakan konvo yang ke-3 bagi mereka… yang pertama konvo ijazah aku, yang kedua konvo diploma ajat dan ini adalah yang ketiga konvo ijazah ajat… setelah hampir 10minit ajat pun sampai di tempat kami berkumpul dengan kawan dia Una… miza pun berilah kepada ajat patung beruang yang dia beli awal tadi… kami ambik kesempatan dengan bergambar dengan ajat… waktu ni kawasan persekitaran dewan penuh sesak dengan para graduan dan para keluarga masing2… mereka yang terima ijazah sibuk bergambar dengan keluarga masing2… dan yang nak terima diploma pulak tengah menunggu masa nak masuk ke dalam dewan… oleh kerana masa pun dah masuk tengah hari dan memasing pun dah mula lapar… kami decide untuk keluar makan… nak makan kat café ramai sangat orang… aku keluar dulu sementara ajat pergi pulangkan jubah dan ambil transkrip ijazahnya… kawasan kat luar dewan penuh sesak dengan kereta yang parking tepi jalan… biasalah, graduan yang terima skroll sorang jer… yang menghantar sampai 2-3 biji kereta… kami berpusing2 di presint 9 untuk mencari tempat makan yang sesuai tetapi dah penuh… last2 ajat bawa kami makan di presint yang lain… aku tak ingat presint apa tetapi kawasan tu macam pekan yang kecil la dalam putrajaya… makan makan di sebuah restoran yang bernama restoran Bonda… makan kali ni ajat pula yang belanja… selepas makan kami pun berpecah sebab abah, mak, rini dan ajat nak balik ke bukit  beruntung… aku pula nak balik ke Gombak… aku amik kesempatan untuk carik jalan lain balik ke Gombak… aku keluar ikut pintu 1 putrajaya tembus ke sungai merab… dari sungai merab aku menuju ke Bandar baru bangi… dari Bandar baru bangi baru aku masuk highway PLUS dan exit di tol sungai besi… itulah kisah perjalanan aku ke konvo ajat…

No comments: