Saturday, November 3, 2012

BSN Putrajaya Night Marathon 2012 (BSN PNM 2012)



Tempat Mula/Tamat: Hadapan Palace Of Justice, Putrajaya
Kategori: Lelaki Terbuka (21km, HM)
Race kit: BROOKS running vest, BIB (F2877), Timing chip
Post-race: Goodies Bag, Finisher ‘T’, Finisher Medal, Certificate
Tarikh & masa : 20 October 2012, 8.20pm
            Dah tahu buat jugak… amik kawwww… itulah yang berlaku kepada aku semasa larian kali ni… ini lah laporan lengkap larian tersebut… larian PNM pada tahun ni ditaja oleh Bank Simpanan Nasioanal seperti tahun lepas juga… pada tahun ni aku upgrade dari 10k ke HM… motivasi utama aku untuk berlari HM dalam PNM kali ni adalah untuk mendapatkan Finisher ‘T’ yang sangat2 esklusif itu… Finisher ‘T’ ni jarang diberi dalam larian… Cuma larian jarak jauh jer yang selalu dapat finisher ‘t’ nih, terutama FM… dalam koleksi aku sekarang Cuma ada 1 sahaja finisher ‘t’ ni iaitu finisher ‘t’ untuk Energizer Night Race 2012… motivasi finisher ‘t’ ini juga mendorong ajat untuk sertai PNM pada tahun ni dan juga berlari dalam kategori HM… tahun lepas ajat tak masuk PNM… dia temankan aku aje ke event tu… tahun ni ajat masuk dan tarik kengkawan dia sekali masuk… tapi kenkawan ajat tu masuk event 5k sahaja…
            Preparation aku untuk PNM kali ni lebih teliti sebab melibatkan larian malam yang juga pada jarak yang jauh… aku masukkan pengambilan ORS dalam diet aku kali ni… aku mula ambil ORS 3 hari sebelum event… pengambilan ORS adalah untuk mengelakkan terjadinya masalah cramp sewaktu larian nanti… Cuma aku tak dapat nak buat latihan LSD pada waktu malam sebelum event kerana ada hal2 yang tak boleh dielakkan berlaku seminggu sebelum PNM… setelah mengambil kira faktor larian malam dan route putrajaya yang pasti mencabar, target aku untuk larian pada kali ni adalah 3jam 30 minit… tak berani nak target tinggi sangat… preparation ajat nampaknya lebih baik sebab dia duduk di putrajaya… maka dia lebih banyak peluang untuk buat latihan LSD pada sebelah malam… tapi bagaimanapun dia cuak jugak sebab ni adalah percubaan kali pertama dia untuk berlari HM… malam dan putrajaya lak tu…
            Race kit aku amik kat OCM pada hari sabtu seminggu sebelum PNM… aku gi sensorang jer sebab dalam masa yang sama aku ada beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan… ajat offer kat aku untuk amikkan race kit tapi aku nak amik sendiri sebab aku  nak tengok apa barang yang ada jual kat race expo… cadang asal nak carik setokin BROOKS… aku ke menara OCM naik LRT je… dari stesen sentul aku turun di stesen hang tuah… dari stesen hang tuah berjalan kaki jer ke menara OCM yang terletak bersebelahan dengan sekolah cina… race kit yang aku collect terdiri dari running vest BROOKS berwarna hijau florescent… BIB… dan timing cip… cantik jugak running vest yang diberikan, sesuai untuk larian sebelah malam… senang orang nak Nampak… lepas amik race kit aku pergi la tengok benbarang kat expo… plan asal nak rembat stoking BROOKS tapi mengenangkan stoking BROOKS free yang aku dapat masa NTV7 run pun tak pakai lagi so kansel la beli stoking lagi… last2 aku beli gel dangan protein bar POWERBAR… bekalan waktu larian nanti… kali ni aku plan nak bawak protein bar sekali sebab banyak sangat makan gel masa larian rasa macam nak muntah rasanya… masa amik race kit aku terserempak dengan beberapa runner yang amik race kit pakai baju NIKE 10k Run 2012… alah race yang fully book hanya lepas 3jam pendafteran dibuka tu… kok ye la tu… rupanya larian NIKE pada tahun ni dibuat pada hari sabtu sebelah petang… tahun lepas aku sempat daftar untuk NIKE run tapi aku tak lari, Cuma amik t-shirt jer… aku lari kat Parkcity sebab event tu jatuh pada hari yang sama…
            Sabtu pagi 20hb aku bawa betty ke Ampang Point sebab dia ada urusan kat sana… balik dari ampang point aku terus tido… tido pada sebelah siang sebelum larian malam adalah amat2 penting kerana badan kita perlu mendapat rehat yang secukupnya untuk larian sebelah malam nanti… aku dapat tido lebih kurang dalam 2jam sebelum bangkit dan bersiap… seperti biasa aku tape kaki aku dulu kawasan2 yang mudah nak melecet dan pack2 barang keperluan aku mengikut checklist yang telah aku sediakan… pastikan barang2 penting tidak tinggal terutama BIB, timing cip, setokin dan kasut… larian kali ni aku akan pertama kalinya menggunakan running tight Mizuno yang aku beli sebelum raya dulu… tight mizuno ni agak ketat sikit jika nak dibandingkan dengan tight Breath walaupun sama saiz… sebab tu agak seksa la nak pakai terutama nak lepas kawasan tumit dengan buku lali…
            Aku bertolak ke putrajaya dalam jam 4.30pm dan terus ke rumah sewa ajat di presint 9… sampai sana dalam kul 5.30pm… aku bersiap2 dengan ajat dirumah sewanya… plan asalnya kami nak berjalan kaki sahaja dari rumah ajat di presint 9 ke perkarangan istana kehakiman… malas nak bawa kereta atau moto sebab ingat nanti nak balik susah sebab mesti jalan banyak ditutup… tapi disebabkan una ada ikut sekali maka kami ambil keputusan untuk pergi naik kereta una sahaja… una akan berlari dalam kategori 5k pada malam itu… untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas dan supaya mudah carik tempat parking kami bergerak ke presint 3 dalam jam 6.30ptg… una parking kereta di lokasi yang sama semasa men’s health… berdekatan dengan bulatan di presint 3… lepas parking kereta kami bergerak ke hadapan Maybank di banggunan perbadanan putrajaya kerana nak berjumpa dengan arai, kawan ajat… vest larian arai ada pada ajat sebab dia minta ajat tolong ambilkan race kit dia… kat depan maybank tu kami buat aktiviti regangan dan memanaskan badan… 
sebelum larian

            Lebih kurang jam 7.50 kami bergerak ke kawasan mula… aku pada mulanya nak carik member aku sosanto yang masuk acara FM… tapi sebab ramai sangat orang kat kawasan mula tu tak jumpa lak aku dengan sosanto… tepat jam 8.00mlm pelari FM pun dilepaskan… sejurus selepas pelari FM dilepaskan, pelari2 bagi kategori HM pula mula memenuhi holding pen dikawasan mula… kali ni aku dengan ajat masuk agak awal ke dalam holding pen sebab tak nak berada kebelakang sangat dalam kumpulan pelari… setelah pengumuman kehadiran tetamu kehormat, peserta2 larian HM pun dilepaskan tepat jam 8.20mlm… maka bermula lah cabaran aku untuk PNM 2012… dari awal larian lagi aku sudah melakukan antara kesalahan besar dalam larian jarak jauh iaitu running too fast too quickly… pace permulaan aku agak laju sikit, ini diakui oleh ajat yang pada waktu permulaan ini berlari seiringan dengan aku… aku sebenarnya dah tahu bahawa pace permulaan ni tak boleh nak laju sangat sebab nanti tak boleh nak sustain pace yang sama sepanjang larian… tapi last2 minit aku buat plan untuk berlari pada pace yang agak laju untuk sekurang2nya 4k yang pertama sebab aku berpendapat yang aku tak akan dapat berlari dengan pace yang laju pada jarak terakhir larian… rupa2nya plan aku ini tidak berjaya dan backfire kepada aku terutama semasa penghujung larian… 
dalam kawasan permulaan


            Masuk ke km-5 aku sudah mula kepenatan dan terpaksa memperlahankan larian… pada ketika ini ajat sudah mula kehadapan… aku minta dia teruskan larian tanpa perlu menunggu aku… aku meneruskan larian dengan pace yang amat2 perlahan… lama kelamaan ajat sudah hilang dari pandangan mata aku… water station yang disediakan adalah amat2 baik… ada juga spoonge basah dan fruit station pada km ke-11 yang menghidangkan pisang… apabila aku dah tak larat nak lari aku akan buat power walk… prestasi larian tidak sebaik HM aku semasa SCKLM’12 yang mana aku mampu melakukan 10k run dalam masa 1jam 9min… oleh kerana aku dah push laju sangat diawal larian menyebabkan dipenghujung larian aku menjadi sangat2 pancit… mujurlah aku tak mengalami masalah cramp… ini mungkin sumbangan ORS yang aku ambil beberapa hari sebelum PNM… perjalanan aku mengharungi 21km di putrajaya ini membawa aku ke beberapa lokasi yang menarik disepanjang larian termasuk melintasi beberapa jambatan yang cantik dan melintasi kediaman rasmi Timbalan perdana Menteri; Sri Satria… berlari… berjalan… berlari… berjalan… dengan perlahan aku berusaha menamatkan larian… sepanjang larian aku ternampak beberapa orang runner yang bermasalah… ada yang terduduk kepenatan… ada yang mengalami cramp yang teruk dan ada juga terpaksa dibawa naik ambulan untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan sampai ada yang bukak kasut lari pakai stokin jer, mungkin dah melecet teruk tu agaknya… itulah risiko berlari pada waktu malam yang ramai orang tak faham… ramai orang berpendapat larian malam lebih mudah berbanding siang sebab takde matahari dan sejuk… sebenarnya larian malam lagi panas sebab haba dari jalan dan juga rehat yang tidak mencukupi sewaktu hari siangnya…
pengalih perhatian

dah tak larat nak lari dah bang ooiii

            Akhirnya aku berjaya menamatkan larian HM kedua aku pada tahun ni dengan masa 3jam 10min… ok la tu tak sampai 3jam 30min pun hahahaaa… melintasi garisan penamat terus diserahkan kepada aku medal penamat, goodies bag dan yang paling special sekali finisher ‘T’… hahahahaa tercapai jugak hajat aku untuk memilikinya… tak jauh dari garisan penamat aku berjumpa dengan ajat yang tengah duduk dengan una… ajat berjaya menamatkan larian sub 3hour… tahniah… aku memang kepenatan giler… rasa macam nak baring jer kat tengah2 jalan tu… pada waktu ni dah ramai pelari HM yang menamatkan larian dan dah ada pun yang menyarungkan finisher ‘t’ memasing dengan bangganya… aku rasa lagi bangga kot kalau dapat menyarungkan finisher ‘t’ FM… setelah tamat larian, rasa mual mula datang… ini adalah akibat makanan yang tak betul2 hadam sebelum larian dimulakan… makanan yang kita makan memerlukan sekurang2nya 90 minit untuk hadam dan makanan berlemak memerlukan masa yang lebih lama, sekurang2nya 2jam untuk hadam… pengambilan gula yang berlebihan sewaktu larian juga boleh menyumbangkan masalah rasa mual selepas larian… 
yang dicari2 kini milik kami

            Setelah berehat lebih kurang kami pun bergerak balik ke rumah sewa ajat… aku berehat seketika di rumah sewa ajat sebelum bergerak balik ke gombak… perjalanan ke gombak aku lalui dengan seksa sekali… minyak kereta kereta pun nak habis tapi nak isi minyak punyalah seksa terutama masa nak turun dari kereta… sakit giler paha aku… ditambah lagi dengan rasa mual yang memuncak2… nasib baik aku tak muntah kat tengah2 jalan… sampai sahaja dirumah terus bersihkan diri dan tido diruang tamu… tak sanggup aku nak tido dalam bilik sebab air-cond sejuk sangat… lepas berbaring barulah rasa mual hilang…
            So, that’s my second HM under the belt… pass ni aku ingat nak slow sikit masuk event larian hingga tahun depan… bulan Nov aku masuk Parkcity… Dec mungkin aku akan berehat, Malakoff pada tahun ni dibukit kiara aku tak masuk rasanya… event tahun depan dibuka dengan MPIB Run pada januari… HM aku yang seterusnya mungkin pada SCKLM’13… atau aku cukup giler untuk mencuba FM pada SCKLM’13… sapa tauuuuuuuuuu!!!!!!!!!
yeaaa Finisher 'T'

medal 21km (HM)



Sunday, October 28, 2012

Konvokesyen



                Tahniah… Tahniah… Tahniah… buat ajat yang menerima skroll ijazah sarjana muda didalam bidang multimedia sewaktu majlis konvokesyen UniKL yang berlangsung di PICC putrajaya pada 6 oct 2012 tempoh hari… sebagai meraikan hari gembira tu aku sefamily pun bersama2 menghadirkan diri ke majlis berkenaan… melihat suasana majlis konvo ajat terkenang kembali majlis konvo aku yang dah berlalu hampir 12 tahun yang lepas… aku merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor… berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal… seperti ajat juga, majlis konvo aku adalah selepas aku sudah mula bekerja… oleh kerana waktu tu aku masih baru mula bekerja… terpaksalah aku mengambil cuti tanpa gaji semata2 untuk menghadiri majlis konvo aku… majlis ni juga merupakan majlis konvo pertama bagi keluarga aku… pada pendapat aku, majlis konvo ni takde la penting sangat untuk para graduan… tetapi lebih penting untuk para ibubapa dan keluarga yang telah banyak berkorban untuk melihat kejayaan anak2 atau keluarga mereka… ini adalah hari gembira mereka… perasaan bangga dan gembira pasti ada dalam hati setiap para ibubapa dan keluarga apabila akhirnya anak2 mereka berjaya mendapat ijazah masing2… mesti harapan mereka untuk anak2 mereka terus berjaya dan akhirnya dapat berbakti untuk mereka pulak dimasa2 akan datang… 
tahniah kat korang

                Mengimbau kembali majlis konvo aku 12 tahun yang lepas… aku dah tak ingat sangat la… yang aku ingat adalah sesi konvo aku adalah sebelah pagi… samada hari sabtu atau ahad aku dah tak ingat… yang pasti sehari sebelum majlis konvo kami sekeluarga berkonvoi beramai ke UTM skudai JB… turut serta dalam konvoi ni adalah betty dan maziah yang pada waktu tu masih bergelar aweks kepada aku dan hairy… pada waktu tu ayah aku guna kereta nissan sunny dan tak muat untuk kami sekeluarga + betty dan maziah… so kami pinjamla kereta paklang aku, kereta kancil… berkonvoilah kami 2 bijik kereta ke skudai… awal pagi lagi kami dah bertolak… singgah sebentar di R&R pagoh untuk makan tengah hari… di JB kami tinggal Hotel LION di Stulang… sebelah malam aku bawak betty keluar jalan2 naik kancil, waktu ni aku sebenarnya baru jer lulus lesen kereta… so bawak kereta masing goyang lagi la… kami dinner di Tmn U… esoknya pagi lagi aku dah bersiap dengan mak bapak aku… adik beradik aku yang lain masih tido lagi… kami gerak dulu sebab aku kena masuk dewan sebelum pukul 8… adik beradik aku yang lain akan datang dengan hairy…
                Selepas lebih kurang 4 jam majlis penyampaian ijazah pun berakhir… habis majlis kami pun ambil kesempatan untuk bergambar ramai2 dengan kenkawan sepengajian… aku terima satu jambangan bunga besar dari betty… aku juga bergambar dengan semua kaum keluarga aku yang datang… pada sebelah petang kami berehat2 di hotel… masing2 kepenatan… pada sebelah malamnya kami semua keluar makan di pantai lido… aku la yang belanja… maklumlah dah kerja kan… kami semua balik pada keesokkan harinya sebab malam tu jugak nak kena pulangkan kereta kancil pak lang aku… perjalanan balik kami ikut jalan lama sebab banyak tempat nak kena singgah… antara tempat wajib yang kena singgah adalah air hitam… sebab mak aku nak carik pasu… muar sebab nak makan mee bandung dan melaka, lepak2 kat A’ Famosa… malam baru kami sampai semula di kl… itu lah kisah perjalanan konvo aku lebih kurang la…
                Berbalik kepada cerita konvo ajat… aku betty dan miza keluar dari rumah lebih kurang jam 8 pagi… mak, abah ajat dan rini dan gerak dari bukit beruntung jam 4.30pagi… dia orang nak kena sampai awal sebab ajat nak kena masuk dewan kul 8pagi… perjalanan lancar ke putrajaya dengan menggunakan lebuhraya MEX… sebab aku dah selalu pergi putrajaya, maka takde masalah lah nak cari PICC… kami sampai dalam jam 9pagi… nasib baik kami gerak awal, dapatlah parking kereta dalam PICC… kalau lewat sikit konfom kena parking kat luar… di PICC kami berjumpa dengan rini yang tunggu kat luar dewan sensorang… mak, abah dan ajat dah lama masuk kedewan… rini kata nasib baik kami datang… kalau tak mati kutu la dia tunggu sensorang kat luar dewan… sebagai tanda cenderamata miza belikan untuk ajat sebuah anak patung beruang… dia pun beli jugak anak patung beruang yang kecik berbentuk key chain… sebab miza memang suka kumpul key chain… dekat beg sekolah dengan beg kumon dia berlambak key chain bergantungan…
                Sementara kami duduk menunggu majlis konvo ajat tamat… kami pergi minum dahulu di cafetaria PICC… kami duduk di balkoni cafĂ© berlatar belakangkan pusat pemerintahan putrajaya sambil minum air the tarik dan makan karipap dan kek… dari sini sayup2 kelihatan pejabat perdana menteri dan jalan lurus yang menghubungkan PICC dengan pejabat perdana menteri… jalan ini juga merupakan route LSD kegemaran aku dan ajat yang mana jarak satu putaran lengkap adalah melebihi 10km… pemandangan dari balkoni ni memang cantik sebab boleh nampak hotel Pullman, tasik2 putrajaya dan banggunan2 kerajaan di putrajaya… aku rasa kedudukan PICC yang terletak atas bukit menyebabkan kita boleh nampak view yang cantik ini… lama kami lepak di sini sambil berborak sebab walaupun cuaca panas tapi ada tiupan angin yang sepoi2 bahasa…
                Bila menjelang tengah hari… makin ramai orang yang datang ke cafĂ©… ini disebabkan graduan2 diploma dan keluarga2 mereka telah mula sampai untuk sesi konvo mereka yang akan bermula pada sebelah petang… kami pun dah mula merasa segan sebab duduk lama sangat kat cafĂ© ni… walaupun air dah lama habis tapi tak gerak2 lagi… orang ramai dah mula berlegar2 nak carik tempat duduk sambil bawa tray makanan… kami pun berpindah duduk kat satu kawasan lapang dibawah eskalator untuk naik ke dewan… kami pun tunggu disini sambil melihat orang lalu lalang… satu keistimewaan kat PICC ni adalah ada kawasan taman hijau yang terletak didalam banggunan PICC… ini memberikan gambaran segar kepada persekitaran dalaman PICC… aku dengan miza berlegar dalam kawasan taman hijau ni…
kebanggaan mak & abah

senantiasa berlari

insyaallah
 
                Setelah lama menunggu… majlis konvo ajat pun tamat dan para ibubapa dan graduan ijazah sudah mula keluar dari dewan… yang pertama aku nampak adalah mak dengan abah… ini merupakan konvo yang ke-3 bagi mereka… yang pertama konvo ijazah aku, yang kedua konvo diploma ajat dan ini adalah yang ketiga konvo ijazah ajat… setelah hampir 10minit ajat pun sampai di tempat kami berkumpul dengan kawan dia Una… miza pun berilah kepada ajat patung beruang yang dia beli awal tadi… kami ambik kesempatan dengan bergambar dengan ajat… waktu ni kawasan persekitaran dewan penuh sesak dengan para graduan dan para keluarga masing2… mereka yang terima ijazah sibuk bergambar dengan keluarga masing2… dan yang nak terima diploma pulak tengah menunggu masa nak masuk ke dalam dewan… oleh kerana masa pun dah masuk tengah hari dan memasing pun dah mula lapar… kami decide untuk keluar makan… nak makan kat cafĂ© ramai sangat orang… aku keluar dulu sementara ajat pergi pulangkan jubah dan ambil transkrip ijazahnya… kawasan kat luar dewan penuh sesak dengan kereta yang parking tepi jalan… biasalah, graduan yang terima skroll sorang jer… yang menghantar sampai 2-3 biji kereta… kami berpusing2 di presint 9 untuk mencari tempat makan yang sesuai tetapi dah penuh… last2 ajat bawa kami makan di presint yang lain… aku tak ingat presint apa tetapi kawasan tu macam pekan yang kecil la dalam putrajaya… makan makan di sebuah restoran yang bernama restoran Bonda… makan kali ni ajat pula yang belanja… selepas makan kami pun berpecah sebab abah, mak, rini dan ajat nak balik ke bukit  beruntung… aku pula nak balik ke Gombak… aku amik kesempatan untuk carik jalan lain balik ke Gombak… aku keluar ikut pintu 1 putrajaya tembus ke sungai merab… dari sungai merab aku menuju ke Bandar baru bangi… dari Bandar baru bangi baru aku masuk highway PLUS dan exit di tol sungai besi… itulah kisah perjalanan aku ke konvo ajat…

Sunday, October 14, 2012

Langkawi 2012 (Bah. 2)


Ni bahagian kedua....
 
                Selepas selesai tour geng kuantan dan geng kl berpecah kerana geng kuantan nak pergi carik ikan bilis manakala geng kl nak pergi beli minyak gamat… kami pun bergerak ke emporium Nusantara yang menjual pelbagai produk berasaskan gamat dan herba… nusantara di terletak ditepi jalan highway berdekatan dengan kampung ayer mata arah ke padang mat sirat… kat sini pelbagai jenis herba dan produk gamat boleh dibeli… seperti biasa kami borong minyak gamat, minyak panas gamat, ubat batuk gamat dan kayu untuk resdung… aku juga belikan boss aku losyen gamat susu kambing… aku tak beritahu sesiapa pun kat opis aku yang aku nak ke langkawi… malas nak ambil kiriman2… dekat nusantara ni jugak kita boleh tengok bagaimana gamat dimasak untuk dijadikan minyak… sebab ada 2 kuali besar minyak gamat sedang dimasak… setelah puas bershopping di nusantara kami bergerak balik ke sweet inns…
                Sebelah tengah hari hingga ke petang kami habiskan masa di jalan pantai chenang… kami pergi ke duty free shop bersebelahan dengan underwater world… borong cokelat lagi… kali ni miza pulak yang borong sebab dia dah kumpul seratus lebih dari duit belanja sekolah dia untuk bershopping di langkawi… miza beli cokelat dan key chain untuk diberikan kepada kengkawannya… untuk makan tengah hari kami lunch di McDonald bersebelahan dengan kedai duty free tersebut… petang tu geng kuantan akan balik… flight dia orang pukul 6.30ptg… sebab banyak sangat barang yang nak dibawa balik ayong terpaksa bawa waja sekali ke airport… petang tu juga aku dengan miza ambil kesempatan untuk berjalan2 di tepi pantai chenang… kami tak mandi pun sebab dah agak lewat… miza kumpul kulit cengkerang siput disepanjang pantai… kat pantai ni ramai la mat salleh yang bersantai2… kat sini boleh gak  mandi2, main pasir… water sport pun banyak gak… bagi pendapat aku masalah jugak kalau kat pantai banyak sangat operator water sport terutama yang menggunaka speed bot dan jet ski sebab boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung pantai yang lain seperti di pantai pasir bongak, pulau pangkor… sesetengah pengusaha water sport ni terlalu nak carik keuntungan tanpa memikirkan keselesaan dan keselamatan pengunjung pantai yang lain… kelebihan pantai chenang ni adalah kawasan pasir pantainya adalah luas dan bersih… pasirnya pun halus… aku bercadang untuk keluar berjogging di tepi pantai pada hari pagi esoknya… 
cantik kannn

bersantai di tepi pantai

                Sebelah malamnya jalan pantai chenang menjadi meriah sebab malam ni ada perarakan menyambut Hari Malaysia… ada motor besar, ada yang berbasikal, motor kapcai, roller blader, pasukan beruniform dan pakaian tridisional… orang naik kuda pun ada… sambil melihat perarakan kami berjalan2 disepanjang jalan pantai chenang mencari cenderahati… aku beli seutas rantai yang ada batu polish dan miza beli key chain dawai berbentuk namanya NURSYAFIQAH… aku juga ada beli basic t-shirt I LOVE LANGKAWI dan selipar jepun warna hijau terang… baru sesuai dengan suasana pantai… aku kalau pergi melancong ke mana2 mesti nak cuba beli basic t-shirt yang tertulis I LOVE (nama tempat)… untuk makan malam pula kami makan kat kedai pizza kat depan jalan nak masuk ke sweet inns… lepas penat berjalan2 sambil cuci mata disepanjang jalan pantai chenang kami pun balik ke sweet inn tido… sebelum tido aku kemas dulu beg2 kami… masa datang Cuma 2 beg jer… sekarang dan jadi 3 beg… kami memang dah mengjangkakan perkara ini akan berlaku sebab tu bawak beg extra… 1 beg pakaian, 2 beg galas… penuh berisi cokelat dan produk gamat… harap2nya tak melebihi berat 20kg untuk luggage check-in… kalau lebih nanti kena bayar extra… 


perarakan di pantai chenang

perhhh... pekak agaknya mamat ni

                Esok paginya aku bangun awal dan pergi berjogging di sepanjang pantai chenang… jarak pantai chenang ni takde la jauh sangat… so, aku decide untuk buat speed work… tak sampai 1/2jam aku dah selesai tawaf pantai chenang… selepas berjogging kami bersarapan di cafĂ© sweet inns… flight kami pada pagi ni adalah pada pukul 11.30am… sekurang-kurangnya jam 10.30 dah sampai ke airport… pukul 10pg kami check-out dari sweet inns… perjalanan dari sweet inns ke airport Cuma lebih kurang 20min shj… kereta sewa aku tinggalkan kat airport kerana en. Zikri tak dapat nak datang untuk ambil kereta sebab ada urusan di jeti… selepas check-in luggage kami lepak2 area airport sambil mencuba kerusi urut… rm1 untuk 3minit… proses boarding tiada masalah… lancar… termasuk perjalanan balik ke lcct… kapal terbang mendarat di lcct dalam jam 12.30t/hari…
                Aku ambil kereta yang aku tinggal do kawasan parking C… kosnya adalah rm61… kalau nak murah lagi boleh parking di area D… kalau tak salah aku Cuma rm16 sehari… tapi lokasinya agak jauh dan kawasan parkingnya tidak bertar… perjalanan balik ke rumah semua bantai tido sebab keletihan… itulah cerita percutian aku ke Langkawi… yang pasti akan diulang lagi pada masa yang akan datang….
                Untuk sesiapa yang nak ke langkawi boleh menghubungi no. ini urusan penginapan dan kereta sewa… kereta sewa en. Zikri 0194468697… Kak Nooraini 0175208650… sweet inns 049558864… selamat bercuti…
Sweet Inns

Saturday, October 6, 2012

Langkawi 2012 (Bah. 1)



                Ini merupakan trip bercuti jarak jauh untuk tahun ini… percutian ini telah dirancang sejak akhir 2011 lagi oleh betty dan mak langnya yang tinggal dikuantan… trip kali ni kami rancang untuk naik kapal terbang jer… kalau tempah awal mungkin boleh dapat harga tiket murah… ahli trip kali ni secara kasarnya akan terbahagi kepada 2 kumpulan… kumpulan pertama family mak lang yang terdiri dariapa mak lang, pak lang, dik da, atuk dan nenek yang akan menaiki kapal terbang dari kuantan (geng kuantan) dan kumpulan kedua pula terdiri dari aku, betty, miza, ayong dan angah (geng kl) yang akan naik kapal terbang dari kl… tarikh yang telah dipilih untuk trip ini adalah pada waktu cuti hari Malaysia dari 15 sept hingga 17 sept… walaupun aku tidak bercuti terpaksalah minta cuti jugak untuk menjayakanj trip ini… trip ni juga peluang untuk aku bawa miza naik kapal terbang… pengalaman baru untuk dia…
angah, miza dan ayong

                Urusan tempahan penerbangan dibuat sendiri oleh group kuantan dan kl… aku tak tahu la macam mana boleh terjadi tapi group kuantan dah tertempah tiket kapal terbang dari 14 sept hingga 16 sept dan group kami pula 15 sept hingga 17 sept… bermakna group kuantan akan tiba sehari awal dan balik awal sehari dari kami group kl… sabar je la… urusan tempahan penginapan pula dibuat oleh aku… oleh kerana nak mendapatkan penginapan yang paling ekonomikal aku membuat 2 tempahan penginapan… yang pertama sebuah homestay di taman desa kemboja dan yang kedua bilik motel di Sweet Inns, Pantai Chenang… Homestay di Taman Desa Kemboja diuruskan oleh Kak Nooraini, ianya adalh sebuah rumah di taman perumahan taman desa kemboja yang mempunyai 3 bilik tido (2 besar, 1 kecil), 1bilik air, dapur, tv+astro dan ruang tamu… homestay tersebut terletak tidak jauh dari lapangan terbang tetapi bukanlah kawasan yang berdekatan dengan pantai… ia terletak kat tengah sikit… homestay ni boleh menempatkan lebih kurang 10 orang sebab kat ruang tamu pun boleh tido kerana conforter tambahan juga disediakan… Sweet inns kat pantai chenang pula lebih berkonsep motel dan aku booking bilik standard yang boleh 2~3 orang… sweet inns terletak di jalan pantai chenang tetapi masuk ke dalam sikit dan berdekatan dengan mizium laman padi… sewanya pula adalah rm150/semalam untuk homestay dan rm100/semalam untuk sweet inns… kalau nak suasana tenang boleh la duduk kat homestay, tapi kalau nak meriah boleh lepak kat sweet inns…
                Percutian kami bermula pada hari sabtu 15 sept… flight kami agak lewat sikit… pukul 4.30ptg dari lcct… supaya mudah untuk pergi dan balik dengan benbarang, kami decide untuk ke lcct dengan menaiki kereta… tinggal kereta lcct… kalau naik transport lain susah sikit nak bawak barang terutama bila balik nanti… masa pergi kami Cuma bawa satu beg pakaian dan satu beg galas… baju pun bawak tak banyak… bertolak dari rumah do sri gombak pukul 2ptg… lalu ikut DUKE pastu masuk lebuh raya utara selatan kat jalan duta… masuk ke NKVE dan seterusnya highway ke KLIA… perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam dan kami sampai di lcct dalam kul 3ptg…
                Kami makan kejap di McDonald lcct sebelum check-in… oleh kerana aku tak  biasa dengan layout lcct… maka kami jadi macam kelam kabut sikit… nasib baik kami tiada luggage yang nak kena check-in, so jimat masa sikit kat situ… Cuma beratur panjang masa nak lepas pemeriksaan polis sebelum masuk ke boarding area… kat lcct tak macam kat klia… kami kena berjalan atas tarmac menuju ke pesawat… kalau di klia ada sky brigde terus masuk ke pesawat… seat kami dalam pesawat berada dalam bahagian depan… ini adalah kali pertama aku naik pesawat AirAsia… walaupun rasa macam agak sempit tapi aku tak kisah sangat sebab masa perjalanan pun tak lama… lebih kurang sejam jer… pesawat berlepas jam 4.30ptg tanpa sebarang masalah… perjalanan pun lancar ke langkawi dan cuaca pun OK… semasa pesawat turun sebelum tiba di langkawi aku boleh nampak jambatan pulau pinang… kecik jer macam mainan nampaknyer… kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 5.30ptg… airportnya takdela besar dan sesak sangat… selepas sampai kami tunggu sebentar sementara menunggu kereta sewa kami sampai… urusan kereta sewa dibuat oleh mak lang… kami menyewa sebuah kereta proton waja auto dengan harga rm200 untuk 3hari 2malam… tokeynya bernama en. Zikri… menurut en. Zikri ramai orang datang ke langkawi pada hujung minggu ni sampai habislah semua kereta sewanya diambil orang… untuk sesiapa yang ke langkawi tapi tak sempat nak buat arrangement kereta sewa sebelum bertolak… boleh sewa kereta semasa sampai di airport sebab kat sini pun banyak egensi kereta sewa yang menawarkan perlbagai jenis kereta bergantung kepada selera dan budget masing2…
antupancing & betty

airport langkawi

                Setelah mengambil kereta sewa kami terus bergerak ke pantai chenang yang jaraknya lebih kurang 20km dari airport… geng kuantan dah menunggu kami di pantai chenang… setelah selesai urusan check in hotel sweet inns kami terus bergerak ke pekan kuah untuk shopping… sepanjang perjalanan atas pulau aku menggunakan perkhidmatan google maps sebagai panduan perjalanan… google maps selalunya akan mencadangkan jalan terdekat untuk sampai ke satu2 destinasi… sebab tu kami tak masuk highway tapi ikut jalan kampung… sebelum sampai ke kuah aku berhenti isi minyak kereta dahulu, biasalah kereta sewa mana pernah ada minyak… di kuah kami habiskan masa dengan bershopping di emporium Haji Ismail Group di jln pandak mayah… item yang paling banyak dibeli adalah cokelat… pelbagai jenis cokelat yang kami borong seperti kinder bouno, cadbury dan hershey… tak dilupakan cokelat yang aku rasa paling popular kat langkawi DAIM… aku sahaja beli sampai 4 bungkus… semasa di pekan kuah aku terserempak dengan azizol, kawan masa be ajar kat UTM dulu… dia dah jadi cikgu sekarang di johor bahru… kedatangan dia ke langkawi sebab bawa rombongan bebudak sekolahnya ke langkawi… kami berborak sebentar, bertukar2 cerita dan berita2 terkini tentang diri memasing dan kengkawan masa belajar dulu… menurut azizol dia datang ke langkawi menaiki feri… punyalah ramai yang naik feri, katanya tiket pukul 10pg, naik feri pukul 12t/hari… dia kata aku bernasib baik sebab datang naik flight… lepas letih shopping beli cikelat… kami pergi makan kat Kompleks Pekan Rabu… makan Sea Food betul2 kat sebelah tambak… lepas kenyang kami pun balik ke penginapan masing2… geng kuantan balik ke homestay dan geng kl balik ke sweet inns… sebenarnya aku dan betty tak berapa sihat… batuk dan selsema… lepas sampai sweet inns aku keluar kejap ke jln pantai chenang cariik ubat batuk dan selsema, jalan kaki jer… suasana malam kat pantai chenang memang hidup sebab ramai pelancong yang lepak kat area sini… kat pantai chenang ni banyak penginapan yang murah… perlbagai kedai ada disepanjang jln pantai chenang ni… kedai duty free, kedai makan, kedai cenderahati dan termasuk kedai mini market… sementara lepak2 di sweet inns sebelum tido kami order air dan meggi goreng dari kedai makan sweet inns… 
kedai cekelat

                Hari kedua percutian… kami bangun awal pagi kerana hari ini kami akan pergi mangrove tour di Kilim Geopark… tempahan tour telah dibuat oleh mak lang pada en. Zikri… kami sewa satu bot… di langkawi ada 2 tour yang popular… satu island hopping di bahagian selatan pulau yang mana pergi melawat pulau dayang bunting, pulau singa besar dan pantai pasir putih… aku pernah pergi island hopping masa aku melawat langkawi waktu be ajar dulu… mangrove tour pula dibahagian utara pulau yang mana lawatan akan merangkumi area Kilim Geopark… tour ni akan memakan masa lebih kurang 2jam… ada 2 tempat naik bot untuk tour ini… samada di tangjung rhu atau sungai kilim… kami akan naik bot dari tanjung rhu… pada sebelah pagi setelah bersarapan di sweet inns kami berkumpul dahulu di homestay tmn desa kemboja sebab en. Zikri akan menjemput kami di sini untuk ke tanjung rhu… kebetulan pagi tu hujan lebat tapi en. Zikri kata kat area tanjung rhu tak hujan… 
jeti tanjung rhu

                Dari tmn desa kemboja kami bergerak ke utara menuju ke tanjung rhu… melintasi beberapa hotel ekslusif di langkawi seperti Four Session dan Tanjung Rhu Resort… dari tanjung rhu kami menaiki bot menuju ke rumah terapung untuk mengambil umpan untuk diberi kepada helang… tempat singgahan pertama kami adalah tempat beri helang makan… banyak betul helang2 kat kawasan ni… semuanya terbang rendah untuk menyambar umpan yang diberi… kami beri makan isi ayam kerana isi ayam terapung atas air memudahkan helang untuk menyambarnya… dari eagle feeding area kami menyusuri kawasan paya sungai kilim menikmati keindahan alam… kami singgah sebentar di tepi kawanan kera paya… dari atas bot kami campakkan biskut sebagai makanan untuk kera2 tersebut… kelihatan juga beberapa orang pemancing yang mencuba nasib dengan casting di pinggir bakau… pasti ada siakap putih atau merah yang bersembunyi di celah2 akar bakau tersebut menunggu mangsa… 
sangkar ikan

                Kami singgah ke gua buaya… tetapi disebabkan air tengah pasang, kami hanya dapat masuk separuh jalan sahaja ke dalam gua… jika air rendah boleh tembus terus… bila ditanyakan kepada boatman ada buaya tak kat kawasan ni… katanya dulu ada tapi sekarang buaya semua dah pindah duduk kat taman buaya…. Hahahahaaaa, buat lawak la plakkk… perjalanan diteruskan menuju ke gua kelawar… disepanjang perjalanan boleh kelihatan banyak bot2 yang berlabuh… dan jika dilihat pada nama yang tertulis pada badan bot tu… kebanyakkan bot adalah dari luar Negara… ada jugak bot untuk dijual, kalau berminat boleh laaa… bot berlabuh sebentar di gua kelawar dimana kami turun dan membayar rm1 untuk dewasa dan rm0.50 untuk kanak2… jangan lupa ambil torch light sebab gelap dalam gua… dalam gua kelawar dapat lihat kawanan kelawar dan formasi batu yang cantik dan unik… oleh kerana waktu ni air pasang maka kami takleh nak buat satu pusingan lengkap gua… terpaksa berpatah balik kerana air pasang telah membanjiri siar kaki yang disediakan… 
gua kelawar

                Dari gua kelawar bot meluncur laju keluar ke laut lepas… laut Andaman… boleh kelihatan pulau2 milik Thailand yang berjiranan dengan pulau langkawi… kelihatan juga bot2 nelayan tidak jauh dari kami… menurut botman, bot2 tu menangkap ikan bilis… kami melalui tepi tebing tinggi dan air lautnya berwarna biru terqoise… cantik gile… lokasi terakhir persinggahan kami adalah rumah rakit yang menempatkan beberapa sangkar ikan… antara ikan2 yang ada adalah ikan pari yang besar yang boleh disentuh sewaktu diberi makan… ikan jerung… ikan GT… ikan kerapu… kat rumah rakit ni jugak ada restoran terapung… kami order beberapa jenis mee goreng dan makan ramai2… kongsi2… selesai makan kami pun bertolak balik semula ke jeti tanjung rhu dan menamatkan tour ni… 

OK... sambung dalam bahagian ke dua