Wednesday, March 4, 2009

panazzzz


Sekarang ni memang musim panazzz la… biasanya panas-panas ni aku tak ambik pot sangat… aku selalu anggap yang kita ni duduk kat malaysia ni yang memang dah ada 2 musim je (panas dan hujan sepanjang tahun; iklim khatulistiwa; itu yang belaja geografi dulu).
Musim2 panas ni nak gi mancing pun malas… lebih2 lagi kalau gi kolam yang takde tempat nak berteduh… segila2 aku mancing… takde la aku sanggup nak berjemur bawah panas terik… kiranya aku ni belum lagi la masuk kategori “PEGI”… ni kira kategori kritikal la ni bagi pemancing… aku dapat kategori ni pun masa baca majalah UJANG dulu… “PEGI” bermaksud PEmancing GIle . . . ni kira pemancing2 yang 24jam ada kat kolam jer… sampai buat khemah rasanya kat tepi kolam tu… sekali tenung kat permukaan kolam pun dah dapat agak ikan main kat mana… siap rasa air kolam lagi sebab nak tahu ikan makan umpan ataupun tidak (mintak maaf bebanyakla kalau ada yang terasa hati lak)… ada beberapa lagi la kategori2 pemancing nih… yang aku ingat la… PEHO (PEmancing HObi)… yang minat mancing sebab dah jadi hobi dan bila ada masa yang terluang… PESU (PEmancing SUka-suka) … orang yang tak berapa minat mancing… tapi selalu SUKA-SUKA ikut member mancing… pastu duduk kat tepi kolam kutuk2 member… hehheehheee… aku rasanya masuk kategori PEHO kot… agaknya…
Minggu lepas ada gi trip mancing dengan bapak dan adik beradik aku… tangkapan tu takde… tapi dapat luang masa dengan adik-beradik aku OK gak… rasanya lepas ni nak buat lagi trip2 macam ni… kalau tak mancing pun bole la buat benda2 lain… barbekue ke… gi main badminton ke… main bowling ke… main futsal ke…
Last week jugak aku ada masuk pertandingan futsal… menang tu memang la tak… sebab tak pernah training pun… masuk pertandingan pun suka-suka je… tapi ok la jugak, sebab dari 3 game main masa liga… team aku menang 1 game… satu pencapaian yang membanggakan untuk team yang kaki bangku…

Friday, February 6, 2009

bangau

Apela nasib aku sejak kebelakangan ni… asyik jadi bangau je… ala bangau, takkan tak kenal burung bangau… yang selalu berdiri tegak kat kolam2 tunggu ikan… camtu la aku rasa semenjak 2 menjak nih… itu hari masuk pertandingan memancing ikan air tawar… 4 jam tu tercongok tunggu ikan makan umpan… HARAM, cium pun tak nak… pas tu cuba nasib gi kolam air masin lak… sama gak… 4 jam casting, sekor pun tak lekat… memang malang nasib aku… kene mandi bunga rasanya nih…

Yang palilng menghairankan aku… orang2 sebelah menyebelah aku dapat lak ikan… tapi biasalah adat memancing… kenkadang dapat… kenkadang tak dapat… tapi selalunya tak dapat heheheeee (buat jadi bahan kutukan je)… nak kata pakai umpan lain… sama jer… aku pun pakai umpan dedak, udang idup… kalau nak kata gaya casting… takdela beza sangat… takdela sampai jadi ultraman…

Aku baru balik dari bercuti… gi jenjalan ke pangkor… tapi tak dapat mancing la… sebab barang2 lain yang bawak ke sana dah banyak sangat… beg sampai 3 bijik… dah tak cukup tangan aku nak bawak pancing… tapi masa gi sana memang aku nampak banyak la port2 yang menarik untuk mancing… kat batu2 tepi teluk pun ada… jeti2 konkrit pun banyak.. aku rasa kalua ada rezeki nak gi sekali lagi… tapi untuk trip mancing je… sewa motor (rm30 jer sehari) boleh keliling pulau memancing…

Pulau pangkor best gak la… nak gi pun kos x mahal… aku lama dah tak gi pulau pangkor… last time gi masa pakcik aku masih lagi navy kat lumut… itu 10 tahun lepas ada rasanya… aku menginap kat teluk nipah… tempatnya bole tahan la… banyak aktiviti boleh buat kat sana… aku sempatla main kayak dalam sejam… sioknya, rasa cam na k gi lagi jer…

Wednesday, February 4, 2009

kisah pen

Al kesah pasal pen biru ku…
Pasti semua orang ada pen masing2… aku pun ada… aku ada sebatang pen biru yang aku pakai hari2 kat opis. Selalunya kat poket aku mesti paling busuk ada 2 batang pen, sebatang warna biru, lagi sebatang warna hitam. Aku guna gilir2 la atau mana yang terambil dulu bila nak guna. TETAPI, JARANG sekali aku dapat guna pen sampai abis dakwat, selalunya mesti hilang. Tertinggal atas meja la, member pinjam tak reti nak pulangkan (buat reta la tu), tercicir dari poket, pen rosak, dakwat x nak kuar dan bermacam2 lagila alasan.
Bebaru ni dengan bangganya aku telah BERJAYA menggunakan pen biru ku itu sampai abis dakwat… bukan senang woo… mau makan bulan baru dapat abiskan satu batang pen… itu pun kalau tak ilang. Ini bermakna memang banyakla keje aku kat opis sampai abis dakwat pen, aku agakla orang yang keje kat kounter-kounter bank, pejabat pos dan yang sehaluan dengannya pun mesti banyak guna pen kan… dia org mesti dah tak heran dapat guna pen sampai abis dakwat… kecoh jer…
Macam perambut pancing aku la… boleh dikatakan 40% ilang camtu jer… bukan hilang sebab kene curik ke, salah letak ke… tapi ilang dalam kolam pancing… sangkut la tu… aku pun tak paham macam mana bole sangkut… kalau gi mancing kat laut ke, sungai ke atau lombong, faham la aku camna boleh sangkut… sebab dalam sungai, laut dan lombong ada bermacam2 khazanah dan sampah sarap. Aku ingat kat dalam kolam pancing tu dia punya tokeh memang dah campak batang balak kot… sebab tu boleh sangkut… mesti dia orang ada pakat dengan tokeh kedai pancing sebab nak bagi laris mata kail, batu ladung, perambut dan cili… aku agak la… kang tak pasal2 aku kene saman dengan tokeh kolam dan kedai pancing lak… jangan marah aaaa
Anyway… aku dah beli dah pen biru baru untuk menggantikan pen biru yang dah abis dakwat tu… dan bermula la semula perjuangan ku untuk memastikan dakwat pen abis sebelum HILANG…

Thursday, December 25, 2008

cerita kolam #1

Ini kisah trip yang aku janji nak share tu

Cerita Kolam #1
Itu hari aku gi mancing kolam dengan member aku yang turun dari Melaka. Dia ni memang minat mancing gak tapi dah lama x gi mancing sama2. Dulu seingat akula, last time gi mancing dengan dia time mancing kolam air tawar kat subang jaya. Time tu aku dapat ikan jelawat saiz sedang sekor.
Lepas berjanji kita org plan untuk gi mancing malam. Siang memang x dapat la nak gi sebab macam2 hal. Lagipun gi kolam bayar, ramai orang, bukan lubuk tengah hutan mana tah.
Dia sampai umah aku dalam kul 10 malam. Kami gi 1 kete je, lagipun dia x tahu jalan gi kolam ni. Dalam 10.30 kami pun sampai, kolam tu memang x jauh dari rumah aku, tempat pun agak kedalam sikit dari main road, so, memang selesa la nak mancing. Umpan yang aku bawak, ikan sardine, udang pasar pastu beli udang idup kat sana. Aku ada bawak umpan sepecial yang aku baru research dalam internet. Nak try la keberkesanannya. Udang pasar yang dah siap kopek & buang kepala diperam dalam garam untuk beberapa hari.
Bila kami sampai tu, memang dah agak ramai la umat yang memancing. Biasala malam minggu, pastu awal bulan lak tuh. Kami pilih la satu port yang popular kat kolam tu, dekat dengan bangsal yang jual umpan. Memula sekali aku try udang idup, malas nak main casting, campak je pastu biar udang tu main lari2. Dah hampir sejam, x de hasil. Kami pun pindah la, pilih port jauh sikit dari angler yang lain. Aku dgn member aku pun tukar umpan lain. Aku try la umpan sepecial yang aku bawak tu dan member aku pakai hirisan ikan sardin.
Dalam masa sejam pancing member aku kene, so naik la sekor siakap lebih kurang 1.5kg. yang best tu member aku baling dekat je, aku yang casting jauh bagai nak rak, bukan kata ikan nak makan umpan, cium pun x de. Dengan selamba member aku kata “ala, kolam memang konfom ada ikan, buat pe baling jejauh, buat sakit tangan je”. Betul jugak tu, so aku pun tukar taktik & umpan, 2 mata, hirisan sardin dgn udang kopek. Dlm masa 30 minit, pancing aku pun kene, so naik la siakap 1.5kg, Alhamdulillah.
Kami pun balikla sambil jinjing ikan sorang sekor…. Rezeki….

Monday, December 8, 2008

KoRbAn

Raya korban 2008 aku ada kat kuantan

terpaksala KORBAN kan janji dengan member yang kat melaka tu nak gi mancing kolam, lain kali la... tapi ingat lepas balik dari kuantan ni nak gi mancing gak la

nak try guna umpan sardin hiris dengan udang idup... sardin tu di fillet dari perut sampai hujung ekor... ambik isi saja... biar kasi darah sikit... tu yang buat sebagai pemikat tu... kalau ikan x makan udang... dia makan sardin tu... last time dah cuba teknik ni (lain kali aku cite pasal tu)... rasa macam berkesan. ingat balik dari kuantan nak try repeat teknik nih.

satu lagi tips yang aku dapat dari internet... nak gi mancing kolam, tak kire masa.... tapi elakkan pergi masa time panas, matahari tengah memancar2... sebab masa tu dikabarkan ikan x aktif... buat rugi rm33 je nanti... abis 3 jam... bawak balik udang yang nak buat umpan...

kat kuantan ni x de port nak mancing ke...????? biasala... macam kalau kita gi kolam baru... kene usha2 dulu... tengok camna otai2 kolam mancing.... baru la tak kekok... bak kata pepatah... masuk kolam air tawar kita guna dedak... masuk kolam air masin kita guna udang... kan, betul tak!!!!

Saturday, November 22, 2008

KERJA

aku dah stay dengan kerja aku sekarang ni dah dekat nak masuk 9 tahun... lama tu.... tapi semenjak 2 menjak ni.... aku terasa macam nak tukar keje lak plak...




sebab tu aku dah ada hantar resume aku kat beberapa company, terdesak nak pindah keje tu takde la sangat, tapi mana la tahu bole dapat offer yang lebih grand dari keje aku sekarang apa salahnya kan.... 3 bulan lepas aku ada gi interview kat sebuah syarikat berkaitan kerajaan... masa interview tu aku cakapla, kalau nak ambik aku keje kat sini boleh tunggu sampai tahun depan tak.... aku bagi alasan sebab ada projek yang masih belum siap kat compeni lama aku... tapi yang sebenarnya nak tunggu BONUS... rugi woooo, penat aku keje sepanjang tahun ni x dapat BONUS.... bole nangis....




cari kerja ni macam mancing la jugak... yang penting umpan dan lokasi.... umpan tu cam resume kita la.... lokasi lak tempat yang kita mintak keje tu.... x dapat jugak kalau mailto:tempat@lokasi yang kita mintak tu memang dasat tapi umpan @ resume yang kita hantar tak menarik langsung... takkan nak mancing siakap guna umpan dedak, mana kene BRO....




Interview lak boleh disamakan dengan teknik mempersembahkan umpan kat ikan.... kene menarik, baru dapat sambaran.... sebab tu kita kene belaja macam2 teknik cam casting, trolling, popping, pancing sasar, DLL




Akhir kata..... SELAMAT MEMANCING KEJE.....

Monday, November 17, 2008

TRIP

Member baik aku yang keje kat Melaka ajak aku gi trip memancing ke tasik kenyir 4 hari 3 malam. Sebenarnya aku memang x pernah pun pergi mana2 trip memancing. Selalunya layan kolam jer.

Pelawaan member aku ni masih bermain2 lagi dlm kepala otak aku. Banyak yg nak kene pertimbangkan nih, kos $$$, masa (kene amik cuti tuh) dan macam2 lagilah. Lagipun cukupke set pancing yg aku ada sekarang utk trip2 macam ni, tapi member aku tu memang baik ati, dia kata x perlu risau pasal peralatan sebab dia boleh beri pinjam dia punya.

Lagi yang buat aku cuak, nak pergi ni dgn OTAI-OTAI, kang tak pasal2 dia org dah naik 2~3 ekor, aku masih lagi terkial2 layan anak lampam. NAYA JER.

TAPI, kita hanya merancang, hanya ALLAH yang menentukan, sebab aku baru jer dapat berita dari member aku yang trip ke kenyir terpaksa dibatalkan sebab keadaan semasa x mengizinkan, air kat sana tgh naik, so banyak la balak terapung, MERBAHAYA untuk kesihatan pemancing. Yela, gi sana nak mancing ikan , bukannya nak mancing BALAK.