Sunday, October 14, 2012

Langkawi 2012 (Bah. 2)


Ni bahagian kedua....
 
                Selepas selesai tour geng kuantan dan geng kl berpecah kerana geng kuantan nak pergi carik ikan bilis manakala geng kl nak pergi beli minyak gamat… kami pun bergerak ke emporium Nusantara yang menjual pelbagai produk berasaskan gamat dan herba… nusantara di terletak ditepi jalan highway berdekatan dengan kampung ayer mata arah ke padang mat sirat… kat sini pelbagai jenis herba dan produk gamat boleh dibeli… seperti biasa kami borong minyak gamat, minyak panas gamat, ubat batuk gamat dan kayu untuk resdung… aku juga belikan boss aku losyen gamat susu kambing… aku tak beritahu sesiapa pun kat opis aku yang aku nak ke langkawi… malas nak ambil kiriman2… dekat nusantara ni jugak kita boleh tengok bagaimana gamat dimasak untuk dijadikan minyak… sebab ada 2 kuali besar minyak gamat sedang dimasak… setelah puas bershopping di nusantara kami bergerak balik ke sweet inns…
                Sebelah tengah hari hingga ke petang kami habiskan masa di jalan pantai chenang… kami pergi ke duty free shop bersebelahan dengan underwater world… borong cokelat lagi… kali ni miza pulak yang borong sebab dia dah kumpul seratus lebih dari duit belanja sekolah dia untuk bershopping di langkawi… miza beli cokelat dan key chain untuk diberikan kepada kengkawannya… untuk makan tengah hari kami lunch di McDonald bersebelahan dengan kedai duty free tersebut… petang tu geng kuantan akan balik… flight dia orang pukul 6.30ptg… sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik ayong terpaksa bawa waja sekali ke airport… petang tu juga aku dengan miza ambil kesempatan untuk berjalan2 di tepi pantai chenang… kami tak mandi pun sebab dah agak lewat… miza kumpul kulit cengkerang siput disepanjang pantai… kat pantai ni ramai la mat salleh yang bersantai2… kat sini boleh gak  mandi2, main pasir… water sport pun banyak gak… bagi pendapat aku masalah jugak kalau kat pantai banyak sangat operator water sport terutama yang menggunaka speed bot dan jet ski sebab boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung pantai yang lain seperti di pantai pasir bongak, pulau pangkor… sesetengah pengusaha water sport ni terlalu nak carik keuntungan tanpa memikirkan keselesaan dan keselamatan pengunjung pantai yang lain… kelebihan pantai chenang ni adalah kawasan pasir pantainya adalah luas dan bersih… pasirnya pun halus… aku bercadang untuk keluar berjogging di tepi pantai pada hari pagi esoknya… 
cantik kannn

bersantai di tepi pantai

                Sebelah malamnya jalan pantai chenang menjadi meriah sebab malam ni ada perarakan menyambut Hari Malaysia… ada motor besar, ada yang berbasikal, motor kapcai, roller blader, pasukan beruniform dan pakaian tridisional… orang naik kuda pun ada… sambil melihat perarakan kami berjalan2 disepanjang jalan pantai chenang mencari cenderahati… aku beli seutas rantai yang ada batu polish dan miza beli key chain dawai berbentuk namanya NURSYAFIQAH… aku juga ada beli basic t-shirt I LOVE LANGKAWI dan selipar jepun warna hijau terang… baru sesuai dengan suasana pantai… aku kalau pergi melancong ke mana2 mesti nak cuba beli basic t-shirt yang tertulis I LOVE (nama tempat)… untuk makan malam pula kami makan kat kedai pizza kat depan jalan nak masuk ke sweet inns… lepas penat berjalan2 sambil cuci mata disepanjang jalan pantai chenang kami pun balik ke sweet inn tido… sebelum tido aku kemas dulu beg2 kami… masa datang Cuma 2 beg jer… sekarang dan jadi 3 beg… kami memang dah mengjangkakan perkara ini akan berlaku sebab tu bawak beg extra… 1 beg pakaian, 2 beg galas… penuh berisi cokelat dan produk gamat… harap2nya tak melebihi berat 20kg untuk luggage check-in… kalau lebih nanti kena bayar extra… 


perarakan di pantai chenang

perhhh... pekak agaknya mamat ni

                Esok paginya aku bangun awal dan pergi berjogging di sepanjang pantai chenang… jarak pantai chenang ni takde la jauh sangat… so, aku decide untuk buat speed work… tak sampai 1/2jam aku dah selesai tawaf pantai chenang… selepas berjogging kami bersarapan di café sweet inns… flight kami pada pagi ni adalah pada pukul 11.30am… sekurang-kurangnya jam 10.30 dah sampai ke airport… pukul 10pg kami check-out dari sweet inns… perjalanan dari sweet inns ke airport Cuma lebih kurang 20min shj… kereta sewa aku tinggalkan kat airport kerana en. Zikri tak dapat nak datang untuk ambil kereta sebab ada urusan di jeti… selepas check-in luggage kami lepak2 area airport sambil mencuba kerusi urut… rm1 untuk 3minit… proses boarding tiada masalah… lancar… termasuk perjalanan balik ke lcct… kapal terbang mendarat di lcct dalam jam 12.30t/hari…
                Aku ambil kereta yang aku tinggal do kawasan parking C… kosnya adalah rm61… kalau nak murah lagi boleh parking di area D… kalau tak salah aku Cuma rm16 sehari… tapi lokasinya agak jauh dan kawasan parkingnya tidak bertar… perjalanan balik ke rumah semua bantai tido sebab keletihan… itulah cerita percutian aku ke Langkawi… yang pasti akan diulang lagi pada masa yang akan datang….
                Untuk sesiapa yang nak ke langkawi boleh menghubungi no. ini urusan penginapan dan kereta sewa… kereta sewa en. Zikri 0194468697… Kak Nooraini 0175208650… sweet inns 049558864… selamat bercuti…
Sweet Inns

No comments: