Thursday, December 21, 2017

SCKLM 2017


SCKLM 2017

Jarak: 21km

Kategori: Men Veteran

Tarikh: 21 May 2017

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Duration: 2jam 55min

Pace: 7:47Min/Km

          Acara wajib pada tahun ini dibuat lebih awal dari biasa.. sebelum bulan ramadan bermula dan merupakan larian terakhir aku sebelum Ramadhan.. setup untuk acara pada tahun ni adalah seperti tahun lepas juga.. kami semua menginap di Hotel Swiss.. aku satu bilik.. mak dan abah satu bilik.. rini satu bilik dan ajat satu bilik..

          Perjalanan kami mulakan pada hari sabtu.. seperti biasa kami terus ke hotel dahulu untuk check-in.. REP collection pada tahun ini dibuat di KL convention center.. so lepas check-in di hotel kami pergi pula ke KLCC naik LRT.. di KLCC aku ambil race pack seperti biasa dan juga collect baju Honda HM.. khas untuk peserta HM sahaja yang buat contest Honda online sebelum REP collection.. xda apa lagi yang aku beli kat race expo kali ni.. asalnya nak tengok2 baju BROOKS khas semperna SCKLM’17.. tapi sebab punyalah ramai umat masa kat expo.. rimas aku jadinya.. last2 lepas amik baju larian dan baju Honda.. kami pun beredar dari convention centre menuju ke suria KLCC.. nak carik makan tengah hari..
Perjalanan Bermula

Makan T/Hari Di KLCC


          Pada mulanya nak buat tradisi macam biasa.. mkn tgh hari di restoran Insaf jln TAR.. tapi disebabkan kesuntukkan masa dan takut bila kami dah berpatah balik ke jln TAR.. makanan kt restoran Insaf pun dah abis.. maka kami ambil keputusan untuk makan kt Suria KLCC je.. kali ni aku memilih untuk makan Kyros Kebab.. kenapa aku pilih Kyros kebab sebab Kyros kebab ni dah tak banyak outletnya.. dalam2 banyak2 kebab yang aku pernah makan.. aku rasa Kyros kebab adalah yang terbaik.. lepas makan kami berpatah balik semula ke hotel.. sampai di hotel, hari pun dah lewat ptg dan kami berehat di bilik masing2..

          Pada sebelah malamnya kami keluar nak cari makan mlm.. seperti yang telah dijangkakan.. restoran insaf dah tutup.. ni mesti sebab makanan dah abis sbb ramai pengunjung belah siangnya.. kami pergi pula ke tapak pasar mlm jln TAR.. nak tengok apa yang ada.. Nampak gaya xde yang menarik pun.. pada masa ni kami dah berpecah kepada 2 kumpulan.. kumpulan pertama.. mak, abah dan ajat menuju ke semua house.. manakala aku, ana dan rini terus menyusuri pasar mlm jln TAR hingga ke hujung berdekatan dengan masjid india.. malangnya kami x jumpa makan mlm yang kami cari.. last2 kami ambil keputusan pergi makan McD sahaja.. lepas mkn McD, kami pun balik ke hotel.. singgah jap kt 7E beli sedikit keperluan.. malam tu setelah buat semua persiapan untuk larian aku pun masuk tido awal.. kul 4 dah nak kena bangun..

          Lebih kurang jam 4 pagi aku pun bangkit dan bersiap.. dan lebih kurang jam 4.30pgi.. aku dan ajat dan bergerak menuju ke dataran merdeka yang hanya terletak bersebelahan dengan hotel Swiss ni.. Nampak gaya acara larian paling grand di Malaysia ni tak pernah Nampak kekurangannya dari pandangan mata aku.. lengkaplah.. ni antara sebabnya aku pasti akan kembali ke acara ni saban tahun.. kami berlegar2 di kawasan datarn merdeka sambil buat senaman dan regangan ringan sambil memerhati keadaan sekeliling yang masih gelap tetapi amat2 meriah.. kami juga mengambil kesempatan bergambar bila diminta untuk posing oleh sukarelawan acara ni..
Bergambar Sebelum Berlari

Pagi Di Dataran Merdeka



          Jam menghampiri 5.30pagi.. aku dan ajat sudah berada dalam starting pen bersama2 ribuan pelari yang lain menantikan saat pelepasan.. tepat jam 5.30pagi kami pun dilepaskan.. maka bermulalah jurney aku untuk SCKLM pada tahun ni.. bagi aku pengalaman berlari dalam event SCKLM ni unik.. walaupun ini adalah kali ke 7 aku menyertai SCKLM.. perasaan untuk setiap larian adalah berbeza.. menjadi sebahagian dari ahli acara yang ulung ni sangat2 memuaskan hati.. aku Berjaya menamatkan larian setelah 2jam 49min.. kira ok la tu sbb masih sub 3hr..
Dalam Starting Pen


10K.. AKLEH Highway

10K

Tahniah Kepada Aku


          Selepas larian dan sesi bergambar di tepi kolam air pancut.. seperti biasa.. kami pun bergerak balik ke hotel.. aku berehat sekejap.. lepas tu terus mandi.. lepas mandi aku tido sekejap.. bangkit balik bila jam menghampiri kul 12.. lepas berkemas kami pun check out hotel.. sebelum bergerak balik kami pergi dulu lunch kat restoran INSAF.. semalam x dapat kan.. so hari ni baru dapat.. mana lengkap perjalanan SCKLM tanpa makan di restoran INSAF.. kami balik menaiki LRT..
Sesi Bergambar

Senyum..


          Begitulah lebih kurang perjalanan untuk SCKLM’17.. tahun depan SCKLM’18 dengarnya akan dibuat lebih awal.. dalam bulan April.. jumpa disana nanti yea..

No comments: