Monday, March 21, 2016

Great Eastern Color My Heart Run 2015


Great Eastern Color My Heart Run 2015

Jarak: 12km

Kategori: Men’s Open

REP: Running T, BIB

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 24 May 2015

Lokasi: Dataran Merdeka

 

          Pada 2015 akhirnya aku Berjaya mendaftar untuk larian Great Eastern.. Cuma pada tahun ini perbezaannya adalah pada lokasi larian.. pada tahun2 lepas larian ni dianjurkan kat Banggunan Matrade di jalan Duta.. pada tahun 2015 lokasi larian berubah ke Dataran Merdeka.. pada tahun 2015 juga larian ini bertukar konsep dari larian berhalangan kepada Color run.. ini adalah kali pertama aku untuk menyertai color run.. secara kasarnya larian ini terbahagi kepada 2 kategori.. 12km dan Fun Run 5km.. route larian 12km akan bermula dari dataran merdeka dan mengelilingi kawasan bukit tungku.. manakala fun run adalah lebih kepada color run dimana para peserta akan disimbahkan dengan serbuk warna sepanjang checkpoint larian..

          Sudah lama rasanya aku taka da event yang bermula dari dataran merdeka.. selalunya aku akan ke dataran merdeka untuk SCKLM sahaja.. untuk larian kali ini Cuma aku dan ana sahaja yang bergerak ke dataran merdeka.. aku pinjam moto ajat.. pada masa ni ajat xde kat rumah sebab dia ada urusan lain.. sufi dan miza pulak malas nak ikut sebab kena gerak awal pagi.. tinggallah sufi dengan miza kat rumah ajat.. bertemankan rini yang ikut sekali..

          Hehe.. bergeraklah aku dengan ana ke dataran merdeka naik moto.. macam org bercinta aje.. aku memang jarang sekali dapat bermoto dengan ana.. selalunya naik kete aje.. setibanya di dataran merdeka aku terus carik tempat nak parking moto.. aku parking dekat dengan air terjun berbentuk pokok periuk kera (sekarang dah xde dah.. dh kena robot dan digantikan dengan arca yang lain plak).. aku minta ana tunggu aku kat area kolam air pancut sementara aku bergerak ke tempat permulaan.. sejujurnya aku dh tak ingat detail pasal larian tu (maklumlah dh lepas setahun baru gatal tangan nak tulis race report).. tapi aku nak komen sikit pasal color run.. selepas menyertai acara color run ni.. aku rasa aku tak minat untuk sertai color run lagi.. aku kira bernasib baik sebab untuk route 12k takde org datang simbah serbuk color pada aku.. tapi di km yang terakhir peserta 12k akan bergabung semula dengan peserta fun run 5k.. aku tengok habis satu badan dia org kena simbah dengan serbuk berwarna.. bayangkan tight dengan kasut brooks aku kotor dengan serbuk berwarna tu.. ini boleh mendatangkan rasa marah.. camne nak bersihkan tu nanti.. mungkin jiwa aku tak sesuai untuk sertai color run..

          Setelah tamat larian aku dengan ana pergi menjengah booth penaja.. aku belikan untuk ana sepasang tight larian brooks dan juga sepasang stokin brooks (hehe.. seperti biasa).. lepas tu aku bawa ana pusing2 KL naik moto pulak sebelum balik semula ke rumah ajat..
Kami berdua aje kali ni

di kawasan air pancut, dataran merdeka

belakang tu pokok periuk kera gergasi



Starting Point
 

          Semasa aku menaip entry ni.. esok adalah tarikh buka pendaftran SCKLM 2016.. disebabkan SCKLM 2015 terpaksa dibatalkan sebab jerebu maka para peserta SCKLM 2015 diberi kelebihan untuk mendaftar awal dengan sedikit diskaun untuk yuran pendaftaran.. insyallah, seperti biasa akan mendaftar untuk acara HM sahaja.. so, esok standby depan laptop untuk daftar SCKLM 2016..

          Ana pulak sekarang ni sedang menunggu hari untuk bersalin.. aku doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk ibu dan baby insyallah.. AMIN..

Monday, February 22, 2016

Sakit Gigi


Sakit Gigi

Korang pernah tak mengalami masalah sakit gigi.. tahun lepas 2015.. aku mengalami masalah sakit gigi yang agak kronik.. gigi tu sebenarnya dh lama sakit .. aku cuba elakkan dari makan kat gigi tu.. tapi ada sekali tu aku gi kenduri kat pulau pinang.. tuan rumah buat kambing bakar.. bersemangatlah aku nak makan.. sampai lupa pasal gigi aku yang sakit tu.. sekali aku tergigit kat area gigi yang sakit tu.. dia punya sakit rasa macam nak menangis..

 

Lepas balik dari pulau pinang.. aku terus nekad pergi jumpa doctor gigi.. aku dah  nekad suruh doctor gigi cabut gigi yang sakit tu.. sakit gigi bukan boleh buat main2..lepas cabut gigi terus rasa lega.. aku gi buat rawatan kt klinik swasta je.. kenalah dalam lebih kurang rm100.. disebabkan gigi yang kena cabut tu gigi geraham.. maka aku kena tukar gigi yang aku guna untuk kunyah makanan..

 

Baru2 ni gigi aku buat hal lagi.. gigi yang aku guna buat kunyah tu plak yang sakit.. mula2 sakit sikit jer.. tapi pada satu hari.. masa aku makan nasi ayam kat sri Gombak.. camne aku tak perasan ada tulang ayam dalam nasi tu.. sekali aku tergigit tulang ayam kat gigi yang sakit tu.. bunyi kuat, sampai ana yang duduk kat sebelah aku pun boleh dengar.. bila aku rasa2 dengan lidah aku aku boleh rasa gigi aku yang sakit tu dh retak.. Nampak gaya nak kena jumpa doctor gigi lagi la..

 

Aku gi la jumpa doctor gigi.. doctor kata gigi tu memang nak kena cabut.. tapi masa proses cabut tu.. gigi tu boleh patah, tertinggal akarnya kt dalam gusi aku.. masa tu doctor cuba gak la nak keluarkan akar yang tertinggal tu.. tapi tak boleh.. daktor kata nak kena buat surgery.. dalam bahasa perubatan pergigian dia org panggil M.O.S.. Minor Oral Surgery.. disebabkan gusi aku dah bengkak masa cabutan awal tu maka doctor tak boleh nak terus buat MOS.. nak kena tunggu gusi yang bengkak tu susut dulu.. doctor cadangkan keesokkan harinya untuk buat MOS.. tapi aku pulak dalam masa yang sama ada meeting besar pada hujung minggunya di pulau pangkor.. kalau aku buat MOS bermakna susahlah aku nak hadiri mesyuarat tu nanti.. maka aku terpaksa tunda MOS tu seminggu selepas aku balik dari pulau pangkor..

 

Sebelum aku nak buat MOS doctor dah bagitau siap2 berapa kosnya.. kosnya adalah RM500.. perrgghh.. mahal giler.. kalau korang nak murah boleh lah gi buat rawatan kat klinik pergigian kerajaan.. kosnya amat2 murah.. tapi nak kena buat appointment la.. tu yang tak sanggup tunggu tu.. gigi dah la berdenyut2 sakit..

 

Selepas balik dari pangkor aku pun set appointment utk MOS dengan klinik gigi.. aku nak buat MOS hari jumaat, supaya aku boleh berehat recovery pada hari sabtu dan ahad.. appointment aku pukul 9.00am.. aku nak buat awal2 supaya boleh berrehat awal.. cuak takyah cite la.. tapi aku buat2 control macho jer.. bila aku sampai ke klinik dah ada sorang customer tunggu.. tapi customer tu xlama.. dalam lebih kurang jam 9.30 aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik doctor..

 

Sebelum pembedahan dimulakan.. doctor akan terlebih dahulu menerangkan risiko2 yang mungkin akan muncul.. tapi aku percaya pada kebolehan doctor dan aku redha je la.. seperti biasa doctor akan suntik bius.. lepas suntikan bius tunggu jap dalam 10min untuk memastikan bius bertindak.. pastu doctor akan mula operation.. basicly kita tak rasa apa2 pun masa proses pembedahan tu sebab dah kena bius.. Cuma rasa sakit sikit je masa nak kena cucuk bius.. sepanjang operasi aku tutup je mata.. takut aku nak tengok peralatan2 yang doctor tu guna..

 

Operation makan masa sejam lebih.. aku tak berapa tahu apa yang doctor buat tapi aku perasan dia ada buat sedikit belahan pada gusi dan gerudi pada tulang rahang.. ini aku rasa untuk membebaskan akar gigi yang tertinggal tu.. selepas selesai operation doctor akan jahit semula tempat belahan.. doctor pun tunjuk kat aku semua akar gigi dah Berjaya dikeluarkan.. Alhamdulillah selesai juga..

 

Selepas itu doctor beri ubat tahan sakit dan antibiotic.. dia juga nasihatkan aku untuk berehat .. untuk hari pertama selepas operation kita tak digalakkan untuk berkumur2 dengan kuat .. Cuma sekadar untuk buang lebihan darah dari operation.. kena makan makanan yang lembut dan sejuk.. jangan gatal2 lidah nak sentuh tempat operation dan benang yang digunakan untuk jahit belahan bedahan.. pastu kena kumur2 air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam.. seminggu lepas operation kena datang semula untuk doctor buka benang jahitan..

 

Alhamdulillah operation aku takde sebarang complikasi dan sekarang pun dah pulih sepenuhnya... ingatan aku buat rakan2 pembaca sekalian.. jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak kena macam aku.. K Bye..

Wednesday, December 2, 2015

3R International Marathon 2015


3R International Marathon 2015

Jarak: 5km

Kategori: Fun Run – 5km

REP: Running T, BIB (8074),

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 19 April 2015

Lokasi: Putrajaya

 

          Memikirkan aku perlu mengajak miza supaya menjadi lebih aktif.. aku mengajak dia turut sama sertai event larian.. sebagai pembakar semangat.. aku akan berlari bersama2 dengan dia.. oleh itu aku pun mendaftar dalam acara 5km bersama2 dengan miza dlam event 3R Internatinal Marathon.. event ini turut ada kategori2 lain iaitu 42k, 21k dan 10k.. untuk tambah best lagi aku pun turut daftar rini sekali dalam larian ni..

          Ini adalah larian belah pagi.. kali ini selain aku, miza dan rini.. ana dan sufi juga akn turut ikut sekali.. ini merupakan kali pertama sufi ikut aku pergi acara larian.. dia Nampak macam berminat sangat nak masuk ikut berlari.. insyaallah dalam masa hadapan aku akan cuba carik acara larian yang mana sufi boleh joint sekali..

          Kami bergerak dengan sebijik kereta terus dari bukit beruntung ke putrajaya.. perjalanan awal pagi bergerak tanpa banyak masalah dan kami sampai di putrajaya awal dan parking di tempat biasa berdekatan dengan masjid besi..

          Setelah bersiap kami pun bersedia berdkatan dengan tempat permulaan.. acara 5km dilepaskan terakhir sekali.. peserta2 acara 42k,21k dan 10k telah lebih awal dilepaskan.. pada masa ini cuaca pun dah semakin cerah..

          Pelepasan di buat dengan baik.. aku berlari2 seiring dengan miza.. kali ini aku mengikut rentak miza.. kalau miza berhenti berjalan.. aku pun ikut sama berhenti berjalan.. Cuma dari masa kesemasa aku akan cuba untuk galakkan miza untuk terus berlari..

          Route yg kami ikut adalah standard 5km untuk putrajaya iaitu berlari dari hadapan banggunan perbadanan putrajaya higga melintasi jambatan yang berhampiran PICC dan berpatah balik ke banggunan perbadanan putrajaya.. routenya agak landau Cuma berbukit sedikit kat kawasan jambatan..

          Secara perlahan2.. kami pun Berjaya menamatkan larian sejauh 5km ini.. rini telah tamat larian lebih dahulu kerana dia berlari agak laju kehadapan meninggalkan aku dan miza..

          Selepas tamat larian kami berkumpul semula sambil ambil gambar kenangan.. aku juga bertemu dengan Abu.. rakan sekerja aku yang join sekali larian ini untuk jarak 5km..

          Bagi aku acara yang baik dan permulaan yang baik untuk miza.. harapnya pada masa2 akan datang akan lebih banyak acara yang akan dapat disertai oleh miza.. semperna hari ulangtahun kelahiran miza pada tahun ni.. aku menghadiahkan sepasang kasut larian jenama REEBOK untuk miza.. sekian..

rini, miza dan aku

miza dan rini dihadapan gerbang MULA

miza dan medal

rini, miza dan sufi

Abu, aku dan sufi

ana dan sufi

Wednesday, October 7, 2015

D.N.S.



Apa tu D.N.S… ia adalah singkatan kepada Do Not Start.. ia merujuk kepada kegagalan untuk memulakan event larian.. kata kata yang lain x dapat nak larilah.. sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti larian ni, sebelum ni x pernah lah aku DNS dengan secara terpaksa.. Cuma ada sekali tu aku dah daftar untuk satu larian kat Taman Tasik Puteri Rawang.. tapi pas tu aku baru dapat tahu ada larian yang lebih best pada tarikh yang sama iaitu Energizer Night Race yang dibuat kat Dataran Merdeka.. mula2nya aku bercadang untuk ambil baju je untuk larian kat Tasik Puteri tu.. tapi bila menjelang hari larian aku dengan ajat dah terlupa langsung pasal event kat tasik puteri tu hingga kami terlupa nak gi amik baju larian..

 

DNS yang aku nak cite kat sini adalah untuk event Cyberjaya Firefighter Night Half Marathon.. event ni aku masuk untuk memenuhi jadual larian untuk bulan September.. ini merupakan event pertama aku selepas Hari raya puasa.. event ni telah mula dianjurkan sejak tahun lepas lagi dan sepanjang pengetahuan aku event ni takde review yg teruk.. so tahun ni aku decide untuk joint.. pada asalnya ajat pun nak joint tapi dia lambat sangat nk daftar.. last2 dia terlepas..

 

Race kit collection aku buat kat cyberjaya.. kt D’pulze mall.. kira mall yang baru la kt cyberjaya ni.. sebenarnya aku pun belum pernah gi cyberjaya ni.. Cuma ajat jer yang pernah bekerja kt cyberjaya ni dalam kira2 2 tahun.. tapi xde masalah nari cari D’pulze ni.. google map kan ado.. aku ambil peluang masa REP ni untuk bawa keluarga aku jalan2 area cyberjaya.. process ambil REP xde masalah.. lepas collect REP kami makan dulu kat café dalam D’Pulze.. pastu aku bagi cadangan untuk pergi ke rumah Hairy di shah alam.. sebab kebetulan anak Hairy, Awa dh abis UPSR.. aku plan nak bawa anak2 hairy keluar berjalan2 sama2 dengan family aku..

The Loaf; D'Pulze; Cyberjaya


Nampak X kolam pancing kt back ground



anak2 ku
 

Dari cyberjaya kami menuju shah alam rumah Hairy.. kt rumah Hairy kami duduk lepak2 jap sementara menunggu anak2 Hairy, Awa, Suad dan Wafi bersiap.. cadangan asalnya aku nak ke I-City.. tapi bila kami sampai ke I-City.. jalan masuk ke I-City ditutup sebab rupa2nya malam ni ada larian kt I-City.. sebagai runner aku dh faham sgt dh.. kalau aku masuk ke I-City sekarang mesti lewat malam baru aku boleh keluar sbb nak tunggu jalan bukak semula.. so kami tukar rancangan untuk pergi makan2 aje.. aku bawa dia org makan kt Kolam 24 shah alam.. ni sebenarnya kolam pancing.. tapi ada restaurant sekali.. kami pun makan malam di Kolam 24 ni.. lepas makan, kami jalan2 pusing satu kolam sambil tengok org memancing.. aku belum pernah la mincing kt sini.. kolam ni peraturannya lain macam sikit.. kalau kita dapat ikan bawak 2 kilo, kita boleh bawak balik ikan.. tapi kalau atas 2 kilo kene lepaskan balik.. masalahnya ikan2 kt kolam ni semua besar2.. belum pernah lagi aku tengok orang naikkan bawah 2 kilo.. so kolam ni lebih kurang Catch & Release Pond la.. aku x berani nak mancing kt kolam ni sbb aku rasa gear aku tak cukup besar nak handle ikan besar..
 
Apadaa aku ni melalut… asal nak cite pasal DNS.. ni dah sampai kolam pancing 24 lak ni.. okla dipendekkan cite.. aku x dapat nak lari dalam event cyberjaya firefighter night HM sebab aku kene gi Taiwan atas urusan kerja.. aku pas la aku punya BIB kt ajat untuk berlari bagi pihak aku.. maka ini dikira aku DNS untuk event ni.. sbb ajat yg lari maka dia lebih berhak untuk simpan finisher medal..
DNS

Jadi Collection

Medal dlm simpanan ajat
 
Itulah kisahnya…

Wednesday, August 26, 2015

Kek Keju Yang Lembut



Dah lama rasanya aku tak tulis apa2 entry pasal masakan.. selain berlari kenkadang aku minat jugak untuk memasak.. tapi bukanlah masakan yang susah2.. tapi yang mudah2 je la.. kali ni mari kita buat kek la plak..

Aku mulanya dapat resepi kek ni dari facebook.. aku Nampak macam senang je tu yang aku nak cuba tu.. tapi antara requirement untuk resepi ini adalah kena buat meringue.. haha.. apa plak benda allah meringue ni.. meringue ni sebenarnya putih telur .. aku ulangi sekali lagi putih telur sahaja yang dipukul secara laju hingga gebu keputihan.. putih telur kan warnanya seakan2 lutsinar.. bila kita pukul dengan laju.. dia akan kembang dan bertukar jadi putih.. orang kata, meringue yang bagus adalah apabila siap dipukul dan diterbalikkan bowl tu.. meringue tersebut tidak akan tumpah jatuh.. meringue ni sebenarnya agak susah juga nak buat sebab ada pantang larangnya.. antaranya dalam putih telur tu takleh ada langsung kuning telur.. bermakna korang nak kena berhati2 sewaktu nak asingkan putih dangan kuning telur tu.. juga dalam bekas untuk pukul putih telur tu xleh ada air, kalau ada air putih telur x akan gebu.. kata mak aku la.. pernah sekali tu aku nak buat meringue tapi tak tau la salah kat mana.. rugi 6 biji putih telur aku sebab tak kembang.. yang kuning tu boleh goreng.. makan dengan nasi..

Resepi asal aku agak leceh sikit sebab ada satu process yang mana susu nak kena dipanaskan dan dicampur dengan cream cheese sehingga cream cheese cair ke dalam susu.. process ni agak leceh sikit sebab nak kena buat teknik double boil untuk mengelakkan susu hangit.. dan lagipun proses ni memakan masa yang agak lama..

Kemudian aku terjumpa satu lagi resepi baru dalam internet yang mana aku fikir lebih mudah langkah kerjanya berbanding resepi asal aku.. inilah resepinya..

Bahan2 yang diperlukan:

6 biji telur ayam gred A (diasingkan putih dan kuning.. BERHATI2!!!..)

Secubit garam

150g gula halus

120ml susu (Full Cream Milk)

225g cream cheese (suhu bilik)

56g butter (Suhu bilik gak)

1 sudu kecik fresh lemon juice

1 sudu kecik vanilla extract

60g tepung kek

2 sudu kecik tepung jagung

Langkah kerjanya (Work Instruction):

Mula2 sekali kita buat dia punya meringue .. masukkan 6 biji putih telur tu dalam mixer.. pastu pukul dengan kelajuan tinggi sampai putih telur menjadi sedikit gebu.. bermakna warna kejernihan putih telur sudah bertukar menjadi keputihan… pastu masukkan gula dan garam sedikit demi sedikit sambil putih telur tu dipukul dengan kelajuan tinggi.. pastikan telur terus menerus dipukul pada kelajuan yang tinggi ya.. ini salah satu resepi kejayaan nak buat meringue.. OK, bila meringue dah siap boleh simpan kat tepi..

Kendian, panaskan pulak susu tu.. tapi jangan sampai mengelegak.. Cuma sampai berasap dah cukup dah.. kalau lama sangat nanti hangus la plak..

Ambil mixing bowl yang lain.. masukkan cream cheese dan butter dan pukul sehingga sebati.. sebab tu kena sediakan bahan ini dalam suhu bilik.. senang sikit nak pukul.. pastikan takde ketulan2 cheese ataupun butter.. xsedap nk makan nanti.. selepas dah sebati masukkan susu panas tadi dan terus memukul.. bila dah sebati dan jadi agak creamy boleh lah masukkan sebijik demi sebijik kuning telur tadi dan juga lemon jus dan vanilla extract.. pasni boleh masukkan plak tepung kek dengan tepung jagung.. dipukul perlahan2 sehingga sebati..

Langkah seterusnya adalah untuk mencampurkan meringue dengan sebatian yang telah dicampur sebentar tadi.. tapi kali ni xleh nak guna mesin tapi guna spatula je.. kedua2 sebatian ni nak kena FOLD kan secara perlahan2 sampai sebati.. bila dah sebati dh boleh start masak dah..

Masukkan kek ke dalam Loyang yang dah sapu dengan butter ataupun shortening.. kek keju ni xleh terus dibakar ke dalam oven.. Loyang berisi adunan kek nak kena masukkan ke dalam bekas lain berisi air panas barulah dimasukkan ke dalam oven.. pre-heat oven pada suhu 160darjah celcius kemudian bakar selama 60min.. selepas itu rendah kan suhu ke 150darjah celcius dan bakar lagi selama 10min dengan menggunakan kepanasan dari arah atas supaya permukaan kek jadi browning..

Bila kek dah masak boleh keluarkan kek untuk disejukkan.. sebagai hiasan selalunya aku akan hias permukaan atas kek dengan bluberry spread dan buah bluberry yang aku beli kat Tesco..

OK.. kek dah siap untuk dimakan.. selamat manjamu selera..

Friday, August 7, 2015

Men’s Health Women’s Health Night Run 2015 (MHWH 2015)


 

Jarak: 12km

Kategori: Men’s open

REP: Running T, BIB,

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 21 March 2015

Lokasi: Putrajaya

 

          Event pertama untuk tahun 2015.. aku pun sudah memulakan chapter baru dalam hidup aku.. semoga perkhawinan kali kedua aku ini akan mendapat keberkatan dari ALLAH sehingga hujung nyawa.. AMIN..

          Larian akku pada malam ini ditemani oleh ajat, rini dan ANA.. ajat, rini dan miza akan berlari sekali Cuma dalam ketegori yang berbeza.. aku dan ajat dalam kategori 12km dan rini dan miza 5km..

          Pada tahun ni Men’s Health dah tak bergabung dengan Shape yg mana larian2 sebelum ini diajurkan secara bersama2.. ini adalah kerana kedua2 majalah ini telah berpisah production house.. kalau xsalah aku la.. Shape juga ada menganjurkan larian malam tidak lama selepas MHWH night run.. semasa event ini juga majalah baru Women’s Health juga dilancarkan.. perbezaan yang lain dalam penganjuran kali ini adalah semua pelari akan menerima Finisher Medal dan juga goodies bag..

          Ini adalah kali pertama aku membawa ana ke event larian.. aku harap dia dapat merasai pengalaman event larian.. kami bertolak pada belah petang dari bukit beruntung menuju ke putrajaya.. satu kereta aje.. setibanya di putrajaya aku parking berhampiran dengan masjid besi.. kali ini kami Cuma pergi satu kereta sahaja dari bukit beruntung kerana una yang sepatutnya masuk acara 5km terpaksa menarik diri kerana ada kursus.. maka tempat dia diganti oleh miza..

          Selepas itu kami mencari kawasan untuk membuat persiapan.. kami memilih satu sudut berhampiran banggunan perbadanan putrajaya.. tanpa kami sedari berdekatan dengan kami adalah penulis dan pelukis komik lawak kampus yg juga sedang membuat persiapan untuk berlari.. tak sangka sungguh sebab sebelum bertolak ke putrajaya miza baru sahaja membeli senaskah Lawak Kampus yang ada cerita pasal larian marathon.. sebenarnya aku x perasan langsung.. ana yg perasan tapi masa tu di x cakap apa2.. Cuma masa nk balik je baru dia bagitau... kalau tau awal2 boleh mintak autograph..

          Seperi biasa.. aku dan ajat dilepaskan dahulu untuk kategori 12km dan kemudian barulah miza dan rini untuk kategori 5km.. larian aku pada malam ini tidak ada banyak sangat masalah walaupun dah rehat selama lebih 2 bulan.. Cuma aku sampai lewat sedikit berbanding dengan ajat.. setibanya aku di garisan penamat aku terus collect medal dan goodies bag dan terus ke tempat berkumpul berhampiran dengan banggunan perbadanan putrajaya dimana ana sedang menunggu..

          Selepas habis sesi bergambar dan berehat2.. kami pun bergerak balik terus ke bukit beruntung.. kali ni kami x singgah di PapaRich tapi singgah di McDonald rawang on the way balik..

          Selesai sudah event pertama aku 2015 dan event pertama yang ditemani oleh ana.. OK lah.. pasni nak cite pasal apa plak yea.. tunggu..
Aku dan Ana

Ana, Aku dan Miza

Ni Caranya nk ikat tali kasut..

Ajat.. harini akak plan nk lari cam kena kejar dengan hantu kak limah..

Aku, Ajat, Miza dan Rini
 

Tuesday, June 2, 2015

SCKLM 2014


SCKLM 2014

Jarak: 42km (MARATHON)

Kategori: Men’s open

REP: Running T, BIB,

Post-race: Goodies Bag, Finisher Medal,

Tarikh: 12 October 2014

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

 

          Ini adalah kemuncak kepada penglibatan aku dalam dunia larian.. setelah fikir dengan mendalam dan mempertimbangkan banyak faktor2.. akhirnya aku kuatkan semangat untuk signup for Full Marathon kategori dalam SCKLM 2014.. aku Berjaya juga untuk meracun ajat untuk sertai aku sekali.. Now Or Never..

          Persediaan dah dimulakan sejak awal tahun lagi .. jarak larian ditambah dan kekerapan latihan juga ditambah.. pelbagai persiapan juga telah dibuat.. sebaik sahaja selepas buat pendaftaran untuk FM.. aku dan ajat terus buat tempahan bilik hotel yang berdekatan dengan Dataran Merdeka.. ini adalah kerana acara FM akan bermula awal pagi dan aku tak nak terburu untuk sampai ke dataran merdeka pagi itu.. kami tempah 2 bilik .. 1 untuk geng lelaki (aku dan ajat).. satu untuk geng perempuan (miza, rini dan una).. rini dan una akan berlari dalam kategori 10km yang bermula dari jalan TAR.. berbeza dari tahun2 yang lepas yg mana bermula dari Taman Tasik perdana..

          Aku juga membeli kasut baru untuk acara ini sebab FM runner dapat 40% diskaun untuk beli kasut Brooks.. aku memilih untuk membeli Brooks Ghost 7.. model terkini dalam varian Brooks Ghost.. aku beli kat butik Brooks di The Curve.. ajat pula ada beli 2XU compression sock special edition untuk SCKLM.. dalam masa yg sama aku juga ada beli hydration belt yg baru ..kali ni aku beli yang ada 2 botol minuman kecik.. senang nk bawa kalau masuk event yg kecik2.. boleh bawak 1 botol sahaja..

          Pada pagi 11 Oct.. kami berlima .. aku, ajat, miza, rini dan una memulakan perjalanan kami.. kami parking kereta di Stesen LRT Gombak dan menaiki LRT menuju ke pusat Bandar.. x nak bawa kereta ke KL sebab susah nak carik parking.. lagipun hotel yg kami tempah tu berada kat jln masjid india dan tiada parking space disediakan..

          Setibanya di hotel.. kami uruskan hal penginapan dahulu.. lepas tu kami pergi pula ke dataran merdeka untuk collect race entry pack..  lepas tu baru kami keluar carik makan tgh hari.. kami juga pergi ronda2 kt dataran merdeka melihat persiapan yg tengah dibuat untuk event esok harinya.. sebelah malamnya pula kami dinner kt Burger King.. lepas dinner kami terus balik ke hotel sbb nak buat persiapan dan nk kena tido awal.. dlm lebih kurang 3pagi dh nak kena bangkit.. sebab acara FM akan dilepaskan dalam kul 4.30am.. sebenarnya pada malam tu aku tak boleh nak tido sangat sbb rasa berdebar2 menanti acara FM..

          Dalam lebih kurang jam 3pagi.. aku dan ajat pun bangkit dan bersiap.. dan dalam kul 4pagi kami dan pun turun dari hotel menuju ke dataran merdeka.. rupanya2 ada juga runner2 yg lain menginap dihotel kami.. disebabkan jarak yang amat2 dekat diantara hotel dan dataran merdeka.. kami hanya perlu berjalan beberapa minit sahaja untuk sampai ke dataran merdeka yg dikala ini sudah mula dipenuhi oleh pelari2 acara FM.. rini dan una pula akan turun agak lewat sidikit kerana acara 10k bermula pada jam 6.45pagi..

          Jam menghampiri 4.30pagi.. pada masa ini aku dengan ajat sudah berada dalam holding pen untuk acara FM.. aku cuba untuk menenangkan diri aku.. cuba focus kepada jarak 42km yang bakal aku lalui.. aku berpaling kepada ajat dan mengucapkan good luck kepada dia.. semoga kami berdua dapat menyempurnakan cabaran kami pada hari ni.. apabila isyarat diberikan.. kami pun mula berlari..

          Aku bermula dengan baik.. berlari di tengah2 badaraya KL yang masih lagi lengang pada waktu ini.. keadaan masih lagi gelap.. laluan pada tahun ni banyak tertumpu dikawasan lebuhraya.. terutama lebuh raya AKLEH dan DUKE.. aku kira ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di tengah2 bandaraya KL.. km10 aku tempuhi tanpa sebarang masalah.. seperti tak terasa pula jarak 10km itu.. tanpa aku sedari aku telah berlari tanpa henti hingga ke km21.. masa yg dicatatkan masih baik lagi iaitu 2jam 20min semasa tiba di km21.. sebaik sahaja melintas tanda jarak km21.. aku berkata pada diri sendiri.. aku dah pecah rekod dan hari ini adalah satu sejarah penting bagi aku.. aku teruskan larian aku dan cuba untuk mengekalkan pace larian.. tetapi dari saat ini keadaan sudah menjadi semakin sukar..

          Apabila jarak larian aku dah mula melepasi 30km.. aku dah mula struggle untuk mengekal larian.. aku lebih banyak berjalan pada saat ini.. aku agak bernasib baik sebab tidak mengalami kekejangan yang serius pada tahap ini.. pada tahap ini baru aku sedar tahap kesukaran dalam menghabiskan larian FM.. fasa terakhir larian ini pula melalui kawasan bukit tungku yang memang terkenal dengan kawasan yang berbukit.. makin parahlah larian aku.. lebih2 lagi 2km sebelum sampai ke garisan penamat.. walaupun kami sudah menghampiri dataran merdeka.. larian dialihkan menuju ke  arah taman tasik perdana.. ini merupakan mental torture kepada aku..

          Dengan perlahan dan dengan penuh kepayahan.. aku perlahan2 menghampiri garisan penamat.. tahap ini paha aku betul2 sakit setiap kali aku cuba berlari.. walaubagaimanapun aku kuatkan semangat dan terus berlari hingga melintasi garisan penamat.. masa yang aku catatkan adalah 6jam 10min.. walaupun aku gagal untuk mencatatkan masa sub 6jam tetapi aku puas.. finally .. I AM A MARATHON RUNNER..

          Dengan perlahan2 aku berjalan menuju ke khemah untuk menuntut medal dan finisher T aku.. selepas itu aku menuju ke kolam air pancut yang mana rini dan una sedang menanti.. sampai disana aku terus bertanyakan samada ajat sudah sampai atau belum.. una kata belum sampai lagi dan percubaan untuk menghubungi ajat tak Berjaya..

          Setelah 1/2jam ajat masih belum sampai lagi.. aku dah mula risau.. aku cuba pergi menjenguk kat khemah medical.. manalah tahu dia ada masalah semasa larian dan terpaksa diangkut oleh pihak medical tetapi dia tidak ada disana.. aku terus menunggu dengan penuh sabar dan berdoa agar semuanya selamat.. setelah hampir sejam menunggu.. dari jauh aku lihat kelibat ajat menghampiri garisan penamat.. Alhamdulillah.. rupanya2 dia mengalami kesukaran ketika larian yg memaksa dia berhenti rehat agak lama.. ajat tiba lewat sejam dari masa yang aku catatkan..

          Selepas berehat sebentar dikawasan kolam air pancut.. kami beransur balik ke hotel.. yang mana miza dah tunggu lama kelaparan.. pada waktu ini event SCKLM’14 dah hampir nak sampai ke penghujungnya.. setibanya di hotel aku dah ajat mandi dan turun semula untuk makan bersama2 miza, rini dan una.. kami Cuma makan McDonald sahaja sbb aku masih tak berapa selera sebab masih kepenatan.. lepas makan terus balik semula ke bilik dan tido..

          Bila sudah menjelang lewat petang.. aku dh terjaga dari tido.. dan mula berasa sedikit segar.. takala ini perut aku dah mula kelaparan dan disebabkan tgh hari tadi aku tak makan sangat.. pada mulanya aku ingat nak ajak yang lain turun makan tetapi kt luar hujan lebat siap dengan ribut.. terpaksalah aku tunda agenda nak kuar gi mkn.. aku makan aje apa yg ada kt dalam bilik..

          Pada sebelah malam bila hujan dah reda.. kami pun keluar makan.. oleh kerana agak kelaparan aku ajak semua untuk makan nasi biryani kat jalan TAR.. rupanya2 ribut tadi agak teruk juga sebab aku tengok banyak juga kedai2 yang mengalami kerosakkan.. aku memang tak rasa apa2la sebab bilik aku tingkap pun xde.. lepas makan... perut pun dah kenyang kami pun berjalan2 sikit sampai ke SOGO.. selepas itu kami pulang kebilik masing dan berehat..

          Keesokkan paginya selepas bersarapan dihotel.. kami pun check-out.. pada mulanya rasa macam nak gi jenjalan kat jalan masjid india.. tetapi disebabkan banyak barang yg perlu dibawa kami buat keputusan untuk terus balik sahaja.. harini aku pakai finisher-T yg aku dapat semalam.. ajat pun pakai finisher-T yg sama.. bangga betul kami.. semasa didalam keretapi kami juga perasan beberapa org runner yg lain turut memakai finisher-T yg sama.. tak kisahlah walaupun Nampak cam boria tapi kan Limited Edition.. mana boleh beli bro..

          Itulah kisah perjalanan aku dalam menggapai gelaran MARATHON RUNNER.. kesimpulan yg aku dan ajat buat selepas Berjaya menghabiskan larian marathon adalah.. inilah yg kali terakhir kami akan berlari untuk jarak 42k.. pasni cukuplah jarak 21k sahaja.. tak sanggup lagi rasanya nak melaluinya sekali lagi.. TETAPI.. manala tahu pada masa2 akan datang tetiba gatal tangan lagi terclick FM lagi keerrrr… hahahaaaa…