Thursday, November 2, 2017

Hulu Selangor 30K 2017


Hulu Selangor 30K 2017

Jarak: 10km

Kategori: Men Veteran

Tarikh: 14 May 2017

Lokasi: Kuala Kubu Bharu

         

          Satu lagi larian yang aku sertai yang berdekatan dengan rumah aku.. yang pasti larian kali ni ada satu kejutan yang aku buat.. hahahaa.. Hari Ini Dalam Sejarah.. larian kali ini disertai oleh seluruh ahli keluarga aku termasuk ajat dan Pak Teh.. aku dan ajat masuk acara 10k.. Ana, Miza, Sufi dan Fateh masuk acara 3k.. yang paling dasat adalah Pak Teh.. dia masuk 30k.. Pak Teh kata dia masuk kategori 30k sebagai latihan dia nak berlari Full Marathon x lama selepas acara ni..

          Acara ni akan berlangsung pada hari Ahad.. so Pak Teh datang bermalam kat rumah mak aku pada sabtu malam.. Pak Teh keluar lebih awal keesokkan paginya sbb acara dia akan dilepaskan terlebih dahulu.. ajat dia keluar dengan Pak Teh sbb dia tumpang kereta pak teh..

          Acara ni bagi pendapat aku dibuat dengan baik dan santai sahaja.. acara dilepaskan secara berperingkat dengan dimulai jarak 30k.. 10k dan 3k.. aku berlari dengan baik disepanjang larian kali ini.. ajat yang telah mempertingkatkan latihan larian dia sejak akhir2 ni telah terlebih dahulu kehadapan.. kali ini aku bertekad untuk berlari pada pace yang lebih kosisten disepanjang larian.. boleh dikatakan aku mengekalkan pace yang baik bermula dari awal larian hinggalah ke jarak 5km kerana pada ketika ini kami dihidangkan dengan satu bukit yang mencanak2 tingginya.. itu sahaja bukit yang aku jumpa sepanjang larian .. selebihnya adalah jalan rata sahaja..

          Dalam 2km yang terakhir.. aku mula berlari pada pace yang agak laju.. itulah bentuk latihan yang aku amalkan sejak kebelakangan ni.. bermula dengan pace yang perlahan dan diakhiri dengan pace yang laju.. tanpa disangka2 bila aku melintasi garisan penamat aku diberikan sekeping kertas yang menunjukkan aku adalah pelari yang ke empat yang tiba untuk kategori aku.. terkejut gile la aku.. ini adalah sejarah baru bagi aku.. pertama kali aku dapat naik podium sepanjang penglibatan aku dalam dunia larian ni.. masa yang aku catatkan adalah 1jam 17min.. bukanlah masa yang terbaik aku untuk jarak 10k.. tapi inilah yang dikatakan rezeki.. salah satu factor penyumbang kepada kejayaan ini adalah tak ramai pun peserta dalam kategori men’s veteran 10k ni.. hehee.. ajat walaupun habis lebih awal dari aku masih x dapat menduduki top 10 bagi kategori dia.. medal yang dapat untuk larian kalini pun cantik.. ada warna biru dan putih..

          Selepas garisan penamat aku disambut oleh Ana, Fateh, Miza, ajat dan Sufi.. mereka2 ni dah terlebih dahulu sampai.. Ana Berjaya menamatkan larian 3k dia dalam masa menghampiri 1jam.. katanya larian kali ni agak sukar kerana terpaksa melalui beberapa bukit yang agak tinggi.. selalunya aku akan terus balik lepas larian.. malas nak tunggu lama2.. tapi kali ni kena la aku tunggu sebab nak amik hadiah la katakana.. heheheee..

          Majlis penyampaian hadiah agak lewat.. aku pun tak berapa pasti apa masalahnya.. tetapi majlis berjalan dengan lancar.. alamdulillah, merasa juga aku naik podium.. hadiah yang aku terima Cuma hamper jer.. hadiah wang tunai sampai no 3 jerr.. lepas terima hamper kami pun gerak balik.. hari pun dah semakin panas..

          Itulah kisah aku untuk acara yang penuh bersejarah ni… bila la agaknya aku dapat naik podium lagi.. insyaallah kalua ada rezeki lagi dimasa akan datang.. sekian..
ini buktinya

naik podium.. walaupun xde podium.. hehe
cantikkan medalnya..
kami yang berlari kali ini..
mascot tahun melawat hulu Selangor 2017.. tapir rasanya..
pak the selamat sampai.. dh panazzz
tahniah pak the.. 30km tuuu
terima kasih.. Alhamdulillah..

No comments: