Thursday, March 19, 2015

2014 RUN


2014 RUN

Rasanya untuk event-event yang aku join sepanjang 2014 aku buat summary aje le.. nak tulis race report panjang2 malas pulak rasanya.. lagipun dh banyak detail event yang aku dah x brapa ingat.. mungkin event besar2 cam SCKLM’14 aku akan buat separate RR.. special event tu.. my first FM..

Event aku yang pertama untuk 2014 adalah Melawati 10K pada bulan feb’14.. bulan January aku tak masuk mana2 event sebab xde event yang menarik.. yang ada pun MPIB run yang aku dah join 2 kali.. so aku ambil keputusan untuk berehat sepanjang bulan jan’14

1)     MELAWATI 10K

Tarikh: 16 feb 2014

Jarak: 10k

Lokasi: Tmn Melawati

Kali kedua join larian ni.. penganjuran kali ni jauh lebih baik dari yg pertama kali.. yg first time aku join jaraknya terpaksa dipendekkan pada saat2 yg terakhir.. aku suka masuk acara ni sebab dekat dengan rumah aku (masa tu aku duduk kat sri Gombak).. baju larian pun menarik jugak.. peserta: aku dan ajat
 

 

2)     THIRSTY RUNNER 2014

Tarikh: 22 mac 2014

Jarak: 7k

Lokasi: Dataran PJ

Sebab utama join larian ni sebab medal yg ditawarkan adalah unik.. lain dari yang lain.. medal berbentuk baldi kecik.. first time jugak berlari dikawasan PJ.. overall OK.. tahun ni pun ada dianjurkan jugak tapi aku x join.. peserta: aku, ajat, rini dan una
 

 

3)     UKM AUTISM RUN 2014

Tarikh: 6 april 2014

Jarak: 10k

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa

Saja nak join larian yg dianjurkan oleh bebudak U ni.. secara keseluruhan OK aje.. lagipun nak rasa macam mana nak dapat 10k sekitar taman tasik titiwangsa.. original training ground aku.. peserta: aku, ajat, rini dan una
 

 

4)     MILO MALAYSIA BREAKFAST DAY RUN 2014

Tarikh: 20 april 2014

Jarak: 7k

Lokasi: Putrajaya

Kenapa join run ni.. jarak 7k aje dan yurannya murah.. dan boleh dapat medal.. peserta: aku, ajat, rini dan una
 

 

5)     BROOKS KUANTAN HALF MARATHON 2014

Tarikh: 11 may 2014

Jarak: 21km

Lokasi: Kuantan

First 21k utk 2014.. seminggu selepas trajedi.. aku teruskan juga sebagai pembakar semangat untuk teruskan hidup.. upgrade dari tahun sebelumnya yang hanya 10k sahaja.. event yang bagus.. juga merupakan outstation event aku yang pertama.. tgh consider utk join lagi tahun ni.. tapi macam leceh sikit.. medalnya pun cantik.. dapat finisher T sekali.. peserta: aku aje

 

 

6)     KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON 2014

Tarikh: 18 may 2014

Jarak: 1km + 2058 step

Lokasi: KL Tower

Tahun lepas tak join.. tahun 2014 join balik.. masuk sensorang je.. medal tahun ni besar giler.. antara medal terbesar yg pernah aku dapat.. apa barang naik KL Tower guna lif.. panjat guna tangga la.. baru inspector sahab..
 

 

7)     SCORE RUN 2014

Tarikh: 8 jun 2014

Jarak: 10k

Lokasi: Padang Merbuk, KL

Last event sebelum cuti bulan puasa dan raya puasa.. larian yang dianjurkan semperna SCORE Expo.. peserta: aku, ajat dan una
 

 

8)     ENERGIZER NIGHT RACE 2014

Tarikh: 9 aug 2014

Jarak: 15k

Lokasi: Dataran Merdeka, KL

Muncul semula setelah dihentikan pada tahun lepas.. event yang dianjurkan pada 2012 cukup cemerlang.. event kali ini juga cukup cemerlang dengan penganjuran ditengah2 KL pada waktu malam minggu.. sebab utama penyertaan adalah sebab dapat headlight energizer.. peserta: aku, ajat, rini dan una
 

 

9)     2XU COMPRESSION RUN MALAYSIA 2014

Tarikh: 21 sept 2014

Jarak: 21k

Lokasi: Taman Botani, KL

Preparation run menjelang SCKLM’14.. training utk mencapai jarak FM.. pertama kali sertai event dari dalam taman botani atau lebih dikenali sebagai lake garden.. event ulangan dari tahun lepas tapi rasanya medal tahun lepas lagi gempak.. peserta: aku, ajat, rini dan una
 

 

10) SCKLM 2014

Tarikh: 12 oct 2014

Jarak: 42k (FM)

Lokasi: Dataran Merdeka

Aku sengaja besarkan distance tu.. angka keramat 42k.. acara wajib setiap tahun.. kali ni kena korbankan PNM sebab clash dengan event ni.. now I am officially a MARATHON RUNNER!!!!.. dan berlari dengan kasut baru.. Brooks Ghost 7.. hell yeah..

 

 

11) MAKNA FOUNDER NIGHT RUN 2014

Tarikh: 1 nov 2014

Jarak: 10k

Lokasi: Putrajaya

Event ulangan Cuma kali ni dah upgrade.. event yang lebih besar berbanding sebelumnya.. yang pasti running T PINK aku yang pertama.. proud to wear it.. or borderline gay some will call it hehehee..

 

 

12) PETZL ALLSPORT NIGHT TRAIL RUN 2014

Tarikh: 6 dec 2014

Jarak: ???

Lokasi: Putrajaya, Taman Cabaran

Cubaan aku utk try trail run.. kira ok la.. satu je pesanan dari aku untuk sesapa yang nak cuba trail run.. jangan nak sayang sangat kasut tu.. Brooks Ghost 7 aku comot habis.. abis event terus kena basuh.. dan inilah penutup event utk 2014
 

Untuk awal 2015.. aku bercuti selama 2 bulan.. sebab pertama.. ajat akhirnya berkahwin dengan una pada jan’15.. sibuk betul kami sekeluarga menguruskan perkahwinan ajat.. sebab kedua.. pada bulan feb’15.. aku pula melangsungkan perkahwinan aku.. Alhamdulillah.. event aku yang seterusnya adalah Men,s Health Women’s Health Night Run kat putrajaya.. jumpa disana yaa..

Wednesday, February 18, 2015

NEWTON Challenge 2013


 

Jarak: 15km

Kategori: Men’s open

REP: NEWTON Running T-shirt, BIB, NEWTON Socks

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 29 Disember 2013

Lokasi: Bandar Kinrara, Puchong

 

          Aku rasa mesti ramai yang kenal kenal jenama Newton ni kan.. Newton Cuma dikenali oleh para runner sahaja dan mereka2 yang berkecimpung dlm sukan tri (lari, basikal dan renang).. oleh kerana event kali ni dianjurkan oleh Key Power Malaysia… antara nama yg terkenal juga dalam sukan Tri… dia org ni ada kedai kat Mid Valley… kalau agak2 nak cari peralatan sukan tri, termasuklah sukan berlari boleh la cuba cari kat sana (promo sikit)…

        Event pada 2012 aku tak joint Cuma aku temankan ajat sahaja.. aku ada cite sikit pasal event ni dalam entry aku sebelum ni… so, tahun ni aku decide utk joint.. seperti biasa ajat pun joint sama… kami ambil jarak larian yang sama iaitu 15km… oleh kerana acara ni dianjurkan oleh syarikat tri maka jarak yang ditawarkan pun tak seperti acara2 lain… 15km dan 24km… acara ni juga dianjurkan di puchong (Bandar kinrara) yang mempunyai beberapa killer hills…

        Detail berkenaan acara ni aku pun x berapa ingat dah… Cuma aku rasa prestasi larian aku ok gak dan aku Berjaya menamatkan larian dalam masa yang baik…

        Tapi tahun ni (2014) aku x dgr la lagi samada acara akan dianjurkan atau tidak… selalunya acara ni dianjurkan pada hujung tahun..

………………………………………………………………………………………………

Lama giler la aku nak abiskan entry ni.. sbb utama sebab aku dengan kerja baru ni agak bz sikit.. nak duduk lepak lama2 depan PC memang xde la.. ni pun aku curi2 masa untuk siapkan entry ni sbb tak nak biarkan blog aku bersawang macam tu jer..

Okeh mari kita buat conclusion untuk entry ni.. ni merupakan event yg terangkir aku untuk 2013.. 2014 cite lain plak.. aku rasa event newton run 2014 ajat ada masuk kot.. tapi aku tak pegi pun tengok.. 2014 nanti aku akan mengalami satu episode hitam dalam sejarah hidup aku.. dan juga 2014 aku dah Berjaya mendapat title Marathon runner… aku harap aku dapat tulis satu entry tentang itu.. untuk event2 2014 aku akan cuba buat coretan sikit pasal semua event yang aku masuk untuk 2014… insyaallah…

Tuesday, September 23, 2014

Kehidupan aku kini…

Aku tak pernah terlintas laluan.. takdir hidup aku akan jadi seperti ini… dulu aku sering membayangkan kami akan tua bersama2… menghabiskan sisa2 hidup bersama2… tetapi Allah lebih syg akan dia… terasa sebak sekali setiap kali terkenangkan saat2 terakhir bersama2 dengan dia… kadang2 rasa tak sanggup nak tempuh tempat2 yang selalu aku dan dia pergi… sampai sekarang aku amat2 fobia bila lalu dekat dengan hospital… terutama hospital kuala kubu bharu dan hospital sungai buloh…
    Yang pasti aku harus teruskan hidup… sekurang2nya untuk miza… kesian aku kt miza sbb hilang kasih sayang seorang ibu pada usia yg masih muda… aku tak pasti samada aku boleh carik peganti yang sesuai untuk isi kekosongan itu…
    Aku kira usia aku masih muda… apa harus aku buat… kekal menduda atau cari peganti… terus terang aku nyatakan aku memang sunyi sekarang nih… aku tinggal seorang jer kt rumah sewa aku yang masih penuh dengan barang2 peninggalan betty… baju2 dia masih ada dlm plastic lagi… tak keluarkan pun sejak berpindah… keluarkan apa yang nak pakai aje… miza pula sekarang duduk dengan mak aku… aku rasa buat masa ni elok dia duduk dengan mak aku dulu… terjaga sikit makan pakai dia… lagi pun dekat rumah mak aku ada rini yg boleh tlg tgkkan miza…
    Susah juga jadi duda ni… lebih2 lagi bila bercerai mati… dulu dh biasa berdua2… sekarang tinggal seorang memang agak tak terurus… aku memang nak cari peganti… aku rasa tak salah rasanya kalau aku carik peganti… ini bukanlah bermakna aku tak sayang lagi kat Betty… kasih sayang aku kt Betty tak akan berubah… kalau aku ada jumpa orang lain, aku akan sayang dia lain dari cara aku sayangkan Betty… aku takkan akan bandingkan antara kedua2nya…
    Sekarang pun sebenarnya aku dh mula berkawan balik… dalam banyak rakan2 perempuan yang aku jumpa, ada seorang ni yg aku anggap paling istimewa… mak pernah pesan kt aku macam mana keadaan pun aku takkan dapat cari peganti sama macam Betty… itu aku tahu… Cuma 3 perkara yang aku kira penting:
1. Terima aku dengan keadaan aku sekarang
2. Terima miza sebagai anak aku
3. Terima keluarga aku
Jika ada jodoh aku dengan sidia… aku tak tolak… tapi berapa cepat, tu masalah sikit… aku tak pasti dengan pandangan masyarakat tentang duda macam aku yang ingin berkawin semula… kalau kawin cepat sangat nanti kata tak sabar2 nak ganti isteri yang telah tiada… kalau lambat sangat umur dah makin meningkat…
    Sidia yg aku kenal di pun bukannya anak dara… status dia pun macam aku gak Cuma dia bercerai hidup jer… dia pun ada anak sorang… dlm tempoh aku berkenal2lan ni ada la 2-3 anak dara yang aku kenal sekali… tapi aku rasa macam tak brapa sesuaila… ialah aku bukannya muda sangat… dia org tu baru awal 20an… kang aku dh tua kerepot dia org masih muda lagi… mana mau nk melayannya… letih aku nanti…
    Apa ajela yg aku membebel ni… saje2 je… asyik nak tulis pasal race report jer… lain kali aku tulis pasal race report plak yea… bye…
Insyaallah

Friday, September 12, 2014

2xU Compression Run 2013

Jarak: 8km
Kategori: Men’s open
REP: 2xU Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,
Tarikh: 3 November 2013
Lokasi: Padang Merbok, KL

          Kali pertama aku join acara ni … kali ni aku ambil jarak yang pendek sahaja.. tak Nampak keperluan untuk ambil jarak yang lebih panjang sebab kedua2 jarak masih akan dapat finisher medal… pendapat ini juga sama dengan ajat dan una yang mana kedua2nya berlari dalam kategori yang sama.. lagipun dah dekat nk hujung tahun… malas nk lari jauh2…
        Detail pasal event ni tak banyak yg masih aku ingat.. tapi aku buat jugalah sedikit coretan sebagai penanda aku pernah sertai event ni.. aku rasa takde masalah sangat disepanjang event… kira2 standard je la… haaa Cuma event ni tak dapat certificate.. baik manual ataupun e-cert… apa punya malas punya penganjur, buat simple cert pun tak boleh..
        Sebagai bukti aku masuk larian ni… berikut adalah gambar yg masih tertinggal dari event tu… itu aje la
        Tapi tahun aku join lagi event ni… tapi aku upgrade dari 8km ke HM… sebab utama sebagai latihan untuk menghadapi FM aku pada SCKLM’14 yg akan berlangsung pada bulan Oct nanti.. sebenarnya dari tarikh aku post entry ni… tinggal lagi sebulan jer aku nak lari FM masa SCKLM’14… cuak giler siot… mampu ke idak aku nak menghabiskan larian… insyaallah boleh…

Arai, Aku, Ajat & Una

Thursday, July 3, 2014

BSN Putrajaya Night Marathon 2013 (BSN PNM'13)

BSN Putrajaya Night Marathon 2013
BSN PNM ‘13
Jarak: 21km (Half Marathon)
Kategori: Men’s open (Bib F3530)
REP: BROOKS Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher-T, Finisher Medal, E-Cert
Tarikh: 19 October 2013

            perkara yang dah lepas aku dah tak boleh nak buat apa2… pada waktu aku menaip laporan ni… cukup 2 bulan betty telah meninggalkan aku… rasa sedih tu masih ada… rasa utk meneruskan hidup pun masih kuat… Alhamdulillah, keadaan aku dan miza dalam keadaan baik… aku masih terkenangkan saat2 akhir aku bersama2 dgn betty… setiap kali terkenangkan dia pasti aku sedekahkan al-fatihah buat dia… I miss her so much..
            coretan ini pun sebenarnya hanya untuk menyatakan aku ada menyertai event di atas… seminggu selepas betty tiada… aku masih meneruskan aktiviti larian aku… aku menyertai Kuantan run 21km… walaupun bersedih aku kuatkan semangat untuk meneruskan minat aku ni.. ni sebenarnya antara pendorong aku untuk meneruskan hidup…
            event BSN PNM’13 kali ni disertai oleh aku, ajat, rini dan una.. seperti biasa aku dan ajat masuk event HM manakala rini dan una berlari dalam event 5km.. cuaca pada malam tersebut adalah mendung dan hujan sekejap2… menurut rini yang lari event 5km… permulaan event 5km hujan turun dengan lebat sekali.. seingat aku sepanjang larian pun hujan turun renyai2…


            larian aku pada mlm itu kira OK jugak… seperti biasa larian malam di putrajaya pasti menyeksakan … aku kira waktu aku berada separuh perjalanan terdengar bunyi bunga api yang sangat kuat menandakan peserta pertama acara HM telah sampai… perghh memang laju gile… aku baru je sampai separuh jalan…
            walaupun aku rasa macam prestasi larian aku tak berapa baik tapi masa yang aku catatkan untuk BSN PNM kali ini adalah amat baik… aku melintasi garisan penamat dengan masa 2jam 43min… manakala ajat sampai 2min selepas itu dengan catatan masa 2jam 45min.. secara keseluruhannya kedudukan aku adalah pada no 954 daripada 1795 pelari dalam kategori Men’s Open… seperti biasa kelompok pertengahan…
            walau macammanapun aku akan cuba memastikan blog aku ni masih aktif… sayang rasanya dah bertahun2 aku menulis dan perbagai cerita aku dah kongsikan.. terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.. sehingga berjumpa lagi…

AKU MASIH MERINDUI MU
AL-FATIHAH BUAT BETTY

Thursday, June 5, 2014

Say Something!!! I'm giving up on U

Aku cuma nak bagitau yang isteri aku... Betty dah takde... Allah lebih sayang dia... sekarang cuma tinggal aku dan miza shj... takde apa lgi yang dapat aku buat untuk dia cuma Al-fatihah yang dapat aku iringkan... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman... dan dosa2 diampunkan... I LOVE U... I MISS U

Say something, I'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I am feeling so small
It was over my head
I know nothing at all

And I will stumble and fall
I'm still learning to love
Just starting to crawl

Say something, I'm giving up on you
I'm sorry that I couldn't get to you
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

And I will swallow my pride
You're the one that I love
And I'm saying goodbye

Say something, I'm giving up on you
And I'm sorry that I couldn't get to you
And anywhere I would've followed you (Oh-oh-oh-oh)
Say something, I'm giving up on you

Say something, I'm giving up on you
Say something...

Wednesday, April 16, 2014

Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2013 (SCKLM'13)


SCKLM ‘13
Jarak: 21km (Honda Half Marathon)
Kategori: Men’s open (Bib E-10781)
REP: New Balancer Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal, E-Cert
Tarikh: 29 September 2013

            Acara tahunan yang merupakan acara wajib aku untuk setiap tahun… tarikh asal adalah sepatutnya pada bulan 6 tapi ditunda kerana waktu tu keadaan jerebu adalah sangat teruk dan tak selamat kepada semula runner… sebenarnya kalau event ni masih dibuat pada bulan 6 lepas aku masih boleh join lagi sebab masa tu aku tak ke china lagi…
            REP untuk event ni aku amik sendiri sebab aku nak hadiri expo SCORE yang dibuat selari dengan pengagihan REP untuk acara ni… pengagihan REP dibuat di PWTC… semasa di expo aku tak de beli apa2 pun… Cuma aku dapat 2 pouch lengan yang aku dapat dari standard chartered bank sebab apply untuk credit card dia orang… aku dapat 2 pouch, satu aku bagi kat rini… lepas amik REP, aku simpan jer baju dan BIB sebab lepas tu aku ke china selama sebulan… buat apa aku ke china boleh baca post aku yang sebelumnya… malas nak ulang…
            Tarikh baru selepas penangguhan adalah pada bulan 9… bulan yang sama untuk larian Men’s Health… tapi aku tak kisah sangat sebab larian Men’s Health pada awal bulan… geng2 komplot untuk acara kali ni adalah ajat dan una… aku dan ajat akan berlari dalam kategori HM dan una dalam kategori 10k… pada hari event rini pun ikut sekali kami ke dataran merdeka… perancangannya adalah kami akan ke dataran merdeka dengan menggunakan perkhidmatan LRT sebab LRT start awal semperna event ni supaya memudahkan runner untuk sampai ke dataran merdeka… lagipun susah nak carik parking berdekatan dengan dataran merdeka kalau naik kete… tahun lepas aku dengan ajat jer yang join SCKLM’12… sebab tu kami boleh naik moto je ke dataran merdeka…  aku, ajat dan rini naik kereta ke sentul dan parking berhampiran apartment una… lepas regroup dengan una kami berempat bergerak ke dataran merdeka naik LRT dari stesen sentul… kami turun di stesen masjid jamek yang tak jauh dari dataran merdeka…
            Didataran merdeka setelah tukar baju dan buat senaman ringan… kami ronda2 dulu kat both penaja… untuk scklm tahun ni aku sempat mendaftar kat website Honda untuk dapatkan T-shirt percuma yang aku dah collect masa amik REP kat SCORE Expo… masa lalu kat both Honda aku tengok staff dia tengah agihkan T-shirt yang sama… aku dengan selamba pergi dan mintak sehelai… dapat lak tu, T-shirt tu aku pass kat rini sebagai saguhati sebab dia ikut sekali hari ni…
            Menjelang 6.30am aku dan ajat mula masuk ke starting penn untuk HM manakala una bergerak ke kawasan permulaan 10k yang berdekatan dengan taman tasik perdana… mana kala rini aku lepak kat area dataran merdeka… lebih kurang jam 6.40am peserta HM pun dilepaskan selepas pelepasan acara Ekiden relay… secara kasarnya larian aku kali ni dalam scklm’13 adalah lebih baik berbanding tahun lepas… yelah aku dah 2-3 kali lari HM sebelum ni pun… masa yang aku catatkan pun lebih baik dari tahun lepas… route larian tak banyak berbeza dari tahun lepas… OK la tu… ini bermakna dah ada 2 finisher medal untuk HM SCKLM…
            Sorrly la tak banyak detail masa larian yang aku boleh coretkan kerana dah lupa… lepas larian semua berkumpul balik di area air pancutan… kami lepak jap kat tepi route larian berdekatan dengan trafik light untuk tengok peserta2 yang lain yang dalam usaha nak menamatkan larian… lepas berehat seketika kami pun balikla… tunggu lama2 pun bukanya kami dapat naik podium ke… kami balik naik LRT gak ke sentul… by this time memang dah penuhla LRT dengan orang ramai… selamba jer dengan badan berpeluh tu bersesak2 dengan orang ramai dlam LRT…
            Sampai sahaja di sentul kami pun berpisah dengan una… dia terus balik ke apartmentnye… kami bertiga pula balik ke Gombak… seperti biasa singgah dulu untuk bersarapan di PapaRich sebelum balik… dah menjadi kebiasaan kami untuk singgah di PapaRich untuk bersarapan setelah abis acara larian disebelah pagi… favorite kami kat sini adalah telur ½ masaknya… bagi pendapat aku telur ½ masak PapaRich amat2 sempurna… sebab kalau makan kat kedai mamak selalunya mesti dapat telur ½ masak yang tak betul2 ½ masak… masih ada bahagian putih telur yang belum bertukar jadi warna putih… ada kenkadang tu hamper tak masak langsung… tu yang tak boleh blah tekak aku tu… Cuma kalau kat PapaRich ni guna kicap pekat manis mesti lagi KAW… kami punya selalu singgah kat PapaRich sri Gombak lepas larian sampai tokey kedai boleh kenal kami… mesti dia Tanya “baru lepas lari ka?”… tapi diskaun tak pernah nak  bagi pun…
            Waktu aku coretkan entry ni… lagi seminggu akan buka pendaftaran secara atas talian (online le tu) untuk SCKLM 2014… nak masuk scklm’14 baru nak buat race report… apa2 je la… tahun ni aku dah ajat dah tekad nak masuk FM… now or never… yang paling bangsat adalah scklm’14 clash dengan BSN PNM’14… back tu back… sabtu malam lari kat putrajaya… esoknya pagi lari kat dataran merdeka… memang takdela aku… so terpaksalah tahun ni letgo PNM… tahun depan harap2 tak buat camni lagi tau PNM dan SCKLM… buat susah orang jer… ok, sebelum aku melalut lebih jauh… jumpa lagi dalam entry yang lain…
subuh hari di dataran merdeka
tak sabar nak lari nih... bersama2 peserta HM yang lain
1/2 way
a view from a runner
all the way... my 2nd HM SCKLM medal