Thursday, December 28, 2017

Ipoh 7 Bridges Run 2017


Ipoh 7 Bridges Run 2017

Jarak: 10km

Kategori: 10km Men Veteran

Tarikh: 30 July 2017

Lokasi: Kinta Riverfront, Ipoh

Duration: 1jam 11min

Pace: 7:04Min/Km

          Kiranya percubaan pertama aku untuk larian luar kawasan.. kenapa aku memilih ipoh.. sbb kakak Ana ada kat ipoh.. so bolehlah kami menumpang tempat tido.. ini adalah larian pertama selepas sambutan hari raya aidilfitri.. kami sekeluarga mula bergerak ke ipoh pada pagi sabtu 29 July.. perjalanan ke ipoh dari bukit beruntung melalui lebuhraya utara selatan xde la lama sangat.. lebih kurang 2jam sahaja dengan pemanduan santai.. setibanya di ipoh.. kami terus bergerak ke Kinta Riverfront yang terletak di dalam kawasan taman D.R. Seenivasagam (D.R. Seenivasagam adalah singkatan kepada Darma Raja Seenivasagam; pengasas kepada parti politik PPP; taman ini dinamakan atas nama beliau sebagai penghormatan sumbangan beliau; sebelum itu taman ini dikenali sebagai taman Coronation) untuk buat REP collection.. kalau kat ipoh ni org panggil taman DR sahaja.. selepas collect REP baru kami bergerak ke rumah kakak Ana yang berdekatan dengan markas tentera udara ipoh..

          Pada sebelah petang kami keluar berjalan2 ke Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih popular dikenali oleh org2 ipoh sebagai padang polo.. aku tak buat aktiviti larian sebab nak simpan tenaga untuk larian esok paginya.. aku sekeluarga Cuma berjalan2 dan bermain2 di kawasan padang sahaja.. ramai juga orang yang berjogging dikawasan padang polo ni.. aku x abis keliling pun padang polo ni.. Cuma berlegar2 kat kawasan datarannya sahaja.. sebelum balik ke rumah kami keluar untuk makan malam dahulu..




Miza dan sepupunya.. lepak di padang Polo

Padang Polo

Padang Polo, Ipoh
 

          Keesokkan paginya kami keluar awal.. kali ni yang ikut adalah Ana, Fateh dan adik Ana.. miza dan sufi masih tido lagi sewaktu kami bergerak keluar.. sewaktu kami menghampiri jalan menuju ke taman DR.. jalan telah ditutup sebab selain dari acara 10k.. larian hari ini juga mempertandingkan acara 21k yang telah dilepaskan lebih awal lagi.. aku Cuma ikut panduan yang diberikan oleh Google Maps sahaja.. terpaksalah aku meminta arah panduan jalan untuk masuk ke taman DR tanpa memelalui jalan yang ditutup kepada abg polis trafik yang menjaga lalu lintas.. malangnya jalan baru yang ditunjukkan oleh abg polis tadi pun ditutup.. maka sekali lagi aku meminta jasa baik abg trafik yang menjaga jalan yg ditutup itu utk beri laluan kepada aku.. pada mulanya abg trafik tu tak nak kasi aku lalu sbb dia kata jalan ditutup sbb ada acara larian.. tetapi setelah aku bagitau yang aku pun sertai acara tersebut dan menunjukkan BIB aku.. baru abg polis tu bagi jalan.. kami parking kereta dalam kawasan taman DR..
dihadapan Kinta Riverfront Hotel


Fateh, Ana, Adik

Teman abah pagi2..


          Dari taman DR kami berjalan ke hadapan hotel Kinta Riverfront dimana acara akan dilepaskan.. acara dilepaskan mengikut masa yang telah ditetapkan.. gambar di bawah adalah pencapaian aku untuk larian kali ni.. kira ok jugak tu.. x ramai peserta dalam kategori aku.. Cuma 100 org sahaja..
Antupancing.. On The Route

pencapaian aku.. alhamdulillah


          Setelah larian aku tamat.. kami berlegar2 dikawasan penamat sambil melawat gerai2 yang disediakan.. antara ole2 yang kami beli adalah pouch pinggang baru untuk aku dan beberapa botol air durian belanda yang fresh lagi kaw.. disamping itu aku ada juga kedengaran beberapa berita kurang enak iaitu kehabisan medal dan finisher T untuk kategori HM.. pada pendapat aku perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana jumlah peserta telah diketahui oleh panganjur sebelum acara larian dijalankan.. tapi x tahulah ada pihak yang songlap pulak.. selepas puas berjalan2 kami pun bergerak balik..

          Sebelum sampai ke rumah kami singgah dulu di klinik kesihatan greentown sbb Mak Ana ada buat rawatan kaki luka disini.. oleh kerana proses rawatan tu mengambil masa yang agak lama.. Ana minta aku balik dahulu kerumah untuk berehat.. dia akan balik bersama Kakak, Adik dan Mak nanti.. oleh kerana aku gak kepenatan.. aku balik la dulu dan berehat (tido)..

          Kami mula bergerak balik ke bukit beruntung pada sebelah petangnya.. kali ni Adik Ana dan Mak ikut sekali kami ke bukit beruntung.. kami singgah makan malam di D’ Sarang Hub di Tanjung Malim.. D’Sarang Hub ni adalah restoran makanan milik mamat khalid; pengarah yang terkenal tu.. yang aku suka makan disini adalah Chicken Grill.. sedap sekali.. susun atur restorannya pun unik dan amat2 santai sekali.. kalau bernasib baik mungkin boleh berjumpa dengan Mamat Khalid sendiri.. selalunya dia ada sahaja di restoran ini.. kebetulan sewaktu aku singgah makan disini, Mamat Khalid ada.. sebelum balik kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau.. tapi aku xde pula gambarnya sebab bukan ambil pakai h/phone aku.. begitulah ceritanya..
Makan di D'Sarang Hub, Tg Malim

Antupancing dan Miza

No comments: