Wednesday, November 29, 2017

Siakap 2.2




Dah lama kan tak cite pasal kisah memancing.. walaupun aktiviti larian dah menjadi aktiviti utama aku buat masa ni.. tapi dari masa ke semasa aku masih lagi berminat nak pergi memancing.. peralatan memancing aku pun masih lagi dalam keadaan yang baik .. kalau aku ada kesempatan memang aku belek2 balik peralatan2 memancing aku.. buat masa ni aku pairingkan rod Browning aku dengan kili Daiwa aku yang dah lama x guna.. kili Abu Garcia aku simpan dulu.. kang kalau lama tak pakai takut rosak pulak.. untuk kili daiwa tu aku pakai tali halus 18pound.. saje je nak rasa trill lawan ikan pakai tali kecik.. buat masa ni tak mengecewakan lagi la.. aku pun baru beli tool box baru.. besar sikit dari tool box yang lama.. kalau dulu kalau aku pegi mancing.. mesti bawa 1 beg galas, 1 tool box dan fishing rod la.. sekarang ni aku Cuma bawa 1 tool box dengan fishing rod je.. dalam tool box baru ni semua muat..




          Lokasi memancing pulak..buat masa ni aku suka pegi kolam mancing dekat ampang pecah.. kolam ni ada 2 kolam.. satu kolam air tawar dan satu lagi kolam air masin.. 2-2 kolam aku dah try dah .. ok jer..

          Baru2 ni ada la kesempatan aku untuk pergi memancing setelah sekian lama menggantung joran.. satu petang masa aku bercuti dan kat rumah ada Ana dan Fatih sahaja.. aku saja melontarkan idea untuk pergi memancing dan Ana setuju.. sebelum ni pun aku pernah bawa Ana pergi memancing di kolam ampang pecah ni dan juga kolam heritage di hulu yam.. dalam jam 4 ptg aku, Ana dan Fatih bergerak dari rumah menuju ke ampang pecah.. masa perjalanan dari rumah aku ke kolam ampang pecah Cuma mengambil masa 15min ikut pekan Rasa.. dalam jam 4.30ptg kami sudah pun mula memancing..

          Kali ni aku Cuma pakai umpan potongan ikan sardine yang aku beli kt kedai acheh masa on the way nak datang kolam.. malas nak casting sbb memikirkan ada Ana dan Fatih sekali.. kalau aku casting udang, aku xde masa nak berborak dan melayan karenah Fatih.. dalam 1/2jam selepas melabuhkan umpan.. aku mendapat sentapan pertama dan Berjaya menaikkan seekor siakap bersaiz sedang..

          Labuhan umpan sardine potong yang seterusnya juga disambar ikan dalam masa 30min selepas itu.. maknanya pada hari itu umpan sardine memang amat2 berkesan sekali.. ikan yang kedua juga bersaiz sedang.. ikan yang ketiga aku dapat daratkan dengan umpan sardine potong juga bersaiz sedang.. semuanya dalam selang masa 30min.. disebelah kanan aku ada brader juga memancing menggunakan umpan ikan potong.. dia juga kerap menaikkan ikan siakap.. disebelah kiri aku aku memancing menggunakan casting udang hidup.. sepanjang masa aku memancing dia belum berezeki lagi untuk menaikkan ikan.. tapi semasa memancing tu dia ada cakap kat aku yang cuaca yang agak panas ni sesuai juga umpan ikan potong sebab lebih BERBAU.. tapi bila aku offer umpan ikan sardi aku kt dia xnak cuba guna pulak..

          Trip pada hari itu aku tamatkan setelah 2jam masa memancing.. aku terpaksa gerak balik sebab dalam jam 6.50ptg sufi akan balik dari sekolah.. jumlah tangkapan pada kali ini ada 3 ekor siakap bersaiz sedang.. sebelum balik aku upah pekerja kolam untuk menyiang ikan terlebih dahulu.. senang sikit supaya balik nanti tak payahlah aku nak kena siang.. seekor ikan aku beri pada Mak dan Abah..

 

          Hari Ahad lepas aku berpeluang sekali lagi untuk pergi memancing.. kali ni aku pergi dengan Abah pula.. Ana x dapat nak ikut sebab menjaga ibunya yang sedang pulih dari pembedahan jantung yang berehat di rumah aku.. trip kali ni pun belah petang juga.. kami mula memancing dalam jam 4.30ptg dan juga menggunakan umpan sardine potong..

          Kali ni umpan sardine potong aku tak mengecewakan.. selepas 30min melabuhkan umpan tali pancing aku dilarikan ikan.. daya tarikannya agak kuat juga.. bimbang pula tali 18pound aku terputus.. akhirnya aku Berjaya menaikkan seekor siakap seberat 2.1kg..  kira saiz besar la tu.. selang 30min selepas tu giliran pancing Abah pula ditarik ikan.. kali ini perlawanannya lagi sengit dan alhamdulillah Abah menggunakan kili Shimano yang aku hadiahkan kat Abah.. maka abah pun dapat mendaratkan seekor siakap 2.2kg .. lebih besar dari yang aku daratkan..

          Selepas itu keadaan menjadi agak senyap Cuma ada belaku near miss sekali untuk aku dan sekali untuk Abah.. pada masa ni kolam semakin ramai pengunjung.. termasuk 2 orang budak kilang aku yang masuk untuk memancing di kolam air tawar.. dalam kira2 jam 7ptg.. pancing aku sekali lagi Berjaya mengumpan ikan.. seekor siakap bersaiz 2kg Berjaya aku daratkan.. trip pada kali ini aku tamatkan pada jam 7.30ptg dengan tangkapan 3 ekor.. ikan tangkapan Abah seberat 2.2Kg aku daftarkan untuk pertandingan Jackpot.. manalah tahu ada rezeki..

          Alhamdulillah aku amat2 berpuas hati dengan trip kali ni.. sehingga ke trip yang akan datang ea.. wassalam
Fatih.. Kecik lagi dah tunjuk tokoh..

No comments: