Tuesday, May 17, 2011

Race report #1 (Company Fun Run 2010)

Company Fun Run 2010
Setiap event running yang aku masuk… aku akan buatkan race report… ini adalah event running yang pertama aku masuk… kalau sebelum ni aku bagitau yang event pertama yang aku masuk adalah larian hari wilayah persekutuan…. Sebenarnya aku tersilap… aku terlupa sebelum tu aku ada masuk event lain… mungkin disebabkan event ni tak besar dan grand… sebab tu aku lupa kot…
Sebenarnya event pertama yang aku masuk adalah FUN RUN yang dianjurkan oleh kilang tempat aku bekerja… event ni sebenarnya sebahagian dari program gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh jabatan pengurusan kilang… event ni sebenarnya dikhaskan untuk mereka2 yang join program gaya hidup sihat ni… waktu ni aku dah memang mula berjogging pada hujung minggu… so, bila kau tengok iklan larian ni ditampal kat papan kenyataan kilang… aku pun decide untuk join sebagai ganti jogging yang aku buat setiap hujung minggu…

Kalau tak salah aku, acara larian ni adalah yang julung2 kali dianjurkan oleh kilang… jaraknya adalah 5km… melalui jalan belakang (pintu E9) untuk masuk ke kilang aku… jalan ni selalunya digunakan oleh lori yang hantar barang ke kilang… aku pun sebenarnya tak pernah lalu jalan ni, sebab aku datang kerja ikut jalan depan… ini menyebabkan aku tak familiar dengan terrain kawasan ni… 

Acara ni dijadualkan bermula pada pukul 8.00 pagi, so, dalam kul 7.30 pagi aku dah ada kat kawasan parking E9… tak ramai yang join run ni… dalam seratus org jer… ni mungkin sebab running bukanlah aktiviti sukan yang popular kat kilang berbanding bola sepak, futsal ataupun badminton…

Pendaftaran untuk acara ni sebenarnya dah lama dibuka, Cuma aku tak mendaftar jer… sebab aku budjet memang tak ramai orang akan masuk… so aku fikir, pagi acara aku terus pegi jer dan terus mendaftar… lepas mendaftar dapatlah satu t-shirt larian warna ungu yang ada tulis FUN RUN kat depan dan lambang syarikat kat belakang… BIB pulak dalam bentuk sticker yang ditampal didepan dan belakang baju… aku rasa BIB jenis sticker ni tak berapa sesuai kerana bila kita lari dan baju basah dek peluh… BIB sticker ni mudah nak tanggal… so, sepanjang larian banyaklah BIB yang bertaburan kat trek…


Aku masuk kategori terbuka lelaki… ada juga kategori2 yang lain khas buat mereka2 yang join Kempen Gaya Hidup Sihat… aku juga Nampak ramai geng2 kilang yang kebanyakkannya agak terkejut Nampak aku kat situ… mungkin dia orang tak mengjangkakan aku ni suka berlari… aku juga perasan banyak budak2 team bola kilang… dalam hati aku kata, memang konfom la dia orang yang menang… bebudak tu semua memang fit2 belaka…
Sebelum larian bermula, ada sesi regangan otot dan memanaskan badan yang diketuai oleh seorang bekas pelakon yang tak berapa terkenal, aku rasa la sebab macam pernah tengok muka dia dalam tv… mungkin dia dah berhenti belakon dan buat consultant fitness… badan pun dah berketak2 (abang ketak la tu)… lepas selesai acara memanaskan badan, kategori lelaki dilepaskan dulu… aku  la tu…
Larian dimulakan pada jalan yang rata dalam 500m, kemudian start ada bukit… bukit yang pertama aku gagah kan jugak, tak berhenti langsung… masuk bukit yang kedua aku tak larat dah… pertengahan bukit aku berhenti lari, berjalan jer… sepanjang trek ada satu water station… aku ingat midway kot… sepanjang larian ada la 2-3 abang ketak dari consultant yang lari bersama2 jadi macam pacer untuk geng2 Gaya Hidup Sihat… pada ketika ni jarak 5km tu memang jauh la bagi aku… sebab jarak larian mingguan aku pada masa ni adalah dalam kurang 1-2km jer… macam mana pun aku Berjaya abiskan larian dengan berlari…
Dapat nombor berapa aku tak tahu… masa larian pun aku tak rekodkan… memang betul2 FUN RUN la… masa ni langsung tak terfikir nak kumpul data2 tu… abis larian aku lepak jap tunggu majlis penyampaian hadiah dan jabutan bertuah… yang mana tak pernah bertuah pun…

So, berakhirlah acara larian pertama aku… tarikh sebenar larian aku dah tak ingat… tapi dalam pertengahan 2010 la… diharapkan acara ni boleh dijadikan acara tahunan kilang… acara larian seterusnya adalah pada tahun 2011… tunggu laporannya…

No comments: