Tuesday, May 31, 2011

Race report #2 (Larian Hari Wilayah 2011)

Butir2 acara adalah seperti berikut:
Tempat mula & tamat : dataran merdeka, kuala lumpur
Kategori : A, lelaki terbuka, 7km
Race kit : T-shirt logo larian, bib (A109)
Tarikh & masa : 12 mac 2011, 7.30am
Ini adalah acara larian ke-2 yang aku sertai, aku dapat tahu tentang larian ni semasa terbaca dalam akbar aktiviti2 yang dirancang semperna sambutan hari wilayah 2011… selalunya aku mencari pertandingan memancing yang memang tiap2 tahun dianjurkan kat taman tasik titiwangsa… tetiba aku terpandang acara larian yang dijadualkan pada febuari 2011… aku fikir menarik juga kalau aku masuk acara ni memandangkan aku memang dah jogging tiap2 minggu… lagipun yuran penyertaan Cuma rm20 jer… yang paling menarik sekali dapat t-shirt dan sapa yang Berjaya menamatkan larian akan dapat medal penamat…

Acara ini adalah acara peringkat umum yang pertama aku sertai… disebabkan rasa cuak dan gementar… aku pun ajak adik aku lari sekali… dia memang budak yang aktif… tapi bukan dalam bidang larian la… tapi dalam game paintball… pendaftaran aku buat di stadium taman tasik titiwangsa
Oleh kerana perasaan aku untuk masuk event ni agak cuak… so, persiapan yang aku buat untuk event agak menyeluruhlah… termasuk kajian dalam internet tentang persiapan dan latihan untuk marathon… rasa macam over lak, walaupun lariannya Cuma 7km jer… tapi aku takut tanpa preparation yang bagus… takut nanti tak boleh habis lak larian, DNF (Do Not Finish) dalam bahasa orang marathon…
Persediaan dari segi makanan dan latihan pada hujung minggu aku mulakan 2 minggu sebelum tarikh sebenar acara… mungkin suatu hari nanti aku aku tulis satu entry pasal preparation aku sebelum larian… 2 hari sebelum larian, race kit dah boleh ambil… disebabkan aku keje maka aku suruh adik aku gi ambil race kit… no bib aku A109, no bib adik aku A108….
adik aku datang tido di rumah aku pada jumaat malam sabtu tu, sebab esok pagi kami plan nak pergi sama2, satu motor… senang sikit nak carik parking… malam tu aku masuk tido awal… kul 11 dah masuk tido sebab plan kul 5 nak jaga dah…
esok pagi kul 5.30 baru terjaga… mandi lebih kurang, kul 6 aku gerak adik aku… dalam lebih kurang kil 6.30 kami pun kuar rumah… perjalanan pagi dari rumah aku di sri Gombak ke dataran merdeka dengan keadaan trafik yang lengang (maklumlah, pagi sabtu) Cuma 30min jer… waktu kami sampai memang dah ada peserta lain yang dah ada kat sana berjalan2 sambil buat aktiviti memanaskan badan… persiapan yang dibuat aleh penganjur pun ok gak… ada banner mula/tamat… ada khemah didirikan… aku pun mula memanaskan badan sementara menanti jam 7.30am… aku jadi bertambah cuak bila tengok ramai otai2 larian ada sekali… kita boleh kenal otai2 larian bedasarkan pakaian dan kasut yang digunakan….
bila dah dekat 7.30am… tetiba ada pengumuman suruh semua peserta berkumpul… aku ingat nak mula dah… rupanya ada aktiviti senamrobik… aktiviti senamrobik berlangsung selama lebih kurang 30min sampai jam 8.00am… aku takdela bersungguh2 sangat bersenamrobik… takut nanti bila mula nak lari dah pancit hehheee…. Kategori A, lelaki terbuka akan dilepaskan dahulu… aku lepak kat bahagian belakang, bagi yang otai2 duduk kat bahagian depan… TOMMMM, kedengaran bunyi pistol ditembak menandakan acara larian telah bermula dan aku pun mula berlari…
pada mulanya aku takdela lari laju sangat… lagipun orang masih ramai lagi… kita kenalah ikut rentak pergerakkan kumpulan orang yang berlari tu… aku memang plan mula2 lari slow, pastu cuba tingkatkan kelajuan sedikit demi sedikit…
bila rentak aku dah mula nak laju.. tetiba larian sampai ke bukit tungku… ni la element bukit yang aku belum bersedia untuk tangani… apa lagi, termengah2 la aku berlari memanjat bukit… bukit ni ada beberapa puncak dan setiap kali aku sampai ke puncak mesti aku berhenti berjalan… pancit dan mengah beb… sepanjang larian ada 2 water station menghidangkan 100+ untuk pelari… ok la tu… dipenghujung larian, keadaan trek macam menurun bukit dan boleh langkah panjang2 sikit…
sebaik sahaja melintasi garisan penamat… terus dihulurkan sijil penyertaan (nama isi sendri la) dan medal penamat…. Ahhhh, akhirnya Berjaya juga aku menamatkan larian… masa yang aku catat sendiri adalah 47min… dan yang paling best, medal larian pertama aku…. Heheheee… macam jakun jer….. selepas selesai larian aku pun berjalan2 berpusing2 kawasan penamat tu sambil menikmati sajian percuma milo sejuk dan 100+… pastu aku pun buat senaman warming down…
aku......

adik aku......

pingat penamat

alamak, ada lambang sport toto la....

aku tunggu sampai habis acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah (seperti biasa, tak betuah pun) dan balik lebih kurang kul 12 t/hari…. Sekian….

No comments: