Saturday, May 14, 2011

trek pilihan

Untuk larian mingguan aku, ada 2 trek yang selalu menjadi pilihan…. Yang pertama… mengelilingi taman tasik titiwangsa, seperti mana yang aku dah catatkan sebelum ni… ini adalah trek pertama yang aku gunakan untuk larian pada mula2 aku berlari dulu… Kenapa?... sebab inilah taman tasik yang paling dekat dengan rumah aku yang aku biasa pergi…

Dulu aku masa kecik2 duduk dekat PULAPOL…. Pusat latihan polis kuala lumpur…. Ala, yang terkenal dengan jangkitan virus baru2 ni tu… taman tasik titiwangsa ni memang bersebelahan dengan PULAPOL, so memang la aku selalu pergi…. Jalan kaki je… dulu takde jalan yang cantik macam sekarang yang menghubungkan PULAPOL dengan taman tasik titiwangsa… main redah kat kampong boyan tu je….
Trek kat taman tasik titiwangsa ni ada 2-3 yang boleh digunakan…. Ada bulatan kecil…. Bulatan sedang dengan bulatan besar…. Aku masa nula2 lari dulu guna bulatan sedang… mengelilingi kedua2 buah tasik… jarak dia lebih kuarang 2.6km…. trek kat sini semua jenis rata… itu sebabnya kot ramai org suka jogging kat sini… kadang2 tu punyalah ramai umat kenalah mencelah2 waktu berlari… macam merempit plak rasamya… sekarang ni aku dah advance sikit… aku dah mula berlari kat bulatan besar… dengan jarak 2.7km, aku boleh lari terus menerus selama 15min...

Tapi sejak aku berlari dalam pertandingan larian pertama aku pada larian hari wilayah tempoh hari… aku dapati aku kekurangan satu elemen penting, iaitu larian kawasan berbukit… selalunya bila aku berlari di taman tasik titiwangsa… treknya semuanya mendatar sahaja… bila aku terpaksa mengahrungi beberapa kawasan berbukit sewaktu larian hari wilayah menyebabkan aku mula, tercari-cari trek baru yang dapat membantu memperbaiki kemahiran dan stamina apabila mengharungi kawasan berbukit…

Jawapanya adalah taman tasik metropolitan kepong… aku mula2 datang ke sini untuk bermain layang2 dengan anak aku dulu… dan aku perasan kat sini memang ramai orang berjogging dan treknya ada perbagai keadaan… ada berbukit dan rata… trek yang mengelilingi taman tasik ni lebih kurang 3.7km jaraknya… 1km lebih dari trek taman tasik titiwangsa…. Masa terbaik aku mengelilingi trek ni adalah 22min… apa yang aku suka tentang trek ni juga adalah kerana ia hampir menyerupai route larian kawasan bukit tunku dan taman tasik perdana yang sering dijadikan laluan untuk kejohanan larian…

Oleh kerana aku hanya berlari seminggu sekali… aku akan berlari di kedua2 taman ni secara berselang seli… moh kite jogging…

No comments: