berita aku petik dari UTUSAN MALAYSIA
Paling banyak aduan jalan rosak
![]() |
PEGAWAI dewan Bandaraya Kuala Lumpur melayani aduan daripada warga kota pada program Hari Bertemu Pelanggan di lobi Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Jalan rosak atau berlubang, kacau ganggu akibat ubah suai premis serta kesalahan lalu lintas adalah tiga masalah utama yang diadu oleh orang ramai sepanjang Hari Bertemu Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diadakan di sini hari ini.
Jurucakap Unit Komunikasi Korporat DBKL berkata, masalah lain yang diadukan ialah mengenai kerosakan kemudahan awam, perniagaan dan juga isu pembangunan.
Katanya, sebanyak 43 aduan daripada 26 orang pengadu diterima DBKL sepanjang hari ini.
DBKL menyediakan kira-kira 20 pegawai bertugas untuk menerima aduan-aduan tersebut dan berbincang dengan pihak pengadu sebelum langkah penyelesaian dicari.
“Hari Bertemu Pelanggan ini bertujuan untuk membantu setiap warga kota dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan mengadukan terus masalah mereka kepada pegawai bertugas.
“Ini akan meningkatkan keyakinan orang ramai yang membuat aduan kerana perbincangan turut diadakan bagi menyelesaikan masalah tersebut,” kata jurucakap tersebut.
Setakat ini, DBKL telah mengadakan sembilan sesi hari bertemu pelanggan bermula Mac
No comments:
Post a Comment